Isi Kandungan
Assalamualaikum….
Sesekali terdengar lagu kumpulan Rock yang popular ketika dahulu memang menggamit memori la beb ( hahaha gaya tulis ni pun dah Rock la Bro dan Sis ) . Saya rasa ramai yang mengenali dan meminati Kumpulan Rock yang agak terkenal satu ketika dahulu iaitu Febians…Saya juga antara ribuan peminat Kumpulan Febians yang terkenal dengan lagu Penantian , Masih dan Kehancuran Sebuah Cinta .
Sejarah Dan Latar Belakang Serta Penubuhan Febian`s
Kumpulan Febians ditubuhkan pada tahun 1979 di Johor Bahru Johor. Asalnya kumpulan ini dianggotai oleh Aziz Mohamed ( Aziz ), Abdul Rahman ( Man Burger ), Kemat Hassan ( Kemat ), Samsuri Hj. Tahir ( Sham ) dan Jasmin Zainal ( Hana ). Asalnya dikenali sebagai D’Febians.
Mula menempa nama dalam arena muzik tempatan pada tahun 1983 hingga ke arena Juara Juara Rock. Dinobatkan gelaran Raja pentas pada era 86 – 88 kerana sering muncul dengan persembahan mantap dan bertenaga.
Pada tahun 1988, lahirnya album sulung Febians yang menggunakan nama Febians sebagai judul album. Ketika itu dianggotai oleh Aziz Mohamed (Aziz), Nasabandi Jumat (Nasha), Sufian Samiran (Ians), Harun Rahman (Harun) dan Samsuri Hj. Tahir (Sham).
Melihat sambutan hangat yang diterima menerusi album sulung, Febians muncul kembali pada tahun 1989 menerusi album kedua yang diberi judul 1001 Malam.
Pada tahun 1991, Febians muncul kembali dengan album ketiga yang diberi judul Satu Antara Sejuta. Menerusi album ini, lagu Penantian, Masih dan Kesan telah menjadi hits ketika itu. Album ini merupakan album terakhir buat pengasas yang juga pemain drum Febians saudara Sham, pemain bass saudara Harun dan juga gitaris kedua, saudara Ians.
Pada tahun 1994, album terakhir Febians berjudul Lang Buana menjengah ke pasaran. Kali ini Febians muncul dengan kemasukan Seth Jamal yang menggantikan tempat Harun selaku pemain bass dan Samad Isa yang menggantikan tempat Sham selaku pemain drum.
Selepas era 94, Febians hanya bergerak menjayakan persembahan di sekitar Johor. Berlaku juga banyak pertukaran ahli, namun mereka masih setia meneruskan perjuangan dengan membawa nama Febians.
Beberapa percubaan untuk mengaktifkan kembali Febians telah dibuat sepanjang tahun 2001 – 2005 oleh beberapa anggota yang pernah bersama Febians, namun ianya menemui jalan buntu.
Tahun 2006, Aziz telah memanggil As selaku drummer, Din selaku pemain bass dan Wai selaku penyanyi utama untuk meneruskan kembali perjalanan Febians. Namun gabungan ini hanya mampu bertahan sehingga 2013 sahaja sebelum diteruskan dengan beberapa lagi cubaan oleh anggota yang lain tetapi berakhir dengan kegagalan.
Selepas melalui pelbagai detik jatuh bangun, langkah yang lebih serius mula diambil. Dengan Samsuri Hj. Tahir kembali mengemudi posisi selaku pemain drum, beliau telah berganding bersama wajah-wajah baru.
Untuk memantapkan lagi permainan, posisi gitaris utama diisi oleh Norkamal Abd. Ghani (Nano), Dg. Rahmat mengisi slot selaku pemain gitar kedua, Hassan Bachok selaku pemain bass serta penambahan posisi pemain keyboard diisi oleh bekas pemain keyboard kumpulan Metal Child iaitu saudara Hisham Zainon manakala saudara Raymie Hj. Tahir mengisi kekosongan selaku penyanyi utama.
Febians atau kini dikenali sebagai Febian’s akhirnya mengambil keputusan untuk merakamkan sebuah single yang bakal dimuatkan di dalam sebuah projek terbaru. Untuk projek ini, Febian’s bekerjasama dengan seorang producer yang tidak kurang hebatnya iaitu saudara Wawa Jinggo di bawah naungan Meenz Music Record. Febian’s kini sudah muncul kembali dengan single terbaru berjudul ‘Untuk Apa Lagi’.
Lirik Untuk Apa lagi – Febian`s
Untuk Apa Lagi – Febian’s
Untuk apa lagi
Kau ingin kembali
Setelah hatiku ini kau lukai
Untuk apa lagi
Kau ingin mencari
Cinta suci sendiri kau nodai
Untuk apalah ertinya
Impian cinta kita bina
Janji harapan ku anggap sempurna
Kian jadi impian kosong semata
Apalah hendak dikata
Cintamu tidak setia
Terbayang wajah mu jelita
Belaian memori yg indah
Inikah balasan yang ku terima
Bila ku hadirkan untuk mu cinta
Pergilah kau ku doakan mu berbahgia
Untuk apa lagi
Kau ingin menyesali
Sekadar menyakitkan hatiku ini
Untuk apa lagi
Kau ingin kembali
Usahlah kau mencari cinta dari ini
Video Klip Untuk Apa lagi – Febian`s
Video klip kredit kepada Meenz Tv
Febian’s GiveAway Contest Edisi Januari 2018!
Apa tunggu lagi..? Serlahkan bakat yang terpendam..Febian’s GiveAway Contest Edisi Januari 2018! Bersempena musim hujan ni , anda perlu cover salah satu lagu hits Febian’s mengikut kreativiti anda dalam bentuk rakaman video & upload di laman Facebook anda. Jangan lupa untuk share & tag Febian’s TV. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30hb Januari 2018.
Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti anda. Oh, jumlah LIKE pada video anda juga turut memainkan sedikit peranan tau. Jadi apa tunggu lagi? Jom, serlahkan bakat serta kreativiti anda !
p/s : Video di sini contoh je, jangan copy bulat-bulat pulak. Yang contoh ni tak boleh dikira sebagai penyertaan tau.
Caller Ring Tone Dari Febian`s
Anda juga boleh abadikan lagu terbaru Febian`s ini di dalam nada dering telefon kesayangan anda . Mesti nampak bergaya dan rock apabila pemanggil mendail nombor anda sambil layan lagu ni nanti . Boleh rujuk poster di bawah untuk senarai Caller Ring Tone ini :-
Untuk mendapatkan CD dan maklumat yang lebih lanjut boleh ke :
Facebook Febian`s Tv : https://www.facebook.com/FebiansTV/
Klip Video : https://youtu.be/q_aTjON5deE
maszull says
assalamualaikum wazy…mmg terbaik la…
p/s entri ni mama copy paste jer yer wazy….
Mama Hakim says
Pak cik pak cik yang berusia 50 an ke atas mesti teruja dengan berita kemunculan mereka ni
Mama Hakim recently posted…Cara memilih pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka kita!
Ibu Zaid says
Ramai yang dah buat come back kerana fenomena gegar vaganza. Yang dah karat pun mahu berkilau
Ibu Zaid recently posted…Susu Kambing Wildan Untuk ibu Mengandung!
Ikhwan says
Terkenang lagu rock kapak zaman 80 dan 90an.
Ikhwan recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan B41