Assalamualaikum…
Salam Maal Hijrah 2021 Masihi 1443 Hijrah dan Selamat Menyambut Tahun Baharu terlebih dahulu saya ucapkan buat semua umat Islam di Malaysia terutama kepada rakan-rakan seperjuangan , blogger dan juga para pembaca setia blog ini . Jika kita imbas kembali peristiwa dan sejarah mengenai Awal Muharam atau Maal Hijrah , ia merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah .

Jadi..pada hari ini , 10 Ogos 2021 ( Selasa) bersamaan 1 Muharram 1443 Hijrah , Seluruh umat Islam menyambut Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam dan ianya juga merupakan hari cuti umum di Malaysia . Untuk pengetahuan semua tema Maal Hijrah pada tahun 2021 ini ialah “ Manhaj Rabbani , Ummah Berkualiti “ .
Azam Sempena Tahun Baru 1 Muharram 1443 Hijrah
Alhamdulillah..pada tahun ini sudah pun selamat bergelar suami dan In Shaa Allah menjelang akhir tahun pula bakal bergelar seorang ayah . Penghijrahan yang amat besar dan bermakna bagi seorang lelaki . Dari bujang berhijrah kepada menjadi suami dan juga bakal seorang ayah . Mohon rakan-rakan blogger dan juga pembaca setia blog ini doakan kebahagiaan saya dan isteri ye … Selain daripada itu , doakan juga kesihatan dan keselamatan isteri saya yang kini sedang mengandung 5 bulan . Aaminn…
Semoga Covid-19 Lenyap di Muka Bumi
Sama-sama kita berdoa agar Covid-19 yang semakin meningkat kesnya saban hari lenyap dan akan kembali menjalani kehidupan seperti biasa . Pastikan juga sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan . Sama-sama kita jaga diri dan kesihatan ahli keluarga dan teruskan berdoa .
Dalam artikel ini saya sertakan sekali lirik yang keudara di televisyen dan radio apabila tibanya sambutan Awal Muharram dari Al Ajiba yang bertajuk Maal Hijrah 1 Muharram :-
Al Ajiba – Maal Hijrah 1 Muharram
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Akhir kata …Maafkan saya jika ada terkasar bahasa sepanjang penulisan di dalam blog ini , mohon halalkan makan dan minum saya selama kita semua berkenalan sebagai rakan blogger , rakan sekerja dan di kalangan pembaca blog ini . Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Maal Hijrah 1443H kepada semua muslimin dan muslimat “ Manhaj Rabbani , Ummah Berkualiti “ .
Polisi Komen:
Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .