Assalamualaikum…
Tidak lengkap gaya seseorang eksekutif muda tanpa mengenakan tali leher . Bagaimanapun , masih ada segelintir darinya yang kurang berminat untuk memakainya biarpun ketika menghadiri majlis formal seperti mesyuarat atau bertemu klien atau pelanggan . Mungkin disebabkan malas atau tidak mahir mengikat , masalah memilih warna , corak dan sebagainya . Bagi merungkai masalah yang membelenggu diri, di sini ada sedikit info yang menampilkan pelbagai info untuk diikuti berkenaan tali leher.
Sumber Gambar Dari Google
Pemakaian Tali Leher Yang Betul.
- Pastikan tekstur tali leher anda sesuai dengan pakaian yang dipakai. Sebagai contoh , tali leher sutera (berkilat) perlu dipakai bersama pakaian yang sama tekstur dengannya.
- Seeloknya pilih tali leher yang mempunyai kelebaran 3.5 inci.
- Pastikan simpulan tali leher kemas dan rapat ke bahagian kolar baju. Perhatikan juga simpulan yang dibuat itu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil.
- Periksa semua tali leher yang telah disimpulkan. Untuk kemasan, lihat semula sama ada bahagian hadapannya panjang dan menyentuh seluar anda.
- Biasakan memakai tali leher yang berwarna gelap dari baju anda.
- Elakkan memilih, membeli atau memakai tali leher yang berwarna terang.
- Anda tidak digalakkan memakai klip pada tali leher kecuali dalam keadaan betul-betul perlu sahaja.
- Untuk gaya yang lebih elegen , pilih tali leher yang warna utamanya sama dengan sut yang anda pakai.
Kenali Aksesori Tali Leher.
1. Klip tali leher – aksesori jenis ini boleh diklipkan secara horizontal pada tali leher atau kemeja anda. Di pasaran, terdapat pelbagai jenis klip tali leher yang ditawarkan sama ada bentuk, warna dan material yang digunakan. Terpulanglah kepada anda untuk memilihnya agar kena dengan cita rasa.
2. Rantai tali leher (the chain) – cukup mudah untuk memakai aksesori jenis ini. Hanya sangkutkan bar (besi keras) pada salah satu butang kemeja manakala rantainya pula diletakkan pada bahagian atas tali leher berkenaan. Pastikan bar berada di belakang sementara rantainya di bahagian hadapan.
3. ‘The Tack’ – sangat berbeza dari bentuk serta fungsi memakainya. Ia direka dengan dua bahagian yang berlainan di mana bahagian pin diletakkan di sebelah kiri belakang. Untuk memakainya , tanggalkan pin dari dasarnya kemudian tusukkan pada tali leher. Temukan bahagian dasar dengan pin dan masukkan rantai ke lubang butang kemeja .
Kredit : Khas Untuk Jejaka@Lelaki Kacak Tampan Bergaya
Naziman Azlye says
Saya pun tak berapa suka pakai tali leher. Rasa rimas pula. hahah
Naziman Azlye recently posted…Bukan Scam – Modal Melabur RM1000 dan Untung 4300% dalam 2 hari
Hamidah Ahmad says
Terima kasih atas info..suami saya kerja yang tidak pakai tali leher, tp teringin pula nak hadiahkan dia tali leher…
Hamidah Ahmad recently posted…Bisnes Online Yang Mudah Dan Lumayan
Wan Zawawi says
Sama-sama
Nanti cuba la hadiahkan kepada suami tali leher
Ibu Zaid says
Suami kerja sendiri, tak pernah merasa nak pakaikan tali leher.
Ibu Zaid recently posted…Tempat Makan Best Di Melaka? Kedai makanan sedap buat air liur kita meleleh!
Wan Zawawi says
Boleh je kalau nak buat hadiah
Kak shaz says
Lelaki akan kelihatan kemas bila pakai kemeja di tambah dgn tali leher..na
Wan Zawawi says
Betul tu
nampak lebih kemas dan lebih bergaya
Hans says
saya memang fail sikit bab tali leher sebab kerja seharian tak perlu pakai
bila sesekali kena pakai menggagau cari tutorial dekat youtube
hahaha
Hans recently posted…Pengalaman Bekerja Sebagai Penulis Skrip – Part 3
Wan Zawawi says
Sama la
tapi situasi saya lain , dulu masa sekolah dah pakai tali leher , jadi tak la kalut sangat kalau tetiba kena pakai tali leher bila berada di alam pekerjaan ni