• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2020

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2020

August 31, 2020 By Wan Zawawi 6 Comments Filed Under: Coretan Harian

Isi Kandungan

  • Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
  • Tema Hari Merdeka 2020
  • MAKNA LOGO
  • LAGU RASMI
  • LIRIK LAGU MALAYSIA PRIHATIN
        • LAGU : Dato’ Mokhzani Ismail LIRIK : El Sol Akhmad PENYANYI : Siti Sarah , Alif Satar , Syamel dan Aina Abdul

Assalamualaikum…

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Alhamdulilah…Hari ini bersamaan 31 Ogos 2020 genap 63 tahun negara Malaysia kita tercinta ini menyambut kemerdekaan . Pemandangan yang menarik pada masa kini dan tidak asing lagi kepada kita sebagai rakyat Malaysia apabila pejabat-pejabat dan bangunan kerajaan dan tidak lupa juga swasta serta jalan-jalan utama di bandar dan kampung mengibarkan Jalur Gemilang . Tidak lupa juga pada kenderaan milik persendirian dan kerajaan turut mengibarkan sekali jalur Gemilang . Ia merupakan satu pemandangan dan panorama yang idah dan menaikkan semangat patriotik dan jati diri serta cintakan negara Malaysia .

Tema Hari Merdeka 2020

Pada tahun 2020 , tema bagi Hari Merdeka pada tahun ini ialah :-

” MALAYSIA PRIHATIN “

Pemilihan adalah selari dengan keadaan semasa negara yang memerangi Pandemik Covid-19.

MALAYSIA : Menggambarkan seluruh rakyat Malaysia turut sama memerangi Covid-19

PRIHATIN : Inisiatif Kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

MAKNA LOGO

LOGO BERBENTUK HATI
Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum .

WARNA BIRU TUA
Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni .

BULAN SABIT
Islam adalah agama bagi persekutuan .

BINTANG PECAH 14
Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan .

7 JALUR MERAH PUTIH BERBENTUK HATI
Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan .

STIGMA BUNGA RAYA
Membawa negara menuju ke mercu kejayaan .

5 TITIK MERAH
Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa .

LAGU RASMI

Lagu Malaysia Prihatin merupakan sebuah lagu tema sempena sambutan Hari Merdeka atau Hari kebangsaan yang ke-63 pada tahun 2020. Lagu ini diberi nama “ Malaysia Prihatin ” selari dengan tema sambutan hari kebangsaan Malaysia Prihatin yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin baru-baru ini.

Tema ini dipilih kerana ia membawa makna yang begitu mendalam buat  rakyat Malaysia pada tahun ini. Ini kerana keadaan negara masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19.

Gabungan perkataan ‘ Malaysia ’ dan ‘ Prihatin ’ menggambarkan sikap patriotik seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak itu serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.

Lirik lagu Malaysia Prihatin berkisarkan tentang kecintaan kepada negara yang perlu dijunjung oleh setiap lapisan masyarakat. Kita semua mahukan negara yang aman dan makmur agar nama Malaysia terus makmur di persada dunia.

LIRIK LAGU MALAYSIA PRIHATIN

LAGU : Dato’ Mokhzani Ismail
LIRIK : El Sol Akhmad
PENYANYI : Siti Sarah , Alif Satar , Syamel dan Aina Abdul

Kedamaian milik kita bersama
Amanah bangsa junjung selamanya

Abadikanlah jiwa dan ragamu
Teguh sinar cahaya satukan jiwa

Semarakkan api cinta di hati
Pada setiap insan kita gapaikan

Agar gemilang mekar di persada
Satu langkah satu hati untukmu pertiwi

Di mana bumi dipijak
Di situ langit dijunjung
Kita gunungkan semangat sejiwa

Walau di mana saja berada 
Makmurnya seiringan 
Agar teguh tulus ikhlas dizahirkan

Malaysia Prihatin selamanya
Negara bangsa diutamakan 
Khidmat diberi dengan penuh rela 

Tanah air yang tercinta
Namamu harum di puncak dunia

Payung mahkota teras pertiwi
Di persada nan gemilang.

Lirik lagu dan keterangan kredit kepada : theinspirasi.my

Akhir kata , Salam Kemerdekaan ke 63 tahun buat semua pengunjung dan pembaca setia blog ini dan juga rakan-rakan blogger tidak kira di mana kalian semua berada . Oh ye ..sempena cuti hari ni , hati-hati memandu pulang ke kampung , Semoga selamat sampai ke destinasi , biar lambat , asalkan selamat . Sebelum terlupa mari sama-sama kita berdoa agar Pandemik Covid-19 akan berkahir dan lenyap dari dunia ini …Aaminn…In Shaa Allah…. Kita jumpa lagi pada artikel akan datang . Merdeka…Merdeka..Merdeka…

(Visited 113 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…
  • Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
    Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
  • Selamat Tahun Baru 2023
    Selamat Tahun Baru 2023
  • Selamat Tahun Baru 2024
    Selamat Tahun Baru 2024
  • Selamat Tahun Baru 2025
    Selamat Tahun Baru 2025

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Sis Lin says

    September 7, 2020 at 11:33 AM

    Salam 63 tahun Merdeka… moga cecepat berumahtangga..
    Sis Lin recently posted…NAK MAKAN STEAK YANG SEDAP? JOM KE LES BOUCHONS PUTERI HARBOUR!My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      November 8, 2020 at 6:41 PM

      In Shaa Allah…

      Reply
  2. Norfaizah Ahmad Amirfuddin says

    September 1, 2020 at 10:28 AM

    Salam Kemerdekaan!

    Reply
    • Wan Zawawi says

      November 8, 2020 at 6:42 PM

      Salam kemerdekaan

      Reply
  3. Syaz Rahim says

    August 31, 2020 at 11:59 AM

    Salam merdeka che wan 🙂

    Reply
    • Wan Zawawi says

      November 8, 2020 at 6:43 PM

      Terima kasih
      Salam kemerdekaan juga

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #53
Next Post: Wordless Wednesday #54

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,320)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,584)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,472)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO