
Unifi Mobile ? Ok Ke ?
Assalamualaikum…
Sejak beberapa minggu yang lepas , Trending juga di beberapa laman sosial seperti Facebook , Twitter dan Instagram tentang Unifi Mobile ini . Pertama sekali dapat tahu pasal ini apabila terbaca di salah sebuah blog Teknologi Nombor 1 di Malaysia iaitu Amanz dan juga artikel dari blog tersebut di sini . Jadi saya pun tidak ketinggalkan untuk mencubanya kerana pada masa ini kad Sim Unfi Mobile tersebut masih diberikan percuma sebanyak 1 juta yang pertama dan bagi mereka yang mendaftar pada atau sebelum 31 mac 2018 sehingga tamat tempoh promosi .

Sepanjang tempoh pengenalan ini , kroang akan dapat juga 20gb LTE percuma yang mana pada saya ianya agak berbaloi dan cuma kena pastikan untuk tambah nilai dalam tempoh 90 hari serta tanpa tarikh luput . Untuk menikmati dan megalami kelebihan dengan Unifi Mobile ini , bolehlah muat turun di sini untuk pengguna Android dan juga di sini untuk pengguna IOS . Dalam review ini saya menggunakan Android 🙂 .
Sebelum terlupa , korang boleh dapatkan Kad Sim ini sehingga 5 nombor pilihan dan boleh dilakukan di dalam Aplikasi Mudah Alih Unifi Mobile . Pilhan untuk penghantaran terus ke rumah juga boleh dilakukan dengan caj penghantaran sebanya RM 10.60 atau hadir sendiri ke TM Point yang terserai di tempat anda .
… Teruskan Membaca… …
Dapatkan Video E Book Pakej Lengkap Rahsia Taufufah
Assalamualaikum..
Pernahkah anda menikmati taufufah cendol , taufufah jagung , taufufah krim karemel , jelly taufufah dan banyak lagi . Hidangan ini memang sedap dan lazat . Selalunya ia terjual di pasar tani dan juga pasar malam
. Kini anda boleh menikmatinya dengan sepuas-puasnya pada bila-bila masa mengikut citarasa anda. Anda boleh membuatnya sendiri dengan mudah melalui panduan video langkah demi langkah di Video E Book Pakej Lengkap Rahsia Taufufah.

Sumber gambar dari Google
Sebelum itu , mari kita kenali serba sedikit tentang sejarah taufufah ini dulu ok 🙂 . Untuk pengetahuan semua , Mengikut sumber yang saya perolehi daru Wikipedia Taufufah ialah sejenis pencuci mulut orang Cina yang dibuat daripada tauhu yang sangat lembut . Tauhu juga dikatakan berasal daripada China purba semasa zaman Dinasti Han . Orang-orang Cina telah membangunkan dan memperkayakan resipi masakan berasaskan tauhu mengikut citarasa mereka sendiri .
Tips Memilih Kemeja Untuk Lelaki
Assalamualaikum..
Semalam sempat juga meluangkan masa untuk shopping sehelai dua kemeja ( tapi terus terbeli 4 pasang kemeja la) untuk dijadikan koleksi dan pakaina formal kalau ada majlis jemputan atau meeting kelab . Dalam suasana meredah kesesakkan lalu lintas memandangkan tengah cuti sekarang , sekali singgah kat kompleks membeli belah , biasa la lama sangat tak shopping sakan dan kebetulan ada yang buka . Mungkin ada di antara rakan-rakan yang masih belum tahu bagaimana untuk memilih kemeja yang sesuai untuk lelaki.Sempena entri berkaitan kemeja ni , terjumpa dalam email tentang Tips Memilih Kemeja Untuk Lelaki . Jom kita baca semua tips-tips tersebut.
 Sekadar gambar hiasan
Tips Memilih Kemeja Untuk Lelaki
Kemeja bukan hanya sekadar sehelai pakaian harian yang biasa . Ia mampu memberi impak terhadap penampilan. Ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting mahupun majlis formal. Namun tak ramai di antara kita tahu memilih kemeja sesuai untuk aktiviti harian di pejabat. Perlu diingat, setiap orang mempunyai bentuk tubuh dan personaliti berbeza, dan ini membuatkan seseorang itu kelihatan berbeza. Banyak perkara yang perlu kita tahu tentang sehelai kemeja. Ini termasuklah kualiti, stail dan perinciannya. Tips berikut membantu kita semua memilih sehelai kemeja yang tepat.
1. Kolar
Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar narrow yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar.Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.
