• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Dan Salam Aidil Adha 1438 Hijrah 2017

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Dan Salam Aidil Adha 1438 Hijrah 2017

September 1, 2017 By Wan Zawawi 3 Comments Filed Under: Coretan Harian

Isi Kandungan

  • Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
  • Tema Hari Merdeka 2017
  • Salam Aidil Adha 1438 Hijrah 2017
  • Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum…

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Alhamdulilah..Semalam 31 Ogos 2017 genap 60 tahun negara Malaysia kita tercinta ini menyambut kemerdekaan . Pemandangan yang menarik pada masa kini dan tidak asing lagi kepada kita sebagai rakyat Malaysia apabila pejabat-pejabat dan bangunan kerajaan dan tidak lupa juga swasta serta jalan-jalan utama di bandar dan kampung mengibarkan Jalur Gemilang . Tidak lupa juga pada kenderaan milik persendirian dan kerajaan turut mengibarkan sekali jalur Gemilang . Ia merupakan satu pemandangan dan panorama yang idah dan menaikkan semangat patriotik dan jati diri serta cintakan negara Malaysia .

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2017 Dan Salam Aidil Adha 1438 Hijrah

A post shared by Wan Zawawi (@wanzawawi) on Aug 31, 2017 at 9:12am PDT

Tema Hari Merdeka 2017

Pada tahun 2017 , tema bagi Hari Merdeka pada tahun ini ialah ” Negaraku Sehati Sejiwa ” .

MAKNA LOGO

Logo ini mengambar kanbetapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.

TEMA

NEGARAKU SEHATI SEJIWA yang berlandaskan perpaduan dan kesepakatan (unity) ini akan menjadi pengerak kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia. Konsep yang diadun dan direka dengan teliti berasaskan ‘keharmonian dalam kepelbagaian’ ini akan menyemarakkan semangat patriotisme serta memperluas dan memperkukuh semangat kekitaan, kebersamaan, saling memahami dan hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.

LAGU RASMI

Lagu Malaysia Sehati Sejiwa sekali lagi dijadikan sebagai lagu rasmi untuk sambutan Merdeka 2017. Lagu tersebut dipilih buat pertama kalinya sebagai Lagu Tema Merdeka tahun 2015. Lagu asal dinyanyikan oleh Alif Satar (choir & penyanyi latar: Gemersik Chorus), lirik lagunya ditulis oleh Siso Kopratasa & Muhammad Yuri Edris manakala Lagunya dicipta oleh Muhammad Yuri Edris. Untuk tahun 2017, lagu ini dinyanyikan oleh Syamel & Ernie Zakry dengan penyanyi latar oleh Republik Malai.

Lagu ini menampilkan sedikit kelainan apabila di bahagian chorusnya dinyanyikan didalam bahasa Iban dan Kadazan.

Lirik Lagu Tema Merdeka 2017 : Sehati Sejiwa

Demi ……tanah yang bertuah
Taman….. cinta merdeka ..aaa
Kasih …di hatiku ini
Untukmu ….tanah pertiwi …iii

Dari …..utara selatan
Juga….. timur ke barat
Turut gagah ….Sabah Serawak
Se….hati Sejiwa

Chorus
Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge
Laut luas terbentang
Bukan satu halangan
Untuk kita bersama
Melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..

Chorus
Walaupun berbeza
Budaya Agama
Bukanlah penghalang
Kita bergandingan
Marilah bersatu

Sehati sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera …

Korus Iban Kadazan…
(Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa

Sumber : : http://www.malaysiancoin.com/2017/07/logo-tema-merdeka-malaysia-2017.html#ixzz4rOTwlbxz

Sumber : http://www.malaysiancoin.com/2015/08/sehatisejiwa-lirik-lagu-hari-kebangsaan.html#ixzz4rOUnucIE

Salam Aidil Adha 1438 Hijrah 2017

Manakala pada hari ini Jumaat 1 September 2017 bersamaan 10 Zulhijjah 1438 Hijrah , Umat Islam di Malaysia khususnya menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji . Alhamdulillah….syukur sangat-sangat kerana masih lagi dapat menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan suasana yang cukup menarik bersama-sama keluarga tersayang .

Sambutan pada tahun ini boleh dikatakan agak meriah juga , saya dan keluarga bertolak pulang ke kampung halaman sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha . Sememangnya lebih seronok dan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan jika berpeluang menyambut raya korban bersama keluarga tersayang di kampung halaman . mana tidaknmya dapat bersama-sama tolong memasak hidangan atau juadah untuk raya seperti ketupat , kari daging , lodeh, lemang dan rendang .

Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya Aidil Adha (bahasa Arab: عيد الأضحى ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh , sebelas , dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah pada setiap tahun . Ia Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah , diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha pada pagi 10 Zulhijjah . Kemudian sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu , salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa , korban bermaksud dekat , manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam . 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah , di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik , paling bersih , dan juga mengenakan wangi-wangian . Pada pagi hari raya korban , umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua . Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri . Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Akhir kata , Salam Kemerdekaan ke 60 tahun dan Salam AIdil Adha 1438 hijrah buat semua pengunjung dan pembaca setia blog ini dan juga rakan-rakan blogger tidak kira di mana kalian semua berada . hati-hati memandu pulang ke kampung , Semoga selamat sampai ke destinasi . Kita jumpa lagi pada artikel akan datang.

(Visited 33 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi
    Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi
  • Salam Aidil Adha 1444 Hijrah 2023 Masihi
    Salam Aidil Adha 1444 Hijrah 2023 Masihi
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…
  • Salam AidilFitri 1443 Hijrah 2022 Masihi
    Salam AidilFitri 1443 Hijrah 2022 Masihi
  • Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi
    Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Belang Tarung says

    September 6, 2017 at 10:40 AM

    memandangkan merdeka dan raya korban sehari sahaja gapnya…ade baiknya jadikan slogan..berkorban untuk kemerdekaan hehe
    Belang Tarung recently posted…Berkelah dan Mandi-Manda Di Pantai Bukit Keluang, Besut TerengganuMy Profile

    Reply
  2. MOHDHAFiZ.TK says

    September 5, 2017 at 10:31 AM

    Selamat hari merdeka bro . selamat hari raya haji juga
    MOHDHAFiZ.TK recently posted…Servis Akaun Google AdSense Non Hosted MalaysiaMy Profile

    Reply
  3. Ibu Zaid says

    September 3, 2017 at 9:30 PM

    Selamat hari merdeka dan salam aidil adha tuan

    Semoga kita isikan kemerdekaan ini dengan kebaikan

    Insyaallah
    Ibu Zaid recently posted…Keputihan semasa mengandung & 8 Cara hilangkan yang berkesanMy Profile

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk
Next Post: Wordless Wednesday #12

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,490)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,166)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,517)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,405)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (866)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (761)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (622)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (616)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (566)
  • Demi Sesuap Nasi (497)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO