• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Informasi / Teleport Oleh Air Asia Memperkukuh Laluan Utama dengan Pesawat Kargo 737-800 Dan Pesawat Penumpang A320 yang Ditukar Kepada Kargo

Teleport Oleh Air Asia Memperkukuh Laluan Utama dengan Pesawat Kargo 737-800 Dan Pesawat Penumpang A320 yang Ditukar Kepada Kargo

June 10, 2021 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Informasi

Teleport, cabang logistik airasia digita l, memperkukuh kedudukannya sebagai sebuah syarikat logistik udara utama di Asia dengan perkhidmatan pesawat kargo pertamanya jenis 737-800F dan penukaran dua (2) pesawat penumpang AirAsia jenis A320 kepada pesawat kargo, tanpa tempat duduk untuk meningkatkan kapasiti kargo.

Pesawat kargo ini akan mula beroperasi di seluruh Asia pada suku tahun ketiga (Q3) 2021 dan akan beroperasi dari hab Teleport di Bangkok . Tambahan kapasiti ini akan memperkukuh jaringan laluan antara China , India dan Asia Tenggara, serta meningkatkan lagi hubungan ke dan dari pasaran jarak jauh Teleport .

Teleport mampu dan bersedia menghantar lebih banyak kargo ke seluruh Asia

Kedua-dua buah pesawat udara jenis A320 tanpa tempat duduk pula akan ditempatkan di Malaysia dan Thailand. Dari hab strategiknya iaitu Bangkok dan Kuala Lumpur , Teleport akan meneruskan jadual penerbangnya ke bandar-bandar utama seperti Hanoi , Bandar Raya Ho Chi Minh , Hong Kong , Jakarta dan Yangon . Penukaran pesawat jenis A320 di Malaysia telah dilaksanakan oleh Asia Digital Engineering (ADE) , anak syarikat milik penuh AirAsia Group Berhad, dan oleh Thai AirAsia bagi penukaran pesawat udara jenis A320 di Thailand .

Rangkaian laluan semasa dan rangkaian laluan baru Teleport

Ketua Pegawai Operasi Teleport, Adrian Loretz berkata , “ Kami amat berbesar hati dengan pengembangan ini yang memperkukuh lagi perkhidmatan logistik kami di seluruh Asia . Pada akhir tahun lalu , kami telah menjangka bahawa permintaan kapasiti kargo yang semakin meningkat tidak dapat dipenuhi oleh pesawat penumpang sahaja untuk jangka masa panjang. Justeru, kami mengambil keputusan untuk menggunakan pesawat kargo khas untuk tujuan tersebut. Ini juga merupakan sebahagian daripada strategi kami untuk membina kapasiti dan hubungan di laluan-laluan utama bagi menawarkan penghantaran terus kepada para pelanggan dalam masa 24 jam di seluruh Asia Tenggara . ”

“Jenis pesawat yang kami gunakan amat sesuai untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri e-dagang dan kargo-kargo lain. Rancangan jangka panjang kami adalah untuk membina rangkaian yang lebih luas dengan kapasiti kargo khas ini dan kami bersedia untuk melaksanakan lebih banyak perkhidmatan penghantaran dengan pesawat kargo khas dan pesawat yang ditukar ini.”

Sejak tahun 2020, Teleport telah membangunkan rangkaian khas kargo menerusi laluan-laluan  udara utama di sekitar rantau ini untuk memenuhi permintaan industri e-dagang dan kargo secara keseluruhan. Pada bulan Mei, AirAsia telah mengendalikan enam buah pesawat udara jenis A330 dan dua pesawat udara jenis A320 bagi pihak Teleport, dan merancang untuk meningkatkan jumlahnya dalam masa setahun. Menerusi pesawat kargo khas yang disewa dan penukaran pesawat penumpang kepada kargo, Teleport bakal menjadi sebuah syarikat kargo yang lebih berdaya saing dan dipercayai untuk perkhidmatan penghantaran kargo dan memperkukuh liputan Teleport di seluruh Asia.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan pengangkutan udara Teleport, layari https://www.teleport.asia/en/air-freight atau e-mel help@teleport.asia.

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari airasia Digital, bertujuan membina impian kargo dan logistik airasia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja – daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

(Visited 119 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
    Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #63
Next Post: BAJU REKAAN MENARIK DARI JRIG GEAR

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,320)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,584)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,472)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO