• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Selamat Tahun Baru 2022

Selamat Tahun Baru 2022

January 3, 2022 By Wan Zawawi 5 Comments Filed Under: Coretan Harian

Isi Kandungan

  • Azam Pada Tahun 2022
  • Kerjaya
  • Blogging
  • Masa
  • Kesihatan
  • Status Diri
  • Doa Agar Covid-19 Lenyap Di Muka Bumi Malaysia

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…Syukur masih diberi peluang untuk bertemu di dalam tahun yang baharu iaitu 2022 . Walaupun agak lewat kemaskini blog untuk artikel tahun Baru 2022 ini…Rasanya masih belum terlewat untuk ucap Selamat tinggal tahun 2021 dan selamat datang tahun 2022 , Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua . Umur meningkat lagi setahun… Semoga kenangan di dalam tahun 2021 akan menjadi landasan untuk menjadi lebih baik pada tahun ini iaitu 2022 . Kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan .

Semoga kedatangan tahun baru 2022 ini akan menjadi pendorong untuk kita bekerja dengan lebih keras demi mencapai azam serta cita-cita yang diidamkan pada setiap tahun yang mendatang dengan lebih bersemangat , istiqamah dan lebih komited di dalam melakukan setiap perkara…Aaminn …

Azam Pada Tahun 2022

Setiap kali dengan kedatangan tahun baru , mesti ramai yang akan memasang azam termasuklah saya ..Ok pada tahun ini umur pun sudah masuk ke 38 tahun ( macam tak percaya pulak kan….) jadi saya akan memastikan apa yang dirancang , diimpikan dan direncanakan akan terlaksana dan dipermudahkan . Alhamdulillah syukur..banyak kenangan manis dan juga azam tercapai , diantaranya berkahwin , selesaikan dua hutang , berpindah dan bekerja di Melaka , rezeki Cik Puan Isteri mengandung dan juga selamat melahirkan putera yang comel macam saya la..hehehehe . In Shaa Allah Azam pada tahun 2022 ini akan kerja dengan lebih keras lagi .

Kerjaya

Di dalam kerjaya , saya akan berusaha dengan lebih keras lagi untuk meyara keluarga kecil saya , memandangkan tahun 2022 kami sudah pun bertiga…Jadi pada tahun 2022 yang serba-serbi mencabar ini , ramai yang nampak peluang untuk mengekalkan prestasi yang terbaik di dalam bidang kerjaya masing-masing . Jika ada peluang yang lebih baik dan terjamin , In Shaa Allah saya akan ambil peluang tersebut .

Memandangkan di Malaysia masih berada di dalam pandemik Covid-19 yang kita tidak tahu bila akan berakhir …Kadang-kadang sedih juga apabila terbaca di kalangan rakan-rakan yang kehilangan kerja dan juga sumber pendapatan utama . Jadi saya kene sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dan juga menaik taraf ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada ini .

Blogging

Sejak berpindah ke Melaka ini , Blog kesayangan terabai sebab terlalu sibuk dengan kerja baru , pergi pagi balik petang..ada kala sampai ke malam…sebab kena layan kerja lebih masa atau ” Over Time “. Ada masa hanya sempat login dan semak stats dan juga baca komen-komen yang ada . In Shaa Allah , ada rezeki nak ” Setup ” komputer untuk memudahkan kerja online dan juga blogging . In Shaa Allah saya akan kembali aktif dan menulis blog kesayangan ini .

Masa

Pembahagian masa pula , Saya akan lakukan yang terbaik untuk membahagikan masa antara kerjaya hakiki dan kerjaya sambilan kerana pada tahun ini saya akan merealisasikan impian yang diidam-idamkan selama ini . Jadi masa itu teramat penting bagi saya pada tahun 2022 ini . Walaupun penat ..ibarat kata orang ” beraki-rakit ke hulu , berenang-renang ketepian , bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian ” . Doakan urusan saya dipermudahkan pada tahun ini . Aaminn…

Kesihatan

Semoga pada tahun ini saya dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat melakukan kerja dengan sehabis baik . Seperti kata kawan sekerja kelmarin ” Kerja ni memang takkan habis … kesihatan tu penting , kena jaga elok-elok..badan nak guna lama….” . Fuhhh mendalam kan makna tersurat dan tersirat ayat tu.

