• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Selamat Tahun Baru 2023

January 1, 2023 By Wan Zawawi 1 Comment Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…Syukur masih diberi peluang untuk bertemu di dalam tahun yang baharu iaitu 2023 . Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat tinggal tahun 2022 dan selamat datang tahun 2023 , Selamat Tahun Baru 2023 kepada semua . Umur meningkat lagi setahun… ( Tahun ini sudah masuk umur 39….) Semoga kenangan di dalam tahun 2022 akan menjadi landasan untuk menjadi lebih baik pada tahun ini iaitu 2023 . Kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan .

In Shaa Allah..dengan kedatangan tahun baru 2023 ini akan menjadi pendorong untuk kita bekerja dengan lebih keras demi mencapai azam serta cita-cita yang diidamkan pada setiap tahun yang mendatang dengan lebih bersemangat , istiqamah dan lebih komited di dalam melakukan setiap perkara… Aaminn …

Image by Gerd Altmann from Pixabay
… Teruskan Membaca… …

Al-Fatihah Buat Abah

November 6, 2022 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Hmm…Agak lama tidak menulis di blog ini , kekakangan waktu bekerja hakiki dan menjaga anak juga salah satu faktor blog kesayangan ini hampir berhabuk . Ok la berbalik kepada tajuk pada hari ini , sememangnya masih lagi bersedih apabila Abah kesayangan pergi buat selamanya pada 18 Oktober 2022 pada pukul 12.15 tengah hari yang lepas setelah hampir seminggu aku , adik dan emak jaga di rumah sewktu beliau sakit . Aku pula ambil cuti panjang untuk balik ke Simpang Renggam temankan emak dan abah…Hmmm sedih juga masa abah sakit tu . Aku , Emak dan adik bergilir-gilir jaga abah siang dan malam . Sampaila satu masa tu abah macam dah sakit sangat dan terpaksa telefon ambulans untuk di bawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom di Kluang . Masa abah dibawa ambulans tu , aku ” follow ” dengan kereta dari belakang sampai la ke hospital terus ke Trauma dan Kecemasan . Lama juga aku dan adik menunggu dari pukul 9 malam hingga ke 5.30 pagi baru doktor panggil .

Al-Fatihah buat Abah

Doktor pun bagi penerangan yang abah ditidurkan sebab oksigen kurang dan dijangkiti kuman . Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan aku dan adik pada masa itu melihat abah di wad kritikal . Menitis juga air mata aku pada masa itu . Di dalam hati aku tidak habis – abis berdoa agar abah diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti biasa….Kemudian , aku dan adik pun balik ke rumah dan berehat secukupnya . Aku pula hanya dapat tidur sejam je dan terus bersiap untuk balik ke Melaka sebab rindu pada anak dan isteri setelah seminggu berada di Simpang Renggam . Keesokkannya pula pada hari Ahad aku kembali semula ke Simpang Renggam .

Pada keesokkannya , pada waktu tengah hari tu aku dah bersiap untuk tengok abah dan bawakan air mineral botol besar dan juga bubur untuk abah . Sedih tengok keadaan abah masa tu…aku sempat kejutkan abah dan cium tangan abah untuk balik setelah habis waktu melawat kemudian bersiap pula untuk balik ke Melaka untuk kembali bekerja . Berat tu memang berat la bak kembali semula ke Melaka .

… Teruskan Membaca… …

Wordless Wednesday #74

September 14, 2022 By Wan Zawawi 1 Comment Filed Under: Wordless Wednesday

Wordless Wednesday #73

July 13, 2022 By Wan Zawawi 1 Comment Filed Under: Wordless Wednesday

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 3
  • Page 4
  • Page 5
  • Page 6
  • Page 7
  • Interim pages omitted …
  • Page 76
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Pengomen Tegar

  • Be the first to comment.
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO