• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Selamat Tahun Baru 2024

Selamat Tahun Baru 2024

January 5, 2024 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Coretan Harian

Isi Kandungan

  • Azam Pada Tahun 2024
  • Kerjaya
  • Blogging
  • Masa
  • Kesihatan

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…Syukur masih diberi peluang untuk bertemu di dalam tahun yang baharu iaitu 2024 . Pejam celik sudah masuk hari ke lima kita semua berada di dalam tahun baru 2024… Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat tinggal tahun 2023 dan selamat datang tahun 2024 , Selamat Tahun Baru 2024 kepada semua walaupun agak terlewat menulis di blog ini . Umur meningkat lagi setahun… ( Tahun ini sudah masuk umur 40….) Semoga kenangan di dalam tahun 2023 akan menjadi landasan untuk menjadi lebih baik pada tahun ini iaitu 2024 . Kalau  yang baik jadikan teladan, kalau tidak elok jadikan sempadan .

In Shaa Allah..dengan kedatangan tahun baru 2024 ini akan menjadi pendorong