• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Informasi / Cara Berkesan Menurunkan Berat Badan

Cara Berkesan Menurunkan Berat Badan

July 27, 2020 By Wan Zawawi 1 Comment Filed Under: Informasi

Assalamualaikum…

Masalah berat badan bagi semua orang tidak mengira jantina memang merumitkan dan mungkin ianya tidak dijangka terjadi . Salah satunya adalah seperti gemuk , obesiti dan lemak yang berlebihan di dalam badan . Ini adalah berpunca daripada gaya hidup individu itu sendiri terutama di dalam aspek pemakanan , kesihatan dan senaman . Pelbagai aspek perlu diambil kira untuk mendapatkan Cara Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan  .

Di dalam artikel ini , saya akan ceritakan serba sedikti tentang cara yang efektif di dalam menurunkan berat badan .

Sumber gambar dari Google

Melakukan Kerja Rumah

Dengan melakukan kerja-kerja rumah , secara tidak langsung kalori akan dibakar sama juga seperti melakukan senaman . Di bawah ni senarai kalori yang dibakar bila kita buat kerja rumah berikut :-

KERJA RUMAH KALORI DIBAKAR DALAM 1 JAM (kcal)

  • Membersihkan habuk 173.6
  • Mengecat dinding ruang tamu 66
  • Berkebun 287.8
  • Mengelap lantai 193.7
  • Mencuci kereta 234
  • Membersihkan tingkap 180.3
  • Seterika Baju (5 helai dalam 1 masa) 113.2
  • Memasang kertas dinding 133.2
  • Mendaki naik dan turun tangga 516.3
  • Membersihkan habuk 193.7

Makanan Pemecah Lemak

Anda juga boleh mengamalkan makanan pemecah lemak . Jika dahulu sering diabaikan jenis-jenis makanan tersebut , kini bolehlah mengambilnya selalu .

LIMAU DAN CUKA

Kandungan kategori makanan masam ini membantu melambatkan rasa lapar. Ini disebabkan kandungan asid yang terkandung didalamnya yang bertindak melambatkan proses pencernaan zat tepu dalam badan.

Keadaan ini akan membuatkan anda terasa sentiasa kenyang. Namun cuba seimbangkan pengambilannya di pagi hari dengan melebihkan air kosong. Ini penting untuk menstabilkan kembali kandungan gula dalam darah

CILI

Semua jenis cili secara semulajadi mengandungi capsaicin yang dapat mengekalkan suhu badan. Keadaan suhu yang tinggi mampu membakar lemak dengan berkesan walaupun mengambil masa .

TEH HIJAU

Penelitian membuktikan bahawa kandungan ekstrak ‘cannatic’ dan ‘asid gymnemic’ dalam teh hijau mampu mengurangkan penyerapan gula dalam darah dan mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan manis. Teh hijau juga membuat membuat makanan bergerak dengan lebih pantas melalui sistem pencernaan dan membakar kalori dengan lebih banyak .

Di sini juga saya sertakan sekali 10 kesan yang terbaik apabila kita menurunkan berat badan :-

10 Kesan Terbaik Apabila Menurunkan Berat Badan

1. MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Dalam satu kajian di Sweden, para pengkaji menggunakan imbasan CAT bagi mengukur saiz otak 290 wanita lingkungan usia 70an.

Hasil mendapati , wanita yang mempunyai masalah kebocoran kecil pada otak mereka pernah berhadapan masalah berat badan semasa usia muda . Manakala , wanita yang sihat sel otaknya tergolong dalam kelompok yang mempunyai berat badan ideal semasa muda .

Masalah kebocoran kecil ini mengurangkan daya ingatan seseorang.Pakar sains percaya, penyakit salur darah yang dihidapi penghidap obesiti boleh mengganggu peredaran darah ke sel-sel otak , seterusnya boleh membunuh.

2. JIMAT WANG

Kajian membuktikan seseorang perlu menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 5% bagi menjimatkan perbelanjaan perubatan sebanyak RM3000 dalam setahun.

3. LEBIH KUAT

Kajian terhadap 9400 dewasa pertengahan umur mendapati orang dewasa yang mempunyai perut berlapis (spare tires) lebih berisiko menghadapi masalah lemah otot dan daya bersenam yang rendah sebanyak 57% .

4. PANJANGKAN JANGKA HAYAT JANTUNG

Risiko masalah pada dinding jantung dan denyutan jantung tidak normal adalah 50% lebih tinggi di kalangan pesakit obesiti berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal dan sihat . Obesiti boleh menyebabkan atrium jantung (bahagian atas jantung sebelah kiri) meregang dan seterusnya menyebabkan denutan jantung semakin laju dan tidak selari .

5. LINDUNGI LUTUT

Setiap satu paun berat badan berlebihan meningkatkan risiko osteoartritis ( masalah lutut yang melanda usia 40an ) sebanyak 10% hingga 15% dikalangan wanita dan 5% hingga 10% dikalangan lelaki .

6. ELAK KANSER

Kajian mendapati , mereka yang berlebihan berat badan tetapi berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 paun atau lebih mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 21% .

Wanita yang obes juga berisiko menghidap kanser endometriosis sebanyak tiga kali ganda berbanding wanita yang mempunyai berat badan normal .

7. MUDAH BERNAFAS

Kajian menunjukkan, bagi individu obes , setiap 10% berat badan yang turun membantu melancarkan fungsi paru-paru sehingga 5% . Mereka yang berjaya menurunkan 25% berat badan pula akan melancarkan sistem pernafasan sebanyak 10% .

Berat badan berlebihan mengakibatkan tekanan berlebihan kepada otot-otot pernafasan seterusnya menyebabkannya terpaksa bekerja lebih keras dan kurang efektif .

8. LUASKAN SALURAN DARAH

Mereka yang obes yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 7% mampu mengelakkan gejala kerosakan pada salur darah . Keadaan ini secara tidak langsung mangatasi masalah atherosclerosis, serangan sakit jantung dan strok.

9. KESEIMBANGAN BADAN

Obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang membuatkan seseorang itu sukar mengawal tubuh badannya , walaupun dengan bantuan persenyawaan in vitro (IVF) .

Kajian terhadap 372 wanita yang menjalani IVF mendapati , mereka yang obes mempunyai 32% lebih rendah peluang untuk hamil berbanding wanita dengan berat badan ideal.

Mereka yang obes juga berisiko mengalami keguguran kandungan sehingga 43% daripada mereka yang mempunyai berat badan normal .

10. MELANCARKAN PROSES KELAHIRAN

Kajian terhadap 612 wanita oleh University North Carolina mendapati wanita yang obes memerlukan masa yang lama sehingga dua jam semasa proses kelahiran anak berbanding wanita yang mempunyai berat badan normal .

(Visited 7 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Onexox says

    August 13, 2020 at 12:51 PM

    Makan makanan yang meningkatkan kadar metabolisma.

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Hidup Sihat Tanpa Stress ( Bahagian 4 ) Akhir
Next Post: Wordless Wednesday #51

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,491)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,169)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,517)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,407)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (867)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (762)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (622)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (616)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (566)
  • Demi Sesuap Nasi (497)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO