• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Salam AidilFitri 1441 Hijrah 2020 Masihi

Salam AidilFitri 1441 Hijrah 2020 Masihi

May 24, 2020 By Wan Zawawi 7 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah… syukur masih dapat bertemu Bulan Syawal 1441 Hijrah pada tahun 2020 ini setelah menahan nafsu makan dan minum di siang hari di Bulan Ramadhan . Seluruh  Umat Islam di Malaysia mula menyambut Syawal pada hari ini iaitu Ahad bersamaan 24 Mei 2020 seperti yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan jatuhnya 1 Syawal 1441 Hijrah pada hari Jumaat yang lepas ( 22 Mei 2020 ) . Tahun ini dapatlah berpuasa genap 30 hari bersamaan sebulan walaupun masih berada di dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat ( PKPB ) .


Pengumumam Hari Raya Aidil Fitri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad

Salam AidilFitri 1440 Hijrah 2020 Masihi

Pada tahun ini berbeza sedikit kerana umum telah pun mengetahui seluruh Malaysia berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat ( PKPB ) . Sepanjang bulan Ramadhan tiada aktiviti sembahyang terawih di masjid atau surau , hanya lakukan terawih di rumah bersama keluarga . Alhamdulillah ..kerja hakiki dan pertukaran syif siang dan malam berjalan dengan lancar walaupun berasa penat sedikit .

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini tetap disambut seperti tahun-tahun yang lepas namun terikat dengan Standard Operating Procedures atau SOP ketika perayaan . Antaranya adalah tidak boleh merentas negeri untuk pulang ke kampung , pemakaian Face Mask atau topeng muka dan pengunaan Hand Sanitizer dan penjarakan sosial .

Walaupun PKP dilanjutkan empat minggu lagi sehingga 9 Jun seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin , tak bermakna kita tak boleh menyambut dan meraikan perayaan Aidilfitri . Aktiviti ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa . Kementerian Kesihatan juga menyarankan agar elakkan daripada berada di tempat yang sesak atau tempat yang tertutup . Jika mahu bersembang dengan tetamu pun , jarak-jarakkan sedikit . Tidak perlulah duduk terlalu rapat . Wajib ikut prosedur operasi standard ( SOP ) yang ditetapkan . Takbir Raya pun dilakukan di rumah bersama keluarga .

Pada kesempatan ini , Saya juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1441 Hijrah kepada semua rakan-rakan bloggger dan tidak lupa juga kepada pembaca setia blog ini . Aktiviti pada hari raya pertama sama juga seperti tahun-tahun yang lepas iaitu membuat persiapan memakai baju melayu yang baru serta kemas dan sembahyang raya dan takbir raya bersama keluarga tahun ini dilakukan di rumah sahaja . Aktiviti menikmati juadah paling wajib semasa sambutan hari raya iaitu ketupat , rendang , sambal kacang dan lodeh bersama-sama keluarga . Kemudian sesi bermaaf-maafan dengan semua ahli keluarga dan berehat sebentar untuk ” recharge ” tenaga  .

Akhir kata , Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin kepada semua kenalan terutama kepada rakan-rakan blogger dan para pembaca setia blog wanzawawi.net . Halalkan makan dan minum dan saya ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf dan ampun jika ada tersilap atau terkasar bahasa secara sengaja atau tidak sengaja selama kita berkenalan di dalam dunia blogging ini . Kepada rakan-rakan yang tidak dapat pulang ke kampung halaman , jangan bersedih ok…gunakan teknologi yang ada untuk berhubung dengan keluarga tersayang . Mari sama-sama kita berdoa agar wabak Covid-19 lenyap di muka bumi ini dan akan dapat menyambut hari raya pada tahun depan dengan suasana lebih meriah lagi …Aaminn.. Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin .

(Visited 145 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi
    Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi
  • Salam AidilFitri 1445 Hijrah 2024 Masihi
    Salam AidilFitri 1445 Hijrah 2024 Masihi
  • Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi
    Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi
  • Salam Aidil Adha 1444 Hijrah 2023 Masihi
    Salam Aidil Adha 1444 Hijrah 2023 Masihi
  • Program Ibadah Korban Denaihati Network 1443 Hijrah 2022 Masihi
    Program Ibadah Korban Denaihati Network 1443 Hijrah…
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Cik Puan Ena says

    June 2, 2020 at 11:21 PM

    Selamat hari raya zawi n family. Ena pon raya dlm rumah je. Mmg berbeza tahun ni kan. Xde buat open house. Xde jalan raya. Rasa jimat plak 😂
    Cik Puan Ena recently posted…Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Kampung PasirMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      July 12, 2020 at 8:13 AM

      Selamat Hari Raya juga untuk ena
      Betul tu tahun ni memang tak dapat kemana-mana

      Reply
  2. Sis Lin says

    June 1, 2020 at 11:34 AM

    Selamat Hari raya , Maaf Zahir Batin Wazy …
    Sis Lin recently posted…CARA NAK MATIKAN KETAM NIPAH DENGAN MUDAH DAN CEPATMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      July 12, 2020 at 8:13 AM

      Selamat Hari raya sis

      Reply
  3. mrhanafi says

    May 26, 2020 at 10:46 AM

    Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin Minal aidin wal faidzin untuk tuan sekeluarga
    mrhanafi recently posted…Hilangkan rasa kecintaan duniaMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      July 12, 2020 at 8:14 AM

      Terima kasih
      Selamat Hari raya juga

      Reply

Trackbacks

  1. Salam Aidil Adha 1441 Hijrah 2020 Masihi - wanzawawi[dot]net says:
    July 31, 2020 at 10:45 AM

    […] menarik bersama-sama keluarga tersayang . Perbezaan pada tahun ini masih sama seperti sambutan Hari Raya Aidil Fitri kelmarin iaitu dengan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) dari pihak […]

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #49
Next Post: Hidup Sihat Tanpa Stress ( Bahagian 3 )

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,519)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,319)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,583)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,471)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (880)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO