Isi Kandungan
Assalamualaikum..
Alhamdulillah…Syukur masih diberi peluang untuk bertemu di dalam tahun 2020 . Seperti biasa , Selamat tinggal tahun 2019 dan selamat datang tahun 2020 yang agak mencabar di dalam kehidupan di hari-hari yang akan datang . Semoga kenangan di dalam tahun 2019 akan menjadi landasan untuk menjadi lebih baik pada trahun ini iaitu 2020 .
Semoga kedatangan tahun baru 2020 ini akan menjadi pendorong untuk kita bekerja dengan lebih keras demi mencapai azam serta cita-cita yang diidamkan pada setiap tahun yang mendatang dengan lebih bersemangat , istiqamah dan lebih komited di dalam melakukan setiap perkara…Aaminn .
Azam Pada Tahun 2020
Setiap kali dengan kedatangan tahun baru , ramai yang akan memasang azam termasuklah saya ..Ok pada tahun ini umur pun sudah masuk ke 36 tahun ( perghhh rasa macam dah tua sangat ni ) jadi saya akan memastikan apa yang dirancang akan terlaksana dan dipermudahkan .
Kerjaya
Di dalam kerjaya , saya akan berusaha dengan lebih keras lagi untuk meyara keluarga tercinta . Pada tahun 2020 yang serba-serbi mencabar ini , ramai yang nampak peluang untuk mengekalkan prestasi yang terbaik di dalam bidang kerjaya masing-masing .Jika ada peluang yang lebih baik dan terjamin , In Shaa Allah saya akan ambil peluang tersebut .
Blogging
Di dalam kerjaya sebagai Blogger pula , In Shaa Allah saya akan memberi perhatian dan fokus untuk memperbaiki dan mempelbagaikan teknik penulisan , menambah baik ilmu di dalam SEO ( Search Engine Optimization ) , dan beberapa lagi bidang yang khusus di dalam kerjaya seorang Blogger ini .
Masa
Pembahagian masa pula , Saya akan lakukan yang terbaik untuk membahagikan amsa antara kerjaya hakiki dan kerjaya sambilan kerana pada tahun ini saya akan merealisasikan impian yang diidam-idamkan selama ini . Jadi masa itu teramat penting bagi saya pada tahun 2020 ini . Walaupun penat ..ibarat kata orang ” beraki-rakit ke hulu , berenang-renang ketepian , bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian ” . Doakan urusan saya dipermudahkan pada tahun ini . Aaminn…
Kesihatan
Semoga pada tahun ini saya dikurniakan kesihatan yang baik , memandangkan pada tahun lepas kerap juga la ke klinik..hmm mungkin terlalu penat dan stress dengan kerja hakiki la kot ..Tapi tak mengapa , Bermula pada tahun ini kena jaga kesihatan dar A sampai Z .
Rasanya cukuplah azam yang saya kongsikan di sini ..hehehe masa pun terlalu cemburu , mana tidaknya sebelum akhir tahun 2019 kerja hakiki terlalu banyak dan ramai rasanya merindui penulisan saya di blog ini kan ? In Shaa Allah jika ada masa terluang saya akan kemaskini blog dengan pelbagai informasi untuk bacaan rakan-rakan blogger dan tidak lupa juga kpembaca setia blog ini .
Nurhidaya says
Terbaik azam tu. selamat tahun baru 2020 jugak..
Nurhidaya recently posted…Sedalam Dalam Rindu (Lirik) Cover Tajul
Wan Zawawi says
Terima kasih ..
Selamat Tahun Baru
umi nazrah says
waalaikumussalam. selamat tahun baru 2020. singgah blog walking di sini ^_^
umi nazrah recently posted…Ikhtiar Hamil Untuk Lelaki Dengan Produk Zinc Plus Shaklee
Wan Zawawi says
Terima kasih ..
Selamat Tahun baru
mrhanafi says
wah…
azam yang lengkap
moga tercapai dengan jayanya
mrhanafi recently posted…Amalan tarik duit dengan minda
Wan Zawawi says
Aaminn…
Terima kasih bro
Norfaizah Ahmad Amirfuddin says
Selamat tahun baru 2020
Wan Zawawi says
Terima kasih