• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Salam Maal Hijrah 2018 1440H

Salam Maal Hijrah 2018 1440H

September 11, 2018 By Wan Zawawi 11 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Salam Maal Hijrah 1440 dan Selamat Menyambut Tahun Baharu terlebih dahulu saya ucapkan buat semua umat Islam di Malaysia terutama kepada rakan-rakan seperjuangan , blogger dan juga para pembaca setia blog ini . Jika kita imbas kembali peristiwa dan sejarah mengenai Awal Muharam atau Maal Hijrah , ia merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah .

Jadi..pada hari ini , 11 September 2018 ( Selasa ) bersamaan 1 Muharram 1440 Hijrah , Seluruh umat Islam menyambut Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam dan ianya juga merupakan hari cuti umum di Malaysia . Untuk pengetahuan semua tema Maal Hijrah pada tahun 2018 ini ialah ” Menyantuni Umat Membawa Rahmat “

Hijrah Bagi Diri Sendiri

Dalam kehidupan yang semakin mencabar ini , saya hasrus nekad dan tidak mudah berputus asa kerana kerap kali dipandang rendah , dikecam dan sebagainya oleh orang-orang yang bergelar ” Kawan Makan Kawan ” . Walaupun terkadang tu teramat teruk saya kena hadap dar segi fizikal dan mental…namun demi kerjaya dan keluarga tercinta , saya buat tidak tahu dan ambil ” Port ” . Jadi saya harus berhijrah untuk buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga . Kata orang mana-mana sahabat yang sanggup bersusah senang itu lah yang perlu kita hargai bukan ? Anda sopan , saya segan , anda hormat saya , saya hormat anda 🙂

salam maal hijrah 1440

Hijrah Dalam Kerjaya

In Shaa Allah , jika rezeki …saya akan mencuba peluang yang ada di depan mata tidak kira dengan kerjaya yang sedia ada ini ataupun kerjaya baru . Ini adalah kerana , sekarang adalah masa yang perlu saya ambil serius di dalam perhubungan dan juga kerjaya agar ianya seimbang dan tidak terlalai dikemudian hari . Fuh….walaupun kerja yang sedia ada ini teramat penat , itu tidak menjadi masalah 🙂 kerana saya bukan dilahirkan di dalam keluarga yang kaya-raya . Sejak kecil lagi mak dan abah sudahpun ajar untuk berdikari dan tidak terlalu mengharap dan bergantung kepada orang lain .

Azam Sempena Tahun Baru 1 Muharram 1440 Hijrah

Azam saya pula pada tahun baru ini aalah ingin mendapatkan rawatan terbaik untuk emak tersayang . Semoga Emak sihat walafiat hendaknya …Amin . Di samping itu ,Saya akan mempertingkatkan lagi di dalam pemfokusan kerjaya agar dapat menampung kehidupan yang semakin mencabar ini . Semoga diri ini diberi kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki juga…Amin .

Dalam artikel ini saya sertakan sekali lirik yang keudara di televisyen dan radio apabila tibanya sambutan Awal Muharram dari Al Ajiba yang bertajuk Maal Hijrah 1 Muharram :-

Al Ajiba – Maal Hijrah 1 Muharram

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Akhir kata …Maafkan saya jika ada terkasar bahasa sepanjang penulisan di dalam blog ini , mohon halakan makan dan minum saya selama kita semua berkenalan sebagai rakan blogger , rakan sekerja dan di kalangan pembaca blog ini . Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut Maal Hijrah 1440H kepada semua muslimin dan muslimat ” Menyantuni Umat Membawa Rahmat “

(Visited 51 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi
    Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi
  • Salam AidilFitri 1445 Hijrah 2024 Masihi
    Salam AidilFitri 1445 Hijrah 2024 Masihi
  • Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi
    Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi
  • Salam Aidil Adha 1444 Hijrah 2023 Masihi
    Salam Aidil Adha 1444 Hijrah 2023 Masihi
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Olivia says

    November 26, 2019 at 6:03 PM

    I have read your blog its really good and awesome.

    Reply
  2. Ikhwan says

    September 15, 2018 at 10:57 PM

    Salam maal hijrah bang.
    Ikhwan recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41My Profile

    Reply
  3. Raihanah says

    September 13, 2018 at 9:55 AM

    Salam Maal Hijrah… Doa baik baik
    Raihanah recently posted…Harga Vivix Shaklee MurahMy Profile

    Reply
  4. sunah sakura says

    September 12, 2018 at 11:38 AM

    salam maal hijrah…jom sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik!

    Reply
  5. Sis Lin says

    September 12, 2018 at 9:54 AM

    Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru Islam 1440H Wazy ..

    Reply
  6. Nona says

    September 11, 2018 at 5:27 PM

    Salam Maal Hijrah… Doa baik baik..teruskan usaha baik baik..semoga semua baik baik lahh…kan… Amin..Amin

    Reply
    • Wan Zawawi says

      September 11, 2018 at 11:14 PM

      Salam Maal Hijrah juga buat Nona
      In Shaa Allah..memang kena fikir semua baik-baik je 🙂

      Reply
  7. Mar Mansor says

    September 11, 2018 at 3:24 PM

    salam maal hijrah.berhijrah mungkin lebih baik.

    Reply
    • Wan Zawawi says

      September 11, 2018 at 11:15 PM

      Salam Maal Hijrah juga
      yup itu memang lebih baik

      Reply
  8. Kisah si dairy says

    September 11, 2018 at 3:20 PM

    Salam maal hijrah wazy

    Reply
    • Wan Zawawi says

      September 11, 2018 at 11:16 PM

      Salam Maal Hijrah juga buat akak ye

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: JANGAN KETINGGALAN UNTUK REBUT PROMOSI DI MATTA FAIR DAN TRAVELOKA SALE-ABRATION
Next Post: Sims Urban Oasis

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,521)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,597)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,485)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (667)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO