Assalamualaikum…
Agak lama juga tak buat entri tentang tips dan penjagaan kereta di dalam blog kesayangan ini , kelmarin..ketika mencari info untuk update blog , terjumpa artikel bertajuk Tips Penjimatan Minyak Kereta di blgo lama .Mungkin di dalam situasi sekarang ni ,ramai yang mengeluh minyak asyik naik bukan ? Kepada mereka yang sering ulang-alik ke tempat kerja pun mengalami situasi yang sama.
Ok…di sini saya ingin berkongsi 20 cara praktikal secara ringkas dan padat untuk menjimatkan minyak petrol anda dengan mudah. Kita boleh jimat petrol lebih banyak jika mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pelbagai bahagian teknikal kenderaan yang sememangnya berkait rapat antara satu sama lain. Panduan ini merupakan asas sahaja untuk orang biasa , sekurang-kurangnya ia membolehkan kita lakukan sesuatu supaya mendapat lebih petrol dengan setiap sen yang kita belanjakan.
CARA #1
Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja . Sekiranya anda perhatikan , jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara . Oleh dengan itu , bagi mengurangkan kerugian petrol anda hilang ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk .