Assalamualaikum…
Alhamdulillah , semalam bersamaan 3 Ogos 2017 adalah hari lahir penulis blog yang tak seberapa popular ini….Dan semalam juga la umur ku genap 33 tahun ( sambil tu nyanyi sikit ” Happy Birthday To Me…Happy Birthday To Me.. ” hehehehehehehe ) . Fuhh…rasa macam dah tua je..hahaha tapi masih maintain muda dan remaja ok 🙂 . Sama seperti tajuk pada kali ini , Alhamdulillah…33 tahun Yang Penuh Bermakna Buat Diriku..ye ramai yang sudah mengalami pelbagai pengalaman pahit dan manis di dunia yang serba mencabar sekarang ini . Saya pun tidak terlepas dengannya …. Apabila dikenang balik memang banyak pahit dari manisnya tu .
Dulu Aku Senyum Sebab Aku Happy…Dulu Aku Senyum Sebab Hati Aku Suka…Tapi Itu Dulu La….
Teringat masa menyambut Hari Lahir Yang ke 29 , kebetulan pada masa tu lepak-lepak dengan sorang pakcik ni di kedai kakan sambil menikmati nescafe tarik dan mee goreng , lama juga la berbual sampai dia tanya umur berapa. Dengan bangganya beritahu esok dah genap 29 tahun . Tetiba pakcik tu tersenyum, aku pulak yang cuak masa tu , hahaha…bikin suspen je pakcik ni . Ok kembali kepada pakcik tu . Dia berpesan ” Anak ni masih muda dan bertenaga lagi , cuma pakcik nak pesan satu je , dalam hidup ni kita tak boleh sentiasa putus asa . Anak kena kuatkan hati dan sentiasa kental dalam mengharungi cabaran dalam hidup . Pakcik harap teruskan apa jua bidang yang anak suka , jaga adab dan jangan sesekali buat ibu dan bapa anak sedih dan hati-hati dalam memilih kawan ” . Walaupun ringkas , tetapi memang agak mendalam pesanan tersebut tu . In Shaa Allah…saya akan ingat sampai bila-bila pesanan pakcik . Itu la ” Flashback “ masa menyambut kelahirtan yang ke 29 , tetapi masih segar dalam ingatan ini . mendalam juga apa yang pakcik tu pesan . Kalau bekersempatan memang nak cari Pakcik tu ucap terima kasih kerana beri nasihat yang berguna kepada saya .
Perancangan akan diteruskan macam biasa , tumpuan harus diberikan kepada kerjaya ( sama ada sepenuh masa dan separuh masa ) . Bila dah umur 33 ni , kena la serius di dalam semua hal , tidak kira di dalam hubungan sesama kawan dan sebagainya agar tidak digelar kebudak-budakkan pula nanti . Selain itu , ramai juga dah mula bertanya bila nak makan nasi minyak ? Mungkin dah tak sabar sangat nak tengok aku dan pasangan duduk di pelamin la tu…. Rilek Brader… Rileks Sister…In Shaa Allah jika ada jodoh takkan kemana ye tak ? . Apa yang penting kumpul duit dulu dan mantapkan kerjaya . Doakan untuk saya yer semua agar dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik ..Amin…
Sambil-sambil tu layan lagu dari Beatles – Birthday :-
Beatles – Birthday
You say it’s your birthday
It’s my birthday too–yeah
They say it’s your birthday
We’re gonna have a good time
I’m glad it’s your birthday
Happy birthday to you.
Yes we’re going to a party party
Yes we’re going to a party party
Yes we’re going to a party party.
I would like you to dance–birthday
Take a cha-cha-cha-chance-birthday
I would like you to dance–birthday
Dance
You say it’s your birthday
Well it’s my birthday too–yeah
You say it’s your birthday
We’re gonna have a good time
I’m glad it’s your birthday
Happy birthday to you.
Akhir sekali..Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus mengucapkan selamat hari lahir kepada saya sama ada di Facebook , Twitter , Whatsapp dan Wechat , memang terharu sangat-sangat .
Mazni Azmi says
Selamat menyambut hari kelahiran tuan yang ke 33
Semoga makin maju dunia akhirat
Mazni Azmi recently posted…Vivix Shaklee Untuk Kencing Manis! 9 Manfaat Bagi Diabetes
Mama Hakim says
Semoga usia yang masih berbaki ini menjadikan kita lebih diredhai oleh Allah swt
Mama Hakim recently posted…Harga Vivix Shaklee 2017 & Sebotol tahan berapa lama?
sensasi2020 says
Salam bro… Maaf lama tak terjah blog bro. Saya kurang tulis blog sekarang, itu pun curi-curi masa tulis artikel blog.
Happy belated berthday. Moga terus bahagia dunia dan akhirat.
Saya doakan bro panjang umur, murah rezeki kaya dan berjaya.
zik says
selamat hari lahir bro.. insyallah kalau ada rezeki , jodoh datangla tuh.. hehe.. jangan cepat putus asa bro..
zik recently posted…Pengalaman jual burger tepi jalan, income rm5000 sebulan
Hernee Nazir says
happy belated birthday wazy.. mudah2an bertemu jodoh blogger hehehe
Hernee Nazir recently posted…Kulim Kota Tinggi Trail Run 2017 – 26 August 2017
Belang Tarung says
takpe tuan..orang lelaki golden years dalam 40-an lambat lagi tu hahahaha
Belang Tarung recently posted…Pengalaman & Tips Menonton Perlumbaan MotoGP Di SIC Sepang Malaysia
raihanah says
happy birthday, baru tahu 33 tahun baru
raihanah recently posted…Cara Bisnes Shaklee Sampai Berjaya
ira says
happy belated birthday. 🙂 setiap kehidupan mesti ada cabarannya. yang penting hati kena kuat tempuhi dan bila dah beroleh kemanisan dalam hidup jangan lupa bersyukur. kita diuji dan diberi nikmat silih berganti.
ira recently posted…Pameran Artifak Asli Rasulullah Saw Meruntun Jiwa
nikkhazami says
happy birthday… tak kawin lagi rupanya.
nikkhazami recently posted…Tips Tingkatkan Jualan di Instagram
mrhanafi says
baru saya perasan bro masih bujang..
kalau belum ada calon ..
saya galakkan bro carilah calon dari golongan blogger..
sama passion maka mudah teruskan kerjaya blog sampai bila-bila..
anyway happy birthday yang 33.
nombor cantik tu.
mrhanafi recently posted…Kes Studi 3 : Konten Blog Berkualiti
Wan Zawawi says
Amin..Terima kasih bro 🙂
In Shaa Allah bro..
kalau dah jodoh dengan blogger memang rezeki la namanya
Ikhwan says
Selamat hari lahir Wan Zawawi 🙂
Ikhwan recently posted…Kumpul Duit Kahwin RM10 Ribu Sebulan
Wan Zawawi says
Terima kasih bro 🙂
Pakcu says
Selamat ulang tahun bro, Pakcu baru nak jejalan kat geng blog JDT nie. kiki, semoga terus berjaya dan capai matlamat yerr.
Pakcu recently posted…surprise party untuk si blogger bajet hot
Wan Zawawi says
Amin…Terima kasih Pakcu