• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Selamat Hari Lahir Yang Ke-36 Buat Diriku

Selamat Hari Lahir Yang Ke-36 Buat Diriku

August 4, 2020 By Wan Zawawi 8 Comments Filed Under: Coretan Harian

Isi Kandungan

  • Tanggungjawab Sebagai Anak Sulung
  • Perancangan Di Dalam Hidup
  • Kesihatan
  • Kerjaya
  • Kawan , Sahabat dan Lawan

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…Semalam , Isnin 3 Ogos 2020 genaplah umur saya 36 tahun ….Bila lihat pada angkat 36 ni rasa dah macam tua pulak..hehehe lantak lah apa orang lain nak kata , yang paling penting sekali saya berdoa agar diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan lagi rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik ..Amin…Semoga diri ini tidak akan mudah menyerah dan berputus asa di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar ini nanti . Sambutan hari lahir ni secara kecil-kecilan je dengan keluarga maklumlah ikut bajet dan masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) .

Alhamdulillah…rezeki kek untuk sambutan hari jadi tahun ini

Jadi saya olah balik artikel yang sama seperti tajuk di atas semasa sambutan hari jadi ke 34 ..hahaha amcam ok ke ? layankan je la …Ini baru dikira ” Latest Update ” atau perkembangan terkini . Maklumlah blog pun dah macam tak dapat view sangat , mungkin disebabkan sibuk dengan kerja hakiki sepanjang 2 – 3 bulan lepas . Mana-mana blog rakan-rakan blogger yang saya sempat terjah dan komen tu kiranya ada masa terluang .

Tanggungjawab Sebagai Anak Sulung

Apabila umur dah cecah 36 ini ( tatkala ramai kawan-kawan sudah mula berkeluarga dan mempunyai anak dan tak telepas juga disindir hebat sebagai ” Bujang Tua ” oleh makcik dan pakcik bawang yang jari-jemarinya tiada insurans ketika menaip di dalam group whatsapp geng-geng sekolah.. hahahah maaf terpaksa luahkan sedikit di dalam blog ini ) , sebagai anak sulung memang diakui tanggungjawab yang besar , mana tidaknya saya kena jaga mak dan abah , kerana mereka berdua tidak lagi bekerja dan perlu ke klinik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan setiap 4 atau 6 bulan . Jadi kena pandai ambil masa untuk kerja hakiki dan kerja separuh masa sambil menjaga mak dan abah . Semoga mak dan abah diberikan kesihatan yang baik dan gembira selalu serta dimurahkan rezeki apabila dijaga oleh anak sulungnya ini 🙂 . Senang cerita , mereka yang bergelar anak sulung ni tahu la apa tanggungjawab yang perlu di galas 🙂

Perancangan Di Dalam Hidup

Ramai juga yang beri ucapan hari lahir dan bertanya bila nak kahwin…hahaha ini merupakan soalan ” Cepu Emas ” la , senang je jawapan yang saya beri , kalau tak Jumaat , Sabtu la…( Haaaa..tepuk 🙂 ) Jodoh dan maut ni memang tidak boleh diduga ..Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk saya dan bakal pasangan menuju ke alam pernikahan nanti ye . In Shaa Allah bila dah sampai masanya saya akan jemput semua pembaca setia blog ini dan tidak lupa juga rakan-rakan blogger yang lain ke majlis tu nanti .

Kesihatan

Alhamdulillah..setakat ini kesihatan saya berada di dalam keadaan yang baik . Walaupun begitu , kene juga sesekali buat ” Check Up ” kerana bila umur semakin meningkat ini bermacam-macam penyakit boleh datang . Macam kata pepatah ..Mencegah lebih elok sebelum menjadi parah …Apa-apa pun teruskan doakan saya agar diberikan kesihatan yang baik ..Aaamin….

Kerjaya

In Shaa Allah , selagi saya mampu , saya akan terus mengambil peluang yang ada di hadapan mata , tidak kira dari kerja sepenuh masa dan juga kerja separuh masa . Zaman sekarang ini semua perkara perlukan duit , paling penting biarlah penat dan lelah itu tidak sia-sia dengan bayaran yang saya terima nanti . Kena pula situasi sekarang ekonomi di dalam pandemik Covid-19 , risau juga jika berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada kerja-kerja yang saya lakukan .

Kawan , Sahabat dan Lawan

Haa..ni salah satu yang memang kena luahkan..hahaha ada yang sudi atau tak sudi nak baca tu saya tak boleh nak paksa . Apabila sebut tentang Kawan , Sahabat dan Lawan ni ..memang macam-macam berlaku spenjang 36 tahun hidup ini . Fuhh ini la namanya cabaran di dalam kehidupan ..Ada yang positif , ada juga virus negatif . Pesanan kepada diri sendiri , sentiasa berhati-hati di dalam memilih kawan …Macam di dalam lirik Kumpulan Amuk dimana lagunya bertajuk Tak Relevan :-

Engkau kini tak serupa dulu
Berkawan pun nak pilih bulu
Poket lebat engkau pun rapat
Poket lebat engkau pun rapat
Memang kau hebat hatimu berkarat…

Engkau kawan tak boleh harap
Kau sememang pandai berpura
Masa senang kitalah teman Yeah!
Memang… Yeah.Yeah.Yeah… Yeah… Yeah… kau kejam

Masa senang kitalah teman
Masa senang kitalah kawan
Di masa susah tidak pun kau pandang

Akhir kata..Saya ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus-putus mengucapkan selamat hari lahir kepada saya sama ada di Facebook , Instagram , Whatsapp dan Wechat , memang terharu sangat-sangat . Terima kasih sekali lagi 🙂

(Visited 75 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
    Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
  • Al-Fatihah Buat Abah
    Al-Fatihah Buat Abah
  • Selamat Tahun Baru 2023
    Selamat Tahun Baru 2023
  • Selamat Tahun Baru 2024
    Selamat Tahun Baru 2024
  • Selamat Tahun Baru 2025
    Selamat Tahun Baru 2025
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Nadia johari says

    August 6, 2020 at 4:09 PM

    Happy birthday zawi.. Semoga capai ape yg diimpikan

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 10, 2020 at 10:27 AM

      Aaminn..Terima kasih

      Reply
  2. Cik Puan Ena says

    August 6, 2020 at 3:57 PM

    Happy birthday zawi. Semua panjang umur n diperluaskan rezeki Aaminn
    Cik Puan Ena recently posted…Mesin Buaian Elektrik QiQi Pilihan Terbaik Ibu untuk Newborn | QiQi Newborn LED Light Electronic Cradle BabyMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 10, 2020 at 10:28 AM

      Aaminn..Terima kasih

      Reply
  3. Bae Roslan says

    August 6, 2020 at 12:49 PM

    Happy Birthday. May you have a wonderful birthday
    Bae Roslan recently posted…Mudahnya shopping di PGMall dengan C-Wallet dan GrabpayMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 10, 2020 at 10:30 AM

      Aamin..Terima kasih

      Reply
  4. Sunshine Kelly says

    August 5, 2020 at 5:02 PM

    Selamat Hari Jadi, Happy Birthday semoga sihat and sentiasa bahagia.
    Sunshine Kelly recently posted…Cleantech Mist Spray Sanitizer ReviewMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 5, 2020 at 9:44 PM

      Terima Kasih 🙂

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Salam Aidil Adha 1441 Hijrah 2020 Masihi
Next Post: Wordless Wednesday #52

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,596)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,485)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (667)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO