• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Informasi / Program Ibadah Korban Denaihati Network 1443 Hijrah 2022 Masihi

Program Ibadah Korban Denaihati Network 1443 Hijrah 2022 Masihi

June 19, 2022 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Informasi

Isi Kandungan

  • Hukum Ibadah Korban
  • Hikmah Dan Fadhilat Korban
  • Jenis Haiwan Yang Disembelih
  • Masa Yang Sesuai Untuk Ibadah Korban
  • Bilangan Bahagian
  • Bagaimana Membuat Tempahan ?
  • Cara Pembayaran

Assalamualaikum…

Seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang , kini tempahan korban boleh dilakukan secara ” Online ” atau dalam talian di Denaihati Network . Program Ibadah Korban Denaihati Network 1443 Hijrah 2022 Masihi juga menjadikan ibadah korban semakin mudah dan cepat .

Sebelum itu , saya ceritakan serba sedikit mengenai Ibadah Korban ini dari segi hukum , Hikmah Dan Fadhilat , Jenis Haiwan Yang Disembelih , Masa Yang Sesuai Untuk Ibadah Korban , Bilangan Bahagian , Kelebihan Tempahan Melalui Program Ibadah Korban Denaihati Network 1443 Hijrah 2022 Masihi , cara pembayaran dan juga cara membuat tempahan di laman web Denaihati Network  untuk rujukan bersama .

Hukum Ibadah Korban

Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan ) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut: –

  • Islam
  • Merdeka (Bukan hamba)
  • Baligh lagi berakal
  • Mampu untuk berqurban

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau.” (Riwayat al-Turmuzi).

“Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu.” (Riwayat Daruqutni)

Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan.

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud :

“Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya.” (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

Hikmah Dan Fadhilat Korban

  • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  • Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
  • Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak.
    Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat.”

Jenis Haiwan Yang Disembelih

Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta , lembu atau kerbau , kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun. Binatang itu disyaratkan tidak cacat , tidak buta sebelah atau kedua-duanya , kakinya tidak pincang , tidak terlalu kurus , tidak terpotong lidahnya , tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.

Daging qurban sunnat , orang yang berkorban disunatkan memakan sedikit daging qurbannya . Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut :-

  • Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
  • Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.
  • Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging , satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu . Sabda Rasullullah s.a.w: “Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah.”

Masa Yang Sesuai Untuk Ibadah Korban

Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat ‘Id dan dua khutbah pendek , tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Haji ( Hari Raya Aidil Adha ) sehingga tiga hari sesudah Hari Raya Haji ( hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah )

Bilangan Bahagian

  • Lembu Sudan ( Dengan Kerjasama Mizwah Travel, Denaihati dan Madrasah An-Nur ) 1 bahagian Lembu RM390 , manakala seekor kambing Sudan RM 680 .
  • Lembu Afrika Selatan ( Dengan Kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia Darul Uloom Zakariya ) 1 bahagian lembu RM 690 ,manakala seekor kambing Afrika Selatan RM 680 .
  • Lembu Kemboja ( Dengan Kerjasama Koperasi Muslim Kemboja ) 1 bahagian lembu RM 490 .
  • Lembu Malaysia ( Dengan Kerjasama Denaihati dan Madrasah An-Nur ) 1 bahagian lembu RM850 .
  • Kambing Mekah ( Dengan Kerjasama Mizwah Travel ) seekor kambing Mekah RM 500 .

Bagaimana Membuat Tempahan ?

Jika para pembaca berminat untuk membuat tempahan bolehlah terus melayari laman web Denaihati Network di sini  dan ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan .

Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah mudah ini :

✓ Klik dan pergi ke halaman ini


✓ Isikan di bahagian Butiran Pembelian


✓ Kemudian buat pemilihan sama ada Lembu atau Kambing


✓ Isi borang butiran pelanggan dan butiran bayaran tempahan dan buat bayaran seperti yang dinyatakan

✓ Di bahagian pengesahan , tandakan di bahagian ” Dengan ini saya mengaku dan mengesahkan bahawa segala maklumat yang diberikan dalam borang di atas kesemuanya adalah SAHIH dan BENAR. ” dan baca juga akad seperti yang terdapat di web iaitu ” Bismillahirrahmanirrahim. Dengan ini saya mewakilkan kepada pihak Denaihati Network untuk melaksanakan Ibadah Qorban & Akikah pada tahun 2022 bagi pihak saya kerana Allah Taala. “

✓ Hantar tempahan.

Cara Pembayaran

Bagi memudahkan tempahan secara dalam talian , pihak Denaihati Network menggunakan OnPay, jadi segala transaksi secara dalam talian kini menjadi lebih mudah dengan ada kad kredit atau debit Online Banking atau “ Bank Dalam Talian ” tanpa perlu buka laman Online Banking di laman baru .

(Visited 116 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Salam AidilFitri 1443 Hijrah 2022 Masihi
    Salam AidilFitri 1443 Hijrah 2022 Masihi
  • Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi
    Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…
  • Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi
    Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi
  • Salam AidilFitri 1445 Hijrah 2024 Masihi
    Salam AidilFitri 1445 Hijrah 2024 Masihi

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #72
Next Post: Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,490)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,166)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,517)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,405)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (866)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (761)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (622)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (616)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (566)
  • Demi Sesuap Nasi (497)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO