Isi Kandungan
Assalamualaikum…
Alhamdulillah…Syukur masih diberi peluang untuk bertemu di dalam tahun yang baharu iaitu 2021 . Seperti biasa , Selamat tinggal tahun 2020 dan selamat datang tahun 2021 yang agak mencabar di dalam kehidupan di hari-hari yang akan datang . Umur meningkat lagi setahun… Semoga kenangan di dalam tahun 2020 akan menjadi landasan untuk menjadi lebih baik pada tahun ini iaitu 2021 . Kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan .
Semoga kedatangan tahun baru 2021 ini akan menjadi pendorong untuk kita bekerja dengan lebih keras demi mencapai azam serta cita-cita yang diidamkan pada setiap tahun yang mendatang dengan lebih bersemangat , istiqamah dan lebih komited di dalam melakukan setiap perkara…Aaminn …
Azam Pada Tahun 2021
Setiap kali dengan kedatangan tahun baru , mesti ramai yang akan memasang azam termasuklah saya ..Ok pada tahun ini umur pun sudah masuk ke 37 tahun ( perghhh rasa macam dah tua sangat ni ) jadi saya akan memastikan apa yang dirancang , diimpikan dan direncanakan akan terlaksana dan dipermudahkan .
Kerjaya
Di dalam kerjaya , saya akan berusaha dengan lebih keras lagi untuk meyara keluarga tercinta . Pada tahun 2021 yang serba-serbi mencabar ini , ramai yang nampak peluang untuk mengekalkan prestasi yang terbaik di dalam bidang kerjaya masing-masing . Jika ada peluang yang lebih baik dan terjamin , In Shaa Allah saya akan ambil peluang tersebut .
Memandangkan di Malaysia masih berada di dalam pandemik Covid-19 yang kita tidak tahu bila akan berakhir …Kadang-kadang sedih juga apabila terbaca di kalangan rakan-rakan yang kehilangan kerja dan juga sumber pendapatan utama . Jadi saya kene sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dan juga menaik taraf ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada ini .
Blogging
Di dalam kerjaya sebagai Blogger pula , In Shaa Allah saya akan memberi perhatian dan fokus untuk memperbaiki dan mempelbagaikan teknik penulisan , menambah baik ilmu di dalam SEO ( Search Engine Optimization ) , dan beberapa lagi bidang yang khusus di dalam kerjaya seorang Blogger ini . Memandangkan ramai rakan-rakan blogger lelaki sudah pun beralih ke bidang yang lain , ada juga yang sudah bersara menulis , tumpukan kepada kerjaya hakiki dan sebagainya …. kini persaingan teramatlah sengit tidak kira di mana-mana platform media sosial .
Dengan erti kata lain “Aura Blogger Lelaki ” seakan suram dan tenggelam . In Shaa Allah saya tidak akan berputus asa dan akan terus menulis dan menulis di blog kesayangan ini . Kepada mana-mana pihak yang perlukan khidmat saya di dalam review atau advertorial bolehlah hubungi saya di sini .
Masa
Pembahagian masa pula , Saya akan lakukan yang terbaik untuk membahagikan masa antara kerjaya hakiki dan kerjaya sambilan kerana pada tahun ini saya akan merealisasikan impian yang diidam-idamkan selama ini . Jadi masa itu teramat penting bagi saya pada tahun 2021 ini . Walaupun penat ..ibarat kata orang ” beraki-rakit ke hulu , berenang-renang ketepian , bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian ” . Doakan urusan saya dipermudahkan pada tahun ini . Aaminn…
Kesihatan
Semoga pada tahun ini saya dikurniakan kesihatan yang baik , memandangkan pada tahun lepas kerap juga la ke klinik..hmm… mungkin terlalu penat dan stress dengan kerja hakiki la kot ..Tapi tak mengapa , Bermula pada tahun ini kena jaga kesihatan dari A sampai Z . Bak kata kawan sekerja kelmarin ” Kerja ni memang takkan habis … kesihatan tu penting , kena jaga elok-elok..badan nak guna lama….” . Fuhhh mendalam kan makna tersurat dan tersirat ayat tu.
Status Diri
Memandangkan tahun 2021 ini umur sudah pun masuk ke angka 37 , dari tahun yang lepas-lepas ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik bawang yang bertanya bila akan mendirikan rumah tangga..Hahaha soalan cepu emas terbaik setiap kali menjelang akhir dan awal tahun . Saya pohon kalian semua doakan urusan saya dipermudahkan serta dimurahkan rezeki ye …
Doa Agar Covid-19 Lenyap Di Muka Bumi Malaysia
Sempena tahun baru 2021 ini , mari sama-sama kita berdoa agar Covid-19 akan lenyap di muka bumi Malaysia dan juga seluruh dunia . Saya ambil gambar petikan doa dari Perdana Menteri kita , Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin untuk tatapan semua …
Nasihat saya di sini , sama-sama kita amalkan Budaya Norma Baharu iaitu :-
- Basuh tangan dengan kerap dengan sabun, pencuci atau Hand Sanitizer.
- Sentiasa memakai Face Mask ( topeng muka ) jika berada diluar.
- Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin dengan tisu atau penutup mulut.
- Jaga jarak jika berurusan dengan sesiapa pun di luar.
- Jika rasa tidak sihat atau simptom demam / batuk / selesama dapatkan segera nasihat awal doktor.
- Elakkan sentuhan fizikal seperti berjabat tangan / bersalaman ( Gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada disebelah kiri ) .
- Muat turun aplikasi MySejahtera untuk mengikuti perkembangan semasa dan info mengenai statistik Covid-19 dan ” Check In ” ke mana-mana premis .
Akhir kata , Saya ingin mengucapkan sekali lagi kepada semua pembaca setia blog ini dan juga rakan-rakan blogger , SelamatTahun Baru 2021 ..Semoga tahun 2021 ini menjadi tahun yang amat bermakna bagi semua..Aaaminn…
Sis Lin says
Selamat tahun baru 2021 Wazy..
Moga tahun 2021 ni Wazy lebih maju dalam kerjaya dan kehidupan..
Sis Lin recently posted…TOURISM MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN DISKAUN HEBAT CUTI-CUTI MALAYSIA ‘SANTAI DI ZOO’
Wan Zawawi says
Aaamin…
Terima kasih..Selamat Tahun Baru 2021 juga
Muka Depan says
Selamat Tahun Baru 2021
Semoga apayang diimpikan menjadi kenyataan …
Amin…
Wan Zawawi says
Aamin,…
Terima kasih 🙂