Masa itu Emas
Kenapa ianya emas ?
Sebab Emas tersangat berharga
Tak ternilai harganya
Hanya yang pandai membahagikan masa
Dapat mengatur agar segalanya berjalan lancar.
Bila difikirkan balik
Masa akan tetap terus berjalan
Tanpa ia menoleh kebelakang
dan semestinya masa itu tidak dapat diundurkan.
Beruntunglah kepada yang dapat menghargai masa
Dapat melakukan pelbagai perkara dan kerja
Andai masa lapang,
Isikan ia dengan perkara berfaedah
Jangan disalah guna.
Bagi yang sibuk dan terhad ruang masa
Carilah peluang untuk melapangkan masa
Agar dapat bersama-sama dengan orang tersayang
Masa amat penting untuk semua
Tidak kira tua ataupun muda.
Nukilan
Wan Zawawi @ Wazy
7 mac 2017
Noriza Abdul Rahman says
Masa yang dah berlalu tak boleh diputar kembali
Noriza Abdul Rahman recently posted…Apa Yang Lelaki Ini Buat Sehingga ‘Famous’ di Hospital Memang Awesome!
Wan Zawawi says
Betul tu
Hanz says
masa x pernah menunggu kita..
rasa baru sekejap jer tinggalkan zaman sekolah, tiba2 dah masuk alam kerja…
rasa baru jer masuk kerja, tiba2 dah kahwin ada anak…
lastly, rasa baru semalam bergelak ketawa dengan kawan2 rapat, tp sorang demi sorang tinggalkan dunia….
Hanz recently posted…Agus Salim & Buya Hamka – 2 Remaja Bermasalah Sewaktu Remaja
Wan Zawawi says
Yup,betul tu bro
paling rapat dengan kita adalah kematian
beberapa bulan lepas saya pun baru sahaja kehilangan rakan baik