• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Coretan Harian

Selamat Tahun Baru 2021

January 1, 2021 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…Syukur masih diberi peluang untuk bertemu di dalam tahun yang baharu iaitu 2021 . Seperti biasa , Selamat tinggal tahun 2020 dan selamat datang tahun 2021 yang agak mencabar di dalam kehidupan di hari-hari yang akan datang . Umur meningkat lagi setahun… Semoga kenangan di dalam tahun 2020 akan menjadi landasan untuk menjadi lebih baik pada tahun ini iaitu 2021 . Kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan .

Semoga kedatangan tahun baru 2021 ini akan menjadi pendorong untuk kita bekerja dengan lebih keras demi mencapai azam serta cita-cita yang diidamkan pada setiap tahun yang mendatang dengan lebih bersemangat , istiqamah dan lebih komited di dalam melakukan setiap perkara…Aaminn …

Imej kredit : xfxwallpapers
… Teruskan Membaca… …

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2020

August 31, 2020 By Wan Zawawi 6 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Alhamdulilah…Hari ini bersamaan 31 Ogos 2020 genap 63 tahun negara Malaysia kita tercinta ini menyambut kemerdekaan . Pemandangan yang menarik pada masa kini dan tidak asing lagi kepada kita sebagai rakyat Malaysia apabila pejabat-pejabat dan bangunan kerajaan dan tidak lupa juga swasta serta jalan-jalan utama di bandar dan kampung mengibarkan Jalur Gemilang . Tidak lupa juga pada kenderaan milik persendirian dan kerajaan turut mengibarkan sekali jalur Gemilang . Ia merupakan satu pemandangan dan panorama yang idah dan menaikkan semangat patriotik dan jati diri serta cintakan negara Malaysia .

Tema Hari Merdeka 2020

Pada tahun 2020 , tema bagi Hari Merdeka pada tahun ini ialah :-

” MALAYSIA PRIHATIN “

Pemilihan adalah selari dengan keadaan semasa negara yang memerangi Pandemik Covid-19.

MALAYSIA : Menggambarkan seluruh rakyat Malaysia turut sama memerangi Covid-19

PRIHATIN : Inisiatif Kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

… Teruskan Membaca… …

Salam Maal Hijrah 2020 Masihi 1442 Hijrah

August 20, 2020 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Salam Maal Hijrah 2020 Masihi 1442 Hijrah dan Selamat Menyambut Tahun Baharu terlebih dahulu saya ucapkan buat semua umat Islam di Malaysia terutama kepada rakan-rakan seperjuangan , blogger dan juga para pembaca setia blog ini . Jika kita imbas kembali peristiwa dan sejarah mengenai Awal Muharam atau Maal Hijrah , ia merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah .

Jadi..pada hari ini , 20 Ogos 2020 ( Khamis ) bersamaan 1 Muharram 1442 Hijrah , Seluruh umat Islam menyambut Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam dan ianya juga merupakan hari cuti umum di Malaysia . Untuk pengetahuan semua tema Maal Hijrah pada tahun 2020 ini ialah “ Ummah Rabbani , Negara Harmoni “ .

… Teruskan Membaca… …

Selamat Hari Lahir Yang Ke-36 Buat Diriku

August 4, 2020 By Wan Zawawi 8 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…Semalam , Isnin 3 Ogos 2020 genaplah umur saya 36 tahun ….Bila lihat pada angkat 36 ni rasa dah macam tua pulak..hehehe lantak lah apa orang lain nak kata , yang paling penting sekali saya berdoa agar diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan lagi rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik ..Amin…Semoga diri ini tidak akan mudah menyerah dan berputus asa di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar ini nanti . Sambutan hari lahir ni secara kecil-kecilan je dengan keluarga maklumlah ikut bajet dan masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) .

Alhamdulillah…rezeki kek untuk sambutan hari jadi tahun ini

Jadi saya olah balik artikel yang sama seperti tajuk di atas semasa sambutan hari jadi ke 34 ..hahaha amcam ok ke ? layankan je la …Ini baru dikira ” Latest Update ” atau perkembangan terkini . Maklumlah blog pun dah macam tak dapat view sangat , mungkin disebabkan sibuk dengan kerja hakiki sepanjang 2 – 3 bulan lepas . Mana-mana blog rakan-rakan blogger yang saya sempat terjah dan komen tu kiranya ada masa terluang .

… Teruskan Membaca… …
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 4
  • Page 5
  • Page 6
  • Page 7
  • Page 8
  • Interim pages omitted …
  • Page 15
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,873)
  • Sakit Mata La Pulak…. (3,649)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,777)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,545)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (1,045)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (828)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (792)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (778)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (652)
  • Demi Sesuap Nasi (627)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO