Assalamualaikum…
Alhamdulillah ..sudah pun masuk ke bulan ke dua di dalam tahun 2020 iaitu Februari . Macam kejap je masa berlalu kan ? Maklumlah saya terlalu sibuk menguruskan kerja hakiki dan kerja separuh masa , blog ini pun agak bersawang tidak ” update ” . Nak dikatakan terkena ” Writer Block ” tak pula sebab banyak je idea nak tulis dalam blog kesayangan ini .

Memandangkan hari cuti hujung minggu ni , sempat juga la meng ” upgrade ” computer kesayangan dari Windows 7 ke Windows 10 Professional . Walaupun sudah lama tertangguh nak buat kerja ni , syukur sangat-sangat dapat juga siapkan dengan sempurna .

Makan masa juga la bergantung kepada ” Connection ” Unifi ni , namun kena bersabar dan bersabar untuk dapatkan hasil yang memuaskan..hehehe . Alhamdulillah siap juga akhirnya pagi tadi . Semoga selepas ini semangat untuk kemaskini blog semakin berkobar-kobar ๐

In Shaa Allah jika ada kelapangan saya akan kongsikan pengalaman untuk ” Upgrade ” ke Windows 10 ini ye ..cuma buat masa sekarang saya kena ” Explore ” benda baru di dalam Sistem Operasi Windows 10 . Kot-kot ada dikalangan rakan-rakan blogger sudah pun menggunakan Windows 10 tu bolehlah kongsikan di ruang komen nanti ok.
Itu je la untuk hari ini , maklumlah sibuk uruskan beberapa perkara penting pada pertangahan bulan nanti . Doakan segala urusan saya berjalan dengan lancar…Aaminn..
Sekejap betul masa berlalu… pejam celik pejam celik dah masuk bulan Feb.
Betul tu ๐