Assalamualaikum…
Apabila mencari kerja ini…benda yang paling penting mesti la RESUME atau CURRICULUM VITAE (CV) bukan ? Pelbagai format dan gaya Resume untuk memikat dan menarik perhatian majikan tak kira la sama ada di sektor swasta atau kerajaan . Boleh dikatakan semua orang mampu menulis Resume dengan hanya melihat contoh-contoh Resume yang ada di internet mahupun Resume kenalan anda . Tetapi tahukah anda dengan hanya menulis Resume sahaja tanpa melihat kepada strategi penghasilan Resume yang menarik dan memikat, anda mungkin akan mengalami sedikit masalah. Masalah yang saya maksudkan ini adalah Resume yang dihasilkan mungkin mendatar sahaja. Tiada elemen-elemen memikat.
Tips Menghasilkan Resume Yang Terbaik
Ok.. di sini saya berikan satu contoh seperti “ Menyanyi ”. Saya percaya ramai di antara anda yang boleh bernyanyi dengan baik dan sedap didengar. Ini bermakna anda bernanyi dengan Nod dan tempo yang betul , ada yang tinggi dan ada yang rendah . Kepelbagaian nod dan intonasi dalam nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu itu sedap didengar . Cuba anda nyanyi satu lagu tanpa mengikut liuk-lentok iramanya – dalam erti kata lain mendatar sahaja dan tiada seorang pun rela mendengar. Mungkin anda seorang sahaja yang sudi mendengar. Cuba anda lihat kartun Doraemon – Giant menyanyi penuh semangat tetapi semua orang tutup telinga…hehe
Contoh yang lain ,saya kaitkan pula dengar penulisan Resume anda. Penulisan Resume tanpa perancangan akan menghasilkan satu resume yang mendatar. Maksud saya Resume yang dihasilkan kurang menarik jika bakal majikan melihatnya nanti. Mungkin anda seorang sahaja yang tertarik kepada Resume anda. Misi anda adalah mendapatkan pekerjaan pertama anda. Sebelum anda diterima bekerja di sesebuah organisasi tempat kerja anda perlu mempromosikan diri anda sehabis baik untuk pastikan bakal majikan berminat dengan anda. Segala yang hebat tentang diri anda seperti pencapaian anda memerlukan teknik penulisan yang betul untuk menarik perhatian bakal majikan.
Ramai diantara kita yang menulis Resume hanya menulis mengikut perspektif diri sendiri. Tidak salah jika anda menulis sebegini tetapi misi anda adalah buatkan bakal majikan tertarik dengan diri anda untuk diterima bekerja. Jadi, lebih baik jika anda menulis resume yang memenuhi kemahuan pihak syarikat. Ini bermakna anda menulis satu Resume yang ada sasaran. Ia berbeza jika anda terus sahaja menulis Resume tanpa memikirkan aspek keperluan majikan. Penulisan Resume sebegini hanya akan memberi kepuasan kepada diri anda sahaja bukan kepada bakal majikan. Jadi, agak susah untuk Resume anda dipilih ke temuduga.
Anda perlu mengetahui tentang syarikat yang bakal anda mohon. Apabila anda mengetahui sedikit sebanyak tentang syarikat tersebut maka mudahlah bagi anda menulis Resume mengikut keperluan syarikat itu sendiri. Walaupun anda cuba untuk memenuhi keperluan syarikat di dalam Resume anda, pastikan jangan anda unsur-unsur penipuan. Anda perlu jujur dalam penulisan resume. Sebaik mana pun Resume anda, tetapi jika terdapat unsur penipuan anda mungkin akan mengundang perspektif negatif bakal majikan. Lebih teruk lagi jika Resume anda berjaya dipilih untuk ditemuduga nanti . Kantoinya berkali-kali ganda ,tidak ke situasi seprti itu akan merugikan anda ?
Kesimpulannya, lakukan kajian tentang kemahuan syarikat anda mohon kerja terlebih dahulu kemudian penuhi kemahuannya melalui resume anda. Contohnya seperti menjawab ujian ‘ Open book’ – Anda baca semua soalan terlebih dahulu kemudian baru cari jawapan di dalam buku . Anda dah tahu kemahuan setiap soalan , jadi tugas anda adalah mencari jawapan untuk soalan tersebut. Cara beginilah bagaimana Resume anda mampu memikat bakal majikan anda.
Zurainny Ismail says
Betul tu, mesti buat research dahulu & set resume ikut keperluan majikan. Bab resume mmg sgt subjektif & rumit, kan? Kami sdg draft artikel ttg resume – tapi blm cukup idea utk finalize. Baru2 ni saya berkesempatan ikut karnival SL1M dan menerima beratus2 resume – zaman ni mmg sgt mcabar bg graduan kita sbb jgn ckp nak dpt kerja, nak dpt interviu pun susah.
Zurainny Ismail recently posted…Review Shopping Online Dengan SGshop
onlajer says
haha kawan memang bergitu lama dah tak buat resume
titan says
dah lama betul tinggal zaman menulis resume ni.
haha..
titan recently posted…Blogger tua.
Wan Zawawi says
hehehehe
kalau dah dapat kerja mantap , dah tentu resume simpan je
Uyul Rosli says
kena update resume nih. uyul nak cari kerja lain. hehehe
Wan Zawawi says
Semoga sukses ye
Hernee Nazir says
aduhaiii 10 tahun dah saya tak hirau nak update resume..ekekeke
– Hernee Nazir –
Wan Zawawi says
hehehehe
lama juga tu
raihanah ahmad says
boleh jadi rujukan pencari kerja. ramai yang tentu mendapat manfaat
raihanah ahmad recently posted…Kesihatan Kardiovaskular Terbaik Melalui Landmark Study
Wan Zawawi says
Semoga ianya bermanfaat
raihanah ahmad says
mudah2an insyaAllah
raihanah ahmad recently posted…Luka Diabetes Bernanah Sembuh Dengan Vivix
Mohd Aswad says
yup.. betul… resume kalau ditulis tanpa ikut panduan mmg susah.. sbb tak tau mana kepala mana ekor..
jadi kena la ikut panduan betul2..
Mohd Aswad recently posted…Pinjaman Koperasi Kakitangan Kerajaan Kedah
Wan Zawawi says
Sebab itu la ramai yang mencari panduan sebegini kan bro
Hanz says
nie mahasiswa baru kena byk belajar psl resume, byk majikan komplen, htr emel pun guna emel zaman kanak-kanak riang…
Hanz recently posted…Membedah P Ramlee – Pandangan Seorang Pemikir Moden
Wan Zawawi says
banyak juga saya dengar macam tu
Hero Borneo says
pada tahun ini saya terakhir menghantar resume kepada majikan yang baru..lepas ini dah nak tukar apa-apa pekerjaan lagi…
blogger satu kerjaya yang tak memerlukan resume
Hero Borneo recently posted…3 Sebab Terpenting Untuk Jadi Perunding Takaful
Wan Zawawi says
Bagus la tu bro , susah juga kalau asyik tukar kerja je
Tepat sekali , dengan menjadi blogger tak perlu resume pun