• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Selamat Hari Lahir Yang Ke-37 Buat Diriku

Selamat Hari Lahir Yang Ke-37 Buat Diriku

August 3, 2021 By Wan Zawawi 5 Comments Filed Under: Coretan Harian

Isi Kandungan

  • Selamat Tinggal Julai , Selamat Datang Ogos
  • Tanggungjawab Sebagai Anak Sulung
  • Tanggungjawab Sebagai Suami
  • Perancangan Di Dalam Hidup
  • Kesihatan
  • Kerjaya
  • Kawan , Sahabat dan Lawan
  • Blogger
  • Doa Sempena Hari Lahir Ke-37

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…Syukur… Syukur..Syukur…hari ini , Selasa 3 Ogos 2021 genaplah umur saya 37 tahun ….Bila lihat pada angkat 37 ni rasa dah macam tua pulak..hehehe lantak lah apa orang lain nak kata , yang paling penting sekali saya berdoa agar diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan lagi rezeki ..Amin…Semoga diri ini tidak akan mudah menyerah dan berputus asa di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar ini nanti . Sambutan hari lahir ni secara kecil-kecilan je dengan keluarga maklumlah ikut bajet dan masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) .

Gambar kredit kepada : 102 Birthday Wishes for Myself

Selamat Tinggal Julai , Selamat Datang Ogos

Masuk bulan Ogos ini juga , bermakna sudah 8 bulan di tahun 2021 , hanya berbaki 4 bulan sahaja lagi untuk menjengah ke tahun baru 2022 . Semoga Covid-19 lenyap di muka bumi Malaysia tercinta ini ..Aaminn..

Tanggungjawab Sebagai Anak Sulung

Apabila umur dah cecah 37 ini , sebagai anak sulung memang diakui tanggungjawab yang besar , mana tidaknya saya kena jaga mak dan abah , kerana mereka berdua tidak lagi bekerja dan perlu ke klinik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan setiap 4 atau 6 bulan . Jadi kena pandai ambil masa untuk kerja hakiki dan kerja separuh masa sambil menjaga mak dan abah . Semoga mak dan abah diberikan kesihatan yang baik dan gembira selalu serta dimurahkan rezeki apabila dijaga oleh anak sulungnya ini  . Senang cerita , mereka yang bergelar anak sulung ni tahu la apa tanggungjawab yang perlu di galas .

Tanggungjawab Sebagai Suami

Alhamdulillah…hampir enam bulan bergelar suami , tanggungjawab tu memang besar . Dahulu hidup seorang , semua lakukan sendiri , kini berdua , saing bertolak ansur di dalam semua hal . Apa yang penting pandai bahagikan masa untuk keluarga sendiri , mertua dan juga isteri . Doakan saya dapat kembali ke Melaka untuk berjumpa dengan isteri kembali . Sedih dan tergangggu emosi apabila tidak dibenarkan merentas negeri tatkala Lock Down dan Perintah Kawalan Pergerakkan ni masih berkuasa . In Shaa Allah , bulan Disember nanti isteri akan bersalin , doakan kesihatan dan juga keselamatan isteri dan anak di dalam kandungan yang kini hampir berusia 5 bulan .

Perancangan Di Dalam Hidup

In Shaa Allah , saya akan berpindah ke Melaka dan tinggal bersama isteri dan juga bekerja di sana . Orang kata rezeki lepas kahwin ini semakin luas…rezeki juga ada di mana-mana . Apa-apa pun setiap masa perlu berfikiran positif dan tidak mudah berputus asa .

Kesihatan

Alhamdulillah..setakat ini kesihatan saya berada di dalam keadaan yang baik . Walaupun begitu , kene juga sesekali buat ” Check Up ” kerana bila umur semakin meningkat ini bermacam-macam penyakit boleh datang . Macam kata pepatah ..Mencegah lebih elok sebelum menjadi parah …Apa-apa pun teruskan doakan saya agar diberikan kesihatan yang baik ..Aaamin….

Kerjaya

In Shaa Allah , selagi saya mampu , saya akan terus mengambil peluang yang ada di hadapan mata , tidak kira dari kerja sepenuh masa dan juga kerja separuh masa . Zaman sekarang ini semua perkara perlukan duit , paling penting biarlah penat dan lelah itu tidak sia-sia dengan bayaran yang saya terima nanti . Kena pula situasi sekarang ekonomi di dalam pandemik Covid-19 , risau juga jika berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada kerja-kerja yang saya lakukan .