Status Diri

Memandangkan tahun 2022 ini umur sudah pun masuk ke angka 38 ,Alhamdulillah sudah selamat menjadi seorang suami pada pertengahan Februari 2021 yang lepas dan yang paling gembira sekali Cik Puan Isteri selamat melahirkan seorang putera yang comel dan kini bergelar Ayah . Syukur sangat-sangat ….Kita hanya merancang , Allah yang menentukan . Walaupun sebelum berkahwin banyak juga kene perli dan ditertawakan dengan rskan-rakan sebaya , itu tak menjadi masalah..Pejamkan mata dan terus positif dan lihat hasilnya sama ada cepat ataupun lambat la kan .

Doa Agar Covid-19 Lenyap Di Muka Bumi Malaysia

Sempena tahun baru 2022 ini , mari sama-sama kita berdoa agar Covid-19 akan lenyap di muka bumi Malaysia dan juga seluruh dunia .

Nasihat saya di sini , sama-sama kita terus amalkan Budaya Norma Baharu iaitu :-

  1. Basuh tangan dengan kerap dengan sabun, pencuci atau Hand Sanitizer.
  2. Sentiasa memakai Face Mask ( topeng muka ) jika berada diluar.
  3. Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin dengan tisu atau penutup mulut.
  4. Jaga jarak jika berurusan dengan sesiapa pun di luar.
  5. Jika rasa tidak sihat atau simptom demam / batuk / selesama dapatkan segera nasihat awal doktor.
  6. Elakkan sentuhan fizikal seperti berjabat tangan / bersalaman ( Gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada disebelah kiri ) .
  7. Muat turun aplikasi MySejahtera untuk mengikuti perkembangan semasa dan info mengenai statistik Covid-19 dan ” Check In ” ke mana-mana premis .

Akhir kata , Saya ingin mengucapkan sekali lagi kepada semua pembaca setia blog ini dan juga rakan-rakan blogger , SelamatTahun Baru 2022 ..Semoga tahun 2022 ini menjadi tahun yang amat bermakna bagi semua..Aaaminn…

(Visited 94 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Selamat Tahun Baru 2023
    Selamat Tahun Baru 2023
  • Selamat Tahun Baru 2024
    Selamat Tahun Baru 2024
  • Selamat Tahun Baru 2025
    Selamat Tahun Baru 2025
  • Salam AidilFitri 1443 Hijrah 2022 Masihi
    Salam AidilFitri 1443 Hijrah 2022 Masihi
  • Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi
    Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi
  • Program Ibadah Korban Denaihati Network 1443 Hijrah 2022 Masihi
    Program Ibadah Korban Denaihati Network 1443 Hijrah…

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Cik Puan Ena says

    January 23, 2022 at 9:54 PM

    Happy New year wazi. Tahniah juga tahun ni dapat beraya bertiga.
    Cik Puan Ena recently posted…Menang Smiggle Headphones melalui #MamaCubaTry Motherhood MalaysiaMy Profile

    Reply
  2. Mak Cik Bawang says

    January 4, 2022 at 10:18 AM

    Selamat Tahun Baru juga

    Reply
  3. Muka Depan says

    January 4, 2022 at 10:16 AM

    Selamat Tahun Baru 2022, Semoga semakin sukses dengan blog

    Reply
  4. aienie says

    January 3, 2022 at 10:17 PM

    Apapun selamat tahun baru wazy. eh betul ke x ni? Semoga azam tercapai

    Reply
  5. Nur Decamellia says

    January 3, 2022 at 9:40 PM

    Good job bro detailkan azam tahun baru mcm ni. Selamat tahun baru & moga dimudahkan urusan selalu 🙂
    Nur Decamellia recently posted…Panduan Jalan Masuk Jeti Lama Sungai RengitMy Profile

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #69
Next Post: Wordless Wednesday #70

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,495)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,173)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,521)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,411)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (867)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (766)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (622)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (616)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (566)
  • Demi Sesuap Nasi (501)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO