Isi Kandungan
Assalamualaikum….
Kali ini jom kita luangkan sedikit masa untuk berfikir sejenak tentang J.K. Rowling , Roger Ebert , Donald Trump dan Paul Greengrass. Inilah orang-orang yang amat kaya. Tetapi apa yang membuatkan mereka kaya ? Mereka menjadi kaya bukan melalui perkara yang mereka tidak suka buat , tetapi mereka menjadi kaya melalui perkara atau minat yang mereka benar-benar suka buat. Sudah tentu iaa merupakan perkara yang mereka fikir memang wujud dalam diri mereka sendiri.
J.K. Rowling
Sumber gambar : The Telegraph
J. K. Rowling atau nama sebenarnya Joanne Rowling mempunyai minat menulis sejak dia kecil. Dia mula menulis semasa dia masih kanak-kanak. Meskipun pelbagai kesusahan dalam hidupnya, dia tidak putus asa. Dia terus menulis bila-bila masa jika berkesempatan . Mempunyai dua anak dalam tanggungannya , wanita ini menjelmakan fenomena fiksyen dalam generasi kita denagn sebuah karya hebat iaitu Harry Potter. Semasa dia menghasilkan Harry Potter, pernahkah dia fikir dia boleh jadi lebih kaya daripada orang-orang yang telah kaya sebelum ini ? Tidak pernah sama sekali. Dia hanya sekadar menulis.
Roger Ebert
Sumber gambar : Zarban.com
Mungkin tiada cinematophile yang gilakan filem seperti Roger Ebert. Dia menulis ulasan filem yang boleh dikatakan untuk setiap filem yang diterbitkan. Lihatlah bagaimana dia menukarkan minatnya terhadap filem kepada kerjaya ? Ulasan filemnya adalah paling tinggi hadiahnya dan dia dibayar dengan banyak kerana menonton filem dan menulis hasil pemerhatian tentang filem tersebut!
Donald Trump
Sumber gambar : Motivational Moments
Perlukah seseorang bercakap apa-apa tentang Donald Trump ? Perniagaan ialah kehandalannya dan minatnya serta yang paling ketara dia tidak boleh dihentikan. Apabila dia mempunyai satu peluang urusniaga yang akan diuruskannya , dia akan melabur ke dalam urusniaga lain. Dia juga tiada masa untuk berhenti dan fikir tentang wang. Perkembangan terkini beliau adalah kejayaannya menjadi Presiden Amerika Syarikat ..menarik bukan ?
Paul Greengrass
Sumber gambar : The Guardian
Paul Greengrass dikenali sebagai salah seorang pengarah yang paling baru mendapat kuasa di Hollywood hari ini. Cara pengarahannya pernah dikritik sebelum ini, terutamanya kegemarannya menggunakan shaky camera moves (pergerakan kamera bergoyang), tetapi adakah dia ‘membengkokkan’ caranya untuk menyenangkan hati diktator tadi? Tidak, tidak! Dan apa yang dia dapat ? Siri The Bourne! Dan filemnya menjadi kegilaan. Tidak lupa juga, dia telah menjadi sangat kaya.
Kesimpulannya , kejar minat anda. Jangan pedulikan ejekan dan sindiran . Adakah anda mahir tentang sesuatu, dan sangat mahir yang anda rasa ia mampu memberikan anda wang ? Jadi jangan ragu-ragu lagi. Jadikan insan-insan yang telah pun kaya dan berjaya ini sebagai sumber inspirasi dan idola anda untuk mengikut jejak langkah mereka . Anda memang memilikinya dalam diri anda untuk buat duit daripadanya . Oleh itu , jadikan minat anda sebagai mesin cetak wang untuk diri anda !!
maszull says
assalamualaikum wan…wah !! info yg menarik ni…mama baru tahu yg penulis buku cerita Harry Potter tu seorang wanita…ingatkan lelaki…:)
** Mama Maszull
Wan Zawawi says
Waalaikumsalam
Sama la masa mula-mula saya jumpa info ni
Mohd Aswad says
betul tuan.. bila kita suka dan minat dengan apa yang kita buat.. pasti kita akan usaha buat dengan sepenuh hati.. baru la boleh berjaya mcm semua yang ada diatas tadi..
yang penting jangan mudah mengalah dan putus asa..
Mohd Aswad recently posted…Kedah – Koperasi Wawasan Malaysia Berhad
Wan Zawawi says
Semoga kita ambil iktibar dengan cerita ini