• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Domain Dan Hosting / Ketahui Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting

Ketahui Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting

November 21, 2019 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Domain Dan Hosting

Assalamualaikum..

Setelah kita mengetahui tentang Tips pemilihan Hosting dan Nama Domain Yang Baik , kali ini saya kongsikan pula tentang Ketahui Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting . Pada masa kini , memang terdapat banyak perbincangan tentang webhosting di internet . Perbincangan adalah berkisar tentang mana satu hosting yang lebih baik , Linux atau Windows. Ada banyak perbezaan di antara Linux hosting dan Windows hosting yang boleh memberi impak tentang bagaimana website anda akan dihantar ke internet , dan apakah kemampuan website anda nanti . Pemilihan yang tepat adalah perlu agar pilihan yang anda buat benar-benar memenuhi kemahuan anda .

Linux hosting telah sekian lama menjadi pilihan yang agak popular di kalangan webmasters . Ini adalah kerana ia adalah satu sistem yang agak stabil , boleh dipercayai dan efisien. Walau bagaimanapun Windows hosting kini telah mencapai kemajuan yang agak besar dalam bidang ini (hosting) . Kedua-duanya sistem ( Linux dan Windows ) masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh membantu anda untuk memilih hosting yang anda akan gunakan .

Sumber gambar dari Google

Perkara yang paling ketara tentang Linux hosting ialah harganya. Selain itu ia juga menggunakan sistem operasi open source ( sumber terbuka ) . Kebanyakan aplikasi yang popular dalam pembangunan laman web juga adalah terdiri daripada open source seperti PHP , MySQL dan Python dan kesemuanya boleh digunakan dengan baik menggunakan sistem Linux .

Windows hosting adalah agak mahal kerana ia adalah berasaskan kepada teknologi proprietary . Hosting jenis ini biasanya membenarkan anda meletakkan (host) apa sahaja jenis aplikasi pada server yang sama . Anda boleh menggunakan aplikasi ASP.Net yang mengunakan database MS-SQL dan pada masa yang sama anda juga boleh menggunakan blog berasaskan PHP yang menggunakan database MySQL tidak seperti Linux .

Walaupun agak mahal, tetapi ramai pengguna menggunakan Windows hosting kerana kesesuaiannya dengan produk Microsoft yang lain . Jika anda ingin membina website dengan menggunakan aplikasi ASP atau ASP.Net , server pilihan anda hanyalah Windows hosting.

Akhir sekali, perbezaan ketara kedua-dua hosting ini ialah untuk website jenis apa anda akan menggunakannya. Jika anda bercadang untuk membina website tradisional yang menggunakan grafik , teks , fungsi ecommerce ( bisnes ) maka pilihan yang paling sesuai ialah platform Linux hosting . Tetapi , jika anda ingin membina website yang agak kompleks, mempunyai ciri-ciri interaktif, maka Windows hosting adalah pilihan yang paling tepat .

(Visited 47 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #41
Next Post: Kenali Apa Itu Parked, Sub dan Add-On Domain

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,331)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,596)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,484)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO