• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Informasi / Buat Duit Dengan Blog

Buat Duit Dengan Blog

March 6, 2017 By Wan Zawawi 6 Comments Filed Under: Informasi

Assalamualaikum…

Jika masa boleh diundurkan , kita boleh lihat bagaimana blog-blog tumbuh seperti cendawan selepas hujan . Ini boleh dilihat sekitar awal tahun 2006 dan 2007 . Pada zaman kegemilangan blogger-blogger tanah air di Malaysia khususnya , ramai juga yang mengubah haluan dan minat untuk menceburkan diri di dalam dunia blogging . Tidak kisah pun jika ada yang guna platform percuma seperti blogspot atau blogger serta ” WordPress Self Hosted ” . Untuk itu , yang paling penting minat di dalam berblog . Maka lahirlah pelbagai blog berniche yang mempunyai pengikut tersendiri dan paling menarik dapat mengenali kenalan baru diantara blogger-blogger .

buat duit dengan blogSumber gambar dari : theravid blog

Jika anda mempunyai blog , mungkin anda sudah pasti mengetahui atau masih tercari-cari bagaimana untuk Buat Duit Dengan Blog . Ini kerana dengan adanya blog , sudah terbukti ia dapat meluaskan pemasaran produk sama ada di dalam dan luar negara . Itu semua memang tidak mustahil dan jujur saya katakan , dengan blog anda dapat menumpukan pelbagai bidang dan pemasaran untuk memperolehi epndapatan sampingan secara maksimum bergantung dengan kemampuan anda sendiri . Paling penting niat kita untuk berblog itu dijadikan perancangan yang khusus untuk meningkatkan kredibiliti di dalam blogging apabila anda rajin menulis blog .

Buat Duit Dengan Blog

Terdapat pelbagai cara untuk buat duit dengan blog . Jika kita lihat satu-persatu , cara tersebut memerlukan komitmen dan perhatian yang konsisten untuk mencapai target yang dikehendaki . Di sini saya terangkan beberapa teknik untuk rakan-rakan dan para pembaca untuk memahami konsep serta strategi yang khusus untuk menambah pendapatan sampingan melalui blog .

Minat Berblog dan Menulis

Minat di sini adalah mempunyai kemahiran yang khusus untuk mentadbir blog seperti pengubahsuaian tema atau template blog . Ini adalah penting kerana , sebagai blogger khususnya anda perlu memahirkan diri di dalam pengubahsuaian tahap asa untuk penambahbaikkan di blog sendiri . Anda boleh mendapatkan pelbagai panduan di dalam enjin carian untuk rujukan dari semasa ke semasa .

Menulis blog pula , rasanya ramai di antara blogger -blogger masa kini adalah lepasan SPM , STPM dan juga tidak ketinggalan dari Universiti awam dan swasta . Apa yang saya ingin tekankan di sini , menulis blog itu sama juga seperti anda mengarang sebuah esei atau cerpen semasa menjawab soalan peperiksaan . Teknik menulis pula ada bermacam-macam cara mengikut niche blog anda . yang penting ianya mempunyai tanda baca yang sesuai , perenggan dan lain-lain bagi memantapkan mutu sesebuah artikel yan dikarang nanti .

Pengetahuan Mengenai Teknik Asas SEO

Jika mempunyai blog , untuk menguasai sesebuah enjin carian anda juga perlu mengetahui teknik asas di dalam SEO atau ” Search Engine Optimization ” . Pada masa kini , telah banyak blog yang mesra dengan enjin carian . Di dalam enjin carian Google , banyak rujukan-rujukan untuk memantapkan ilmu dan skill tentang SEO ini . Anda cuma perlu rajin membuat kajian dan selidik dari masa ke semasa untuk mengikuti perkembangannya yang terkini .