Kawan , Sahabat dan Lawan

Haa..ni salah satu yang memang kena luahkan..hahaha ada yang sudi atau tak sudi nak baca tu saya tak boleh nak paksa . Apabila sebut tentang Kawan , Sahabat dan Lawan ni ..memang macam-macam berlaku sepanjang 37 tahun hidup ini . Fuhh…. ini la namanya cabaran di dalam kehidupan .. Ada yang positif , ada juga virus negatif . Pesanan kepada diri sendiri , sentiasa berhati-hati di dalam memilih kawan . Memang betul , masa senang ramai yang datang , tetapi pada masa susah ..semuanya menghilang .

Blogger

Pejam celik, celik pejam…wahhh tak sangka hampir 14 tahun juga di dalam arena Blogging ni . banyak blog telah dihasilkan dan ada la dua tiga blog tenggelam kerana tidak di renew domain dan hosting . In Shaa Allah tetap akan menulis di blog walaupun kini pada tahun 2021 saingan ramai , susah hendak dapatkan trafik dan banyak lagi cabaran yang akan datang .

Doa Sempena Hari Lahir Ke-37

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran buat diri ku , Kau Panjangkanlah umurku dan kurniakan kepadaku kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun sudah Kurniakanlah kepadaku rezeki yang murah , banyak , berkat dan direstuimu Ya Allah . Jauhkanlah diriku ini dari belenggu kesusahan,kemiskinan dan kebuluran dariku dan keluarga .

Ya Allah Ya Tuhanku…Bukakanlah kepadaku pintu kebajikan , pintu berkat , pintu nikmat , pintu rezeki , pintu kesihatan , pintu keselamatan , pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat . Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah …jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan diriku dan keluarga.

Ya Allah… tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah.Permudahkanlah kehidupanku dan keluargaku . Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat . Jauhkanlah diriku dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah aku dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah aku dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya .

Ya Allah hidupkanlah aku dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan . Ya Allah Kau berikanlah kepada kesihatan fizikal dan mental yang terbaik , terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu , Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat.Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari diriku dengan cahaya Nur Mu dalam hatiku, telingaku ,m ataku, kiri kananku , mukaku , belakangku , atas dan bawahku ,urat sarafku , dan pada darahku ,serta dagingku ,rambutku dan lidahku..kaki tanganku dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang .

Ya Allah,Ampunilah segala dosa-dosa Aku dan kedua ibu bapaku serta keluargaku dan semua sahabat-sahabat ku dan muslimin muslimat…kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa Ya Allah jadikan diriku juga seorang mukmin yang soleh kepada semua yang berkaitan denganku .

Amin Ya Allah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahim,Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

(Visited 216 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
    Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
  • Al-Fatihah Buat Abah
    Al-Fatihah Buat Abah
  • Selamat Tahun Baru 2023
    Selamat Tahun Baru 2023
  • Selamat Tahun Baru 2024
    Selamat Tahun Baru 2024
  • Selamat Tahun Baru 2025
    Selamat Tahun Baru 2025
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Onexox Online Store says

    September 2, 2021 at 11:21 PM

    Happy Belated Tn Wanzawi. Semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki
    Onexox Online Store recently posted…XOX eSIM SIMKAD MASA HADAPANMy Profile

    Reply
  2. Makcik Bawang says

    August 3, 2021 at 11:09 PM

    Happy Birthday

    Reply
  3. Muka Depan says

    August 3, 2021 at 11:07 PM

    Selamat Hari Lahir…
    Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur

    Reply
  4. Sis Lin says

    August 3, 2021 at 3:08 PM

    Selamat Hari Lahir Wazy, moga sihat-sihat selalu…
    Sis Lin recently posted…SET MAKAN TENGAHARI HANYA RM19.90 PERCUMA MINUMANMy Profile

    Reply
  5. aienie says

    August 3, 2021 at 1:01 PM

    Happy birthday wazi. Lama betul dah jadi blogger ya? Moga dipermudahkan segala urusan keluarga besar mahupun kecik. 🙂

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Manusia Tidak Lekang Daripada Ujian
Next Post: Wordless Wednesday #66

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,495)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,173)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,521)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,411)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (867)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (766)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (622)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (616)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (566)
  • Demi Sesuap Nasi (501)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO