Assalamualaikum…
Pada masa kini , setiap rumah mahupun pejabat wajib memiliki Penapis Air kerana sumber air yang diperolehi dari paip dikhuatiri kotor dan tercemar selain menjimatkan masa dan wang untuk membeli air mineral di pasaran . Jadi pada hari ini , saya terangkan serba sedikti mengenai Perbezaan Teknologi Penapis Air di Pasaran Malaysia .
1. Sistem Penapis R.O Filter ( Reverse Osmosis )
Sumber gambar dari http://www.rowaterpurifierplant.com
Mesin Penapis Air R.O untuk kegunaan peribadi mula dipopularkan sekitar 1980-an. Ketika itu teknologi ini di anggap yang terbaik kerana air tapisan hasil proses reverse osmosis ini bebas dari bahan kimia / logam berat pepejal dan 99% bebas dari Bakteria dan kuman. Tetapi ketika itu mereka juga sedar yang air reverse osmosis ini mempunyai beberapa kelemahan besar seperti :
Selain bebas dari bahan Kimia dan Bakteria, proses reverse osmosis turut menyingkirkan semua mineral yang baik untuk kita di dalam air tersebut . Air R.O termasuk dalam golongan “ air mati ” yang sudah tiada “ roh ” lagi serta tidak mempunyai sifat terapi merawat yang ada pada air hidup.
- Air R.O juga tidak boleh disimpan dalam botol plastik dan dibiarkan untuk jangka masa yang lama kerana ia akan menyerap karbon dioksida dari bahan petroleum botol plastik itu dan merbahaya untuk diminum. Ia hanya sesuai disimpan dalam botol kaca.
- Disebabkan molekul Air R.O dipecahkan dan diasingkan dari segala bahan kimia,bakteria dan minerals, Air R.O yang masuk ke dalam badan kita ini adalah Bersifat Asid. Maka ia akan menyerap mineral-mineral baik di dalam badan kita yang kemudiannya disingkirkan sebagai bahan buangan kita.
- Membran penapis R.O yang digunakan dalam filter R.O adalah sangat halus iaitu 0.0001 micron. Disebabkan tekanan yang tinggi diperlukan untuk menolak air melalui membran ini, membran ini mudah koyak. Apabila ia koyak ; bakteria,kuman dan logam berat akan dapat menembusi penapis R.O ini.
Proses penapisan reverse osmosis ini membazir air. Secara mudahnya, Tiga Gelas air paip diperlukan untuk menghasilkan Satu Gelas air R.O. Walaupun terdapat banyak kekurangannya, ramai yang terpaksa memilih penapis R.O ini kerana ia merupakan pilihan yang terbaik untuk mereka ketika itu.