Menjual Atau Menyewa Ruang Iklan

Untuk pengetahuan semua , terdapat pelbagai jenis ruang pengiklanan yang anda boleh jual , antaranya banner , iklan teks atau pop-ups . Sebelum itu anda perlulah mempunyai blog yang mempunyai bilangan pelawat yang ramai datang melawat blog serta mesra pembaca selain daripada mempunyai artikel yang menarik serta 100% asli .

Menyediakan Artikel atau Post Berbayar

Antara yang paling popular untuk mendapatkan pendapatan yang konsisten di blog , anda boleh menyediakan perkhidmatan meulis artikel atau ” post ” berbayar . Di sini juga merankumi jumlah bilangan pelawat yang datang ke blog anda . Tidak mustahil jika ada yang menawarkan sehingga RM300 untuk satu artikel sama ada artikel tersebut disediakan oleh pengiklan atau anda mengarangnya sendiri . Selain itu ,anda haruslah menguasai beberapa niche di blog seperti keusahawanan , bidang hartanah , keluarga atau teknologi maklumat .

Promosi Produk Affiliates atau Produk Sendiri

Terdapat pelbagai bidang dan platform untuk anda menerokai produk Affiliates yang mendapat sambutan hangat seperti Klikjer , Involve Asia , Lazada dan Zalora yang mempunyai pelbagai produk menarik untuk anda promosikan di blog . Ini terbukti apabila ramai rakan-rakan blogger berjaya mengaut komisyen setiap bulan sehingga 4 angka . Tak mustahil bukan ? Yang paling penting anda komited dan mempunyai komitmen yang berterusan untuk melakukan promosi secara berhemah di blog sendiri .

Bagi peniaga yang ingin memasarkan produk sendiri pula , boleh juga menjual serta melakukan promosi menggunakan blog . Ini adalah kerana blog adalah platform yang paling mudah serta mesra pengguna dan ” Search Engine ” atau enjin carian . In Shaa Allah anda akan berjumpa dengan prospek bakal pembeli melalui blog .

Sebagai kesimpulannya , anda haruslah mempunyai minat yang mendalam dan tiak mudah berputus asa di dalam usaha mencari atau menambah pendapatan sampingan melalui blog . Kerana pada zaman sekarang , semua pengguna sudah mula celik teknologi dan sering menggunakan internet untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan secara dalam talian dan blog adalah satu-satunya tumpuan golongan ini . Alang-alang menulis , biar sampai dapat DUIT 🙂

(Visited 8 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Al-Fatihah Buat Abah
    Al-Fatihah Buat Abah
  • Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
    Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. raihanah ahmad says

    March 7, 2017 at 9:00 AM

    macam2 cara boleh buat duit, hendak dengan tak hendak je kan
    raihanah ahmad recently posted…Kajian Telomere ShakleeMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 26, 2017 at 12:54 PM

      Betul tu 🙂

      Reply
  2. Uncle Zuan says

    March 6, 2017 at 9:17 PM

    ramai yang jadi jutawan dengan hanya blogging. tak mustahi bro pun akan jadi jutawan dari blogging
    Uncle Zuan recently posted…11 Perkara Yang Perlu Titik Beratkan Sebelum Menyewa Apartment Pertama AndaMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 26, 2017 at 12:55 PM

      nak jadi jutawan tu tak mustahil bro
      apa yang penting komitmen dalamberblog tu kena kekal walaupun sesibuk mana pun

      Reply
  3. guliroket says

    March 6, 2017 at 4:46 PM

    lama dah tak aktif.

    kena rajin semula la ni.

    sibuk aje sekarang ni.
    guliroket recently posted…15 Permainan Tradisional yang hampir PUPUS di MalaysiaMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 26, 2017 at 12:57 PM

      Hehehe tu la
      Ada masa terluang ajin-rajinkan la diri tu

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Blogging Is My Passion
Next Post: Masa Itu Emas

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,510)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,213)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,538)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,439)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (870)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (783)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (636)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (623)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (567)
  • Demi Sesuap Nasi (517)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO