
Wordless Wednesday #42

Blogging Is My Passion

By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Wordless Wednesday

By Wan Zawawi 8 Comments Filed Under: Coretan Harian
Assalamualaikum..
Alhamdulillah…Syukur masih diberi peluang untuk bertemu di dalam tahun 2020 . Seperti biasa , Selamat tinggal tahun 2019 dan selamat datang tahun 2020 yang agak mencabar di dalam kehidupan di hari-hari yang akan datang . Semoga kenangan di dalam tahun 2019 akan menjadi landasan untuk menjadi lebih baik pada trahun ini iaitu 2020 .
Semoga kedatangan tahun baru 2020 ini akan menjadi pendorong untuk kita bekerja dengan lebih keras demi mencapai azam serta cita-cita yang diidamkan pada setiap tahun yang mendatang dengan lebih bersemangat , istiqamah dan lebih komited di dalam melakukan setiap perkara…Aaminn .

Setiap kali dengan kedatangan tahun baru , ramai yang akan memasang azam termasuklah saya ..Ok pada tahun ini umur pun sudah masuk ke 36 tahun ( perghhh rasa macam dah tua sangat ni ) jadi saya akan memastikan apa yang dirancang akan terlaksana dan dipermudahkan .
… Teruskan Membaca… …By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Domain Dan Hosting
Assalamualaikum…
Pada hari ini , Saya ingin berkongsi tentang Kenali Apa Itu Parked, Sub dan Add-On Domain . Sebelum itu anda boleh rujuk beberapa artikel yang lepas , Tips pemilihan Hosting , Nama Domain Yang Baik dan Ketahui Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting Jom sama-sama kita baca sehingga habis artikel ini .
Apabila kita ingin melanggan web hosting, kita sering dengar perkataan Parked Domain , Subdomain dan Add-on Domain . Apa sebenarnya maksud bagi ketiga-tiga perkataan berikut dan apakah perbezaan antara ketiga-tiga berikut . Mari saya bawa anda maksud bagi ketiga-tiga perkataan itu dan bagaimana ia berfungsi .

By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Domain Dan Hosting
Assalamualaikum..
Setelah kita mengetahui tentang Tips pemilihan Hosting dan Nama Domain Yang Baik , kali ini saya kongsikan pula tentang Ketahui Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting . Pada masa kini , memang terdapat banyak perbincangan tentang webhosting di internet . Perbincangan adalah berkisar tentang mana satu hosting yang lebih baik , Linux atau Windows. Ada banyak perbezaan di antara Linux hosting dan Windows hosting yang boleh memberi impak tentang bagaimana website anda akan dihantar ke internet , dan apakah kemampuan website anda nanti . Pemilihan yang tepat adalah perlu agar pilihan yang anda buat benar-benar memenuhi kemahuan anda .
Linux hosting telah sekian lama menjadi pilihan yang agak popular di kalangan webmasters . Ini adalah kerana ia adalah satu sistem yang agak stabil , boleh dipercayai dan efisien. Walau bagaimanapun Windows hosting kini telah mencapai kemajuan yang agak besar dalam bidang ini (hosting) . Kedua-duanya sistem ( Linux dan Windows ) masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh membantu anda untuk memilih hosting yang anda akan gunakan .
