Isi Kandungan
Assalamualaikum…
Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…Syukur… Syukur..Syukur…hari ini , Sabtu 3 Ogos 2024 genaplah umur saya 40 tahun atau lebih dikenai sebagai “40 sen” ….Bila lihat pada angka 40 ni rasa dah macam tua pulak..hehehe…lantak lah apa orang lain nak kata , yang paling penting sekali saya berdoa agar diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan lagi rezeki ..Amin…Semoga diri ini tidak akan mudah menyerah dan berputus asa di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar ini nanti . Sambutan hari lahir ni secara kecil-kecilan je dengan keluarga .
Gambar kredit kepada : 102 Birthday Wishes for Myself
Kek pertama “suprise” dari isteri tersayang
Read more: Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
Selamat Tinggal Julai , Selamat Datang Ogos
Masuk bulan Ogos ini juga , bermakna sudah 8 bulan di tahun 2024 , hanya berbaki 4 bulan sahaja lagi untuk menjengah ke tahun baru 2025 . Semoga kehidupanku dipermudahkan segalanya dan rezeki mengalir dengan deras seperti air zam-zam..
Tanggungjawab Sebagai Suami Dan Ayah
Alhamdulillah…hampir masuk tahun ke-4 bergelar suami , tanggungjawab tu memang besar . Dahulu hidup seorang , semua lakukan sendiri , kini berdua , saling bertolak ansur di dalam semua hal . Apa yang penting pandai bahagikan masa untuk keluarga sendiri , mertua dan juga isteri . Alhamdulillah…isteri telah selamat melahirkan puteri kedua kami pada 24 julai yang lepas dan ianya menjadi hadiah yang paling bermakna untuk sambutan hari lahir yang ke-40 ini . Lengkap juga sepasang anakku ini..lelaki yang merupakan anak sulung kini berusia 3 tahun…Alhamdulillah….kini sudah berempat .
Hadiah yang paling bermakna
Perancangan Di Dalam Hidup
In Shaa Allah , Senmestinya setiap orang ingin hidupnya dan keluarga tersayang bahagia dan aman harmoni… Apa-apa pun setiap masa perlu berfikiran positif dan tidak mudah berputus asa .
Kesihatan
Alhamdulillah..setakat ini kesihatan saya berada di dalam keadaan yang baik . Walaupun begitu , kena juga sesekali buat ” Check Up ” kerana bila umur semakin meningkat ini bermacam-macam penyakit boleh datang . Macam kata pepatah ..Mencegah lebih elok sebelum menjadi parah …Apa-apa pun teruskan doakan saya agar diberikan kesihatan yang baik ..Aaamin….
Kerjaya
In Shaa Allah , selagi saya mampu , saya akan terus mengambil peluang yang ada di hadapan mata , tidak kira dari kerja sepenuh masa dan juga kerja separuh masa . Zaman sekarang ini semua perkara perlukan duit , paling penting biarlah penat dan lelah itu tidak sia-sia dengan bayaran yang saya terima nanti .
Kek “Suprise” kedua dari isteri tersayang
Kawan , Sahabat dan Lawan
Haa..ni salah satu yang memang kena luahkan..hahaha ada yang sudi atau tak sudi nak baca tu saya tak boleh nak paksa . Apabila sebut tentang Kawan , Sahabat dan Lawan ni ..memang macam-macam berlaku sepanjang 40 tahun hidup ini . Fuhh…. ini la namanya cabaran di dalam kehidupan .. Ada yang positif , ada juga virus negatif . Pesanan kepada diri sendiri , sentiasa berhati-hati di dalam memilih kawan . Memang betul , masa senang ramai yang datang , tetapi pada masa susah ..semuanya menghilang .
Blogger
Pejam celik, celik pejam…wahhh tak sangka hampir 17 tahun juga di dalam arena Blogging ni . banyak blog telah dihasilkan dan ada la dua tiga blog tenggelam kerana tidak di renew domain dan hosting . In Shaa Allah tetap akan menulis di blog walaupun kini pada tahun 2024 saingan ramai , susah hendak dapatkan trafik dan banyak lagi cabaran yang akan datang .
Doa Sempena Hari Lahir Ke-40
Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran buat diri ku , Kau Panjangkanlah umurku dan kurniakan kepadaku kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun sudah Kurniakanlah kepadaku rezeki yang murah , banyak , berkat dan direstuimu Ya Allah . Jauhkanlah diriku ini dari belenggu kesusahan,kemiskinan dan kebuluran dariku dan keluarga .
Ya Allah Ya Tuhanku…Bukakanlah kepadaku pintu kebajikan , pintu berkat , pintu nikmat , pintu rezeki , pintu kesihatan , pintu keselamatan , pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat . Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah …jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan diriku dan keluarga.
Ya Allah… tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah.Permudahkanlah kehidupanku dan keluargaku . Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat . Jauhkanlah diriku dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah aku dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah aku dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya .
Ya Allah hidupkanlah aku dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan . Ya Allah Kau berikanlah kepada kesihatan fizikal dan mental yang terbaik , terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu , Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat.Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari diriku dengan cahaya Nur Mu dalam hatiku, telingaku ,m ataku, kiri kananku , mukaku , belakangku , atas dan bawahku ,urat sarafku , dan pada darahku ,serta dagingku ,rambutku dan lidahku..kaki tanganku dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang .
a Allah,Ampunilah segala dosa-dosa Aku dan kedua ibu bapaku serta keluargaku dan semua sahabat-sahabat ku dan muslimin muslimat…kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa Ya Allah jadikan diriku juga seorang mukmin yang soleh kepada semua yang berkaitan denganku .
Amin Ya Allah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahim,Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Polisi Komen:
Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .