• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Konvoi Santai dan ” Family Day ” Southern Wheel Iskandar Puteri Di Lata Sri Pulai , Pekan Nenas , Johor

Konvoi Santai dan ” Family Day ” Southern Wheel Iskandar Puteri Di Lata Sri Pulai , Pekan Nenas , Johor

March 14, 2018 By Wan Zawawi 13 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Sabtu kelmarin bersamaan 10 Mac 2018 berkesempatan turut serta di Konvoi Santai dan ” Family Day ” Southern Wheel Iskandar Puteri Di Lata Sri Pulai , Pekan Nenas , Johor . Sebenarnya memang terlalu lama tak ikut program konvoi , jadi kebetulan ada masa terluang dapat la besantai sambil menghabiskan cuti hujung minggu dengan berfaedah sambil ” Release Tension “ setelah penat berhempas pulas bekerja . Semasa bertolak dari Simpang Renggam keadaan cuaca amat baik untuk menuju di ” Meet Point ” iaitu di Shell Pekan Nenas . Walaupun tersesat ( maklumlah jarang ke sana dan hanya berpandukan Waze sehingga ” Lost Connection “ ) akhirnya sampai juga di Shell Pekan Nenas lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi . Konvoi sebanyak 12 buah kereta bergerak ke destinasi dalam pukul 10.00 pagi dalam keadaan cuaca hujan gerimis . Tepat dalam pukul 10.30 pagi akhirnya sampai di Lata Sri Pulai , Pekan Nenas , Johor .

southern wheel iskandar puteri

lata sri pulaiSumber gambar dari TempatMenarik

Bayaran untuk masuk adalah sebanyak RM 10.00 bagi dewasa dan RM 5.00 bagi kanak-kanak , manakala untuk menyewa kanopi adalah sebanyak RM 25.00 . Pada pendapat saya , harga ini adalah amat berbaloi dan boleh menikmati taman tema air mini di dalam suasana kampung . kebetulan hujung minggu , tempat agak sesak sedikit tetapi dapat juga untuk mandi -manda bersama-sama rakan yang turut serta di dalam konvoi santai serta ” Family Day ” Southern Wheel Iskandar Puteri .

suasana lata sri pulai

Setelah penat mandi-manda , kami smeua berehat sebentar untuk makan tengah hari , kemudian ada pula sesi bertukar hamper . Perancangan seminggu sebelum aktiviti ini , semua peserta diwajibkan menyediakan satu hamper untuk bertukar hadiah . Saya sertakan beberapa gambar untuk tatapan bersama di bawah :-

Kemudian di adakan pula sesi bergambar secara beramai-ramai

Gambar-gambar sebahagian kereta peserta konvoi sebelum bergerak pulang setelah hampir 6 jam di Lata Sri Pulai :-

Alhamdulillah…segalanya berjalan dengan lancar pada hari tersebut . Walaupun penat memandu dapat juga menikmati suasana taman tema mini yang berkonsep di dalam suasana kampung sambil menghirup udara segar bersama-sama rakan-rakan seperjuangan . Jutaan terima kasih kepada semua ahli Southern Wheel Iskandar Puteri yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam Konvoi Santai dan ” Family Day ” Southern Wheel Iskandar Puteri Di Lata Sri Pulai , Pekan Nenas , Johor .

Bagi mereka yang ingin ke Lata Sri Pulai , Pekan Nenas , Johor , bolehlah rujuk maklumat yang saya sertakan di bawah ini :-

Alamat : 41 , Kampung Melayu Raya , Jalan Rizab 2 , 81500 Pekan Nanas, Johor

Telefon : 019-328 2881

(Visited 54 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. maszull says

    April 11, 2018 at 10:01 AM

    assalamualaikum wazy…wah !! nampak seronoknya kan…

    Reply
  2. farahain zfa says

    March 17, 2018 at 12:45 AM

    hai , ain pun blogger dari johor . asal dan tinggal di jb. salam perkenalan πŸ™‚

    Reply
  3. encikhafiz.com says

    March 16, 2018 at 9:57 AM

    masih bertahan lagi blog ni. tahniah bro. seronok dpt meluangkan masa bersama org yg kita sayang.
    encikhafiz.com recently posted…Kad Siswa 1 Malaysia 2018 Dikreditkan Ke Akaun 15 Mac 2018My Profile

    Reply
  4. mrhanafi says

    March 15, 2018 at 7:42 AM

    saya tak perasan pulak ada tak bro dalam gambar tersebut..

    BTW…

    aktiviti begini memang best sangat.

    boleh hilang ingatan tentang kerja buat seketika

    Reply
  5. maszull says

    March 14, 2018 at 10:17 PM

    Assalamualaikum wazy…bestnya dpt join xtvt mcm ni…

    Reply
  6. Hans says

    March 14, 2018 at 12:24 PM

    wah
    seronoknya family day
    Hans recently posted…Review Filem Tomb RaiderMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:33 PM

      Memang seronok bro
      Dah lama tak release tension πŸ™‚

      Reply
  7. onlajer says

    March 14, 2018 at 9:31 AM

    Jom family day dekat sini

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:35 PM

      Boleh tu bro
      Kalau nak mandi -manda memang best
      cuma port untuk meeting je la macam tak sesuai

      Reply
  8. Juju says

    March 14, 2018 at 9:25 AM

    Sejuk je mata tengok tempat ni πŸ™‚

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:36 PM

      Tahu tak apa …
      Dengan suasana kampung tu lagi la buat kita rasa seronok dan tenang je

      Reply
  9. Kisah si dairy says

    March 14, 2018 at 9:12 AM

    Wah..ramai juga ye yang join..kalau adakan family day macam ni memang best kan..tempat pun ok nampaknya tu

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:37 PM

      Memang ramai , ada yang bawa family
      kalau nak buat family day kat sini ok je,..sesuai untuk mandi-manda tapi kalau nak meeting macam tak sesuai pula

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Tali Leher Pelengkap Gaya
Next Post: Jepuniaga Kedai Online Khusus Untuk Peminat Kamera DSLR Dan Produk Apple

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,510)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,213)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,538)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,439)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (870)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (783)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (636)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (623)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (567)
  • Demi Sesuap Nasi (517)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO