Assalamualaikum…
Sejak beberapa minggu yang lepas , Trending juga di beberapa laman sosial seperti Facebook , Twitter dan Instagram tentang Unifi Mobile ini . Pertama sekali dapat tahu pasal ini apabila terbaca di salah sebuah blog Teknologi Nombor 1 di Malaysia iaitu Amanz dan juga artikel dari blog tersebut di sini . Jadi saya pun tidak ketinggalkan untuk mencubanya kerana pada masa ini kad Sim Unfi Mobile tersebut masih diberikan percuma sebanyak 1 juta yang pertama dan bagi mereka yang mendaftar pada atau sebelum 31 mac 2018 sehingga tamat tempoh promosi .

Sepanjang tempoh pengenalan ini , kroang akan dapat juga 20gb LTE percuma yang mana pada saya ianya agak berbaloi dan cuma kena pastikan untuk tambah nilai dalam tempoh 90 hari serta tanpa tarikh luput . Untuk menikmati dan megalami kelebihan dengan Unifi Mobile ini , bolehlah muat turun di sini untuk pengguna Android dan juga di sini untuk pengguna IOS . Dalam review ini saya menggunakan Android 🙂 .
Sebelum terlupa , korang boleh dapatkan Kad Sim ini sehingga 5 nombor pilihan dan boleh dilakukan di dalam Aplikasi Mudah Alih Unifi Mobile . Pilhan untuk penghantaran terus ke rumah juga boleh dilakukan dengan caj penghantaran sebanya RM 10.60 atau hadir sendiri ke TM Point yang terserai di tempat anda .
… Teruskan Membaca… …


