Assalamualaikum…
DALAM khutbah Jumaat, khatib mesti berpesan kepada jemaah agar menjadi orang bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya iaitu dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya . Ia adalah antara rukun khutbah Jumaat.
Peringatan itu diberikan pada peringkat awal khutbah. Ia agar jemaah akan mendengar segala isi khutbah disampaikan . Kandungan isi khutbah tidak lain dan tidak bukan untuk melahirkan manusia bertakwa kepada Allah .
Islam amat menuntut umatnya menjadi orang bertakwa . Al-Quran menjelaskan sifat orang bertakwa dalam firman-Nya bermaksud : ” iaitu orang yang berdoa : Wahai Tuhan kami , sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. Iaitu orang yang sabar , orang yang benar , orang yang taat , orang yang menginfaqkan ( ke jalan Allah ) dan orang yang memohon keampunan pada waktu sahur . ” ( Surah Ali Imran , ayat 16-17 ) .
Berdasarkan ayat di atas , ada enam sifat orang bertakwa iaitu orang berdoa , bersifat sabar , benar , taat , suka menafkahkan hartanya dan mereka yang sentiasa memohon keampunan pada waktu sahur .
Dalam sifat di atas , wujud ciri amat bernilai dalam kehidupan manusia sebagai hamba-Nya dan bermasyarakat.
Ungkapan doa seseorang hamba yang dimohon kepada Pencipta-Nya membuktikan ketakwaan mereka . Hal ini kerana di sana wujud konsep manusia memerlukan pertolongan Allah . Ia adalah pengumuman iman , satu permohonan syafaat di sisi Allah . Begitu juga permohonan keampunan dan pemeliharaan daripada azab neraka .
Dengan keimanan kepada Allah , manusia akan memohon keampunan kepada-Nya. Hal ini kerana setiap perbuatan manusia akan mendapat balasannya sama ada baik atau sebaliknya .
Memohon keampunan menunjukkan manusia percaya akan balasan daripada Allah dan beriman kepada-Nya .
Bersifat sabar dalam melakukan ketaatan yang diperintahkan Allah. Sabar menjauhkan diri daripada larangan Allah serta menghadapi ujian-Nya yang berupa kesenangan dan kesusahan .
Bersifat benar pula terhadap perkara yang dikhabarkan kepada mereka daripada pengakuan keimanan dengan kesungguhan menjalankan amal perbuatan di dunia ini .
Mereka bersikap benar dalam pekerjaan , percakapan dan pergaulan kerana bimbangkan balasan buruk daripada Allah . Pekerjaan itu dilakukan dengan kejujuran dan dilimpahi sikap amanah . Percakapan pula tiada unsur penipuan dan pergaulannya dalam batas keizinan syarak .
Bersifat taat adalah tunduk dan patuh dalam segala amal perbuatan kerana meletakkan keesaan Allah sebagai teras dalam kehidupan.
Dalam sifat ini ada ciri menunaikan hak uluhiyyah dan kewajipan ubudiyyah serta menegakkan kehormatan diri dengan menunjukkan ketaatan kepada Allah .
Menafkahkan harta pula adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta kekayaan ke jalan ketaatan yang diperintahkan oleh Allah . Begitu juga membantu kaum kerabat dan orang lain yang memerlukan serta mengeratkan silaturahim sesama manusia .
Dalam sifat infaq wujud ciri pembebasan diri daripada menjadi hamba harta . Ia juga bebas daripada belenggu kebakhilan dan menegakkan persaudaraan insaniah di atas kenikmatan peribadi . Mewujudkan hubungan saling bantu membantu antara mereka yang layak dalam sesebuah kawasan atau negara .
Memohon ampun pada waktu sahur menunjukkan keutamaan beristighfar pada waktu sahur . Ibn Mardawaih meriwayatkan daripada Anas bin Malik , dia berkata : “ Kami diperintahkan jika kami solat malam , agar kami beristighfar pada waktu akhir sahur sebanyak 70 kali . ”
Dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Allah turun ke langit dunia pada setiap malam , iaitu ketika masih berbaki sepertiga malam terakhir . Dia berfirman : Adakah orang yang meminta, sehingga akan Aku beri ? Adakah orang yang berdoa sehingga Aku mengabulkannya ? Dan adakah orang yang memohon ampun sehingga Aku memberikan keampunan kepadanya ? ” .
Memohon keampunan pada waktu sahur memberi bayangan yang lemah-lembut dan mendalam . Kalimah bil ashar dalam ayat 17 Surah Ali Imran menggambarkan bayangan masa akhir malam sebelum fajar iaitu masa di mana suasana kelihatan begitu jerni h, lembut dan tenang . Masa ketika hati melepaskan bisikannya yang terpendam . Apabila memohon keampunan pada masa itu , maka ia akan memantulkan bayangan yang menyerap ke dalam jiwa dan hati .
Di sinilah akan timbul rasa keinsafan yang akhirnya menyebabkan sesalan yang tidak terhingga . Ia akan menyebabkan manusia menyedari kedudukan mereka hanyalah sebagai hamba Allah .
mrhanafi says
menyebut takwa mudah ..tetapi melaksanakaan apa itu takwa adalah cabaran yang besar juga tu
mrhanafi recently posted…Jom bantu saya dengan satu Like
Sis Lin says
Dan Sabar itu separuh dari Iman.,
‘Sabar juga Suami saya hehehehe
Sis Lin recently posted…SIAPA KATA TIME PKP TAK BOLEH MAKAN MENU HOTEL?
Wan Zawawi says
Setuju tu
Untung juga ada suami bernama Sabar ni ..hehehe