• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi

Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi

July 11, 2022 By Wan Zawawi 3 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah pada hari ini Selasa 10 Julai 2022 bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah , Umat Islam di Malaysia khususnya menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban . Suasana sambutan pada pagi Hari Raya Aidil Adha tahun ini dengan cuaca yang amat baik . Syukur dapat menunaikan Solat Hari Raya Aidil Adha di surau yang berdekatan dengan taman ini . Syukur juga dapat pulang ke Simpang Renggam ( rumah mak abah ) bersama isteri dan anak walaupun melalui lebuh raya yang bolwh dikatakan hampir sesak . Sehari sebelumnya dapat juga ke pasar membeli barang-barang serta lauk untuk dijadikan juadah pada waktu pagi sempena kedatangan Hari Raya Aidil Adha . Antara menu yang ada adalah yang wajib seperti rendang, lodeh , sambal kacang dan tidak dilupakan juga ketupat .

Pada kesempatan ini saya sertakan dari artikel yang lepas-lepas berkaitan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban untuk bacaan bersama .

Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya Aidil Adha (bahasa Arab: عيد الأضحى ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal . Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh , sebelas , dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah pada setiap tahun . Ia Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah , diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha pada pagi 10 Zulhijjah . Kemudian sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu , salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban . Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah .

Dari segi bahasa , korban bermaksud dekat , manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya . Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah , bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam . 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah , di luar bandar Mekah .

Pada hari raya , orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik , paling bersih , dan juga mengenakan wangi-wangian . Pada pagi hari raya korban , umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua . Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri . Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban . Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid .

Akhir kata , Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi buat semua pengunjung dan pembaca setia blog ini dan juga rakan-rakan blogger tidak kira di mana kalian semua berada . Sama-sama kita berdoa agar Covid-19 lenyap di muka bumi Malaysia tercinta ini . Maaf juga kerana terlewat membuat artikel ini sebab terlalu sibuk 🙂

(Visited 112 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Salam Aidil Adha 1444 Hijrah 2023 Masihi
    Salam Aidil Adha 1444 Hijrah 2023 Masihi
  • Program Ibadah Korban Denaihati Network 1443 Hijrah 2022 Masihi
    Program Ibadah Korban Denaihati Network 1443 Hijrah…
  • Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi
    Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi
  • Salam AidilFitri 1445 Hijrah 2024 Masihi
    Salam AidilFitri 1445 Hijrah 2024 Masihi
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Snapbackpacker says

    October 13, 2022 at 1:04 AM

    emoga bertemu lagi di aidiladha mendatang
    Snapbackpacker recently posted…Kelebihan Aplikasi Wise (TransferWise) Ketika Travel Luar Negara dan Cara Menggunakan WiseMy Profile

    Reply
  2. Muka Depan says

    July 17, 2022 at 11:59 AM

    Selamat Hari Raya Aidil Adha

    Reply
  3. aienie says

    July 11, 2022 at 11:14 PM

    Salam aidiladha Wazi dan keluarga. ^^

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Program Ibadah Korban Denaihati Network 1443 Hijrah 2022 Masihi
Next Post: Wordless Wednesday #73

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,519)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,319)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,583)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,471)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (880)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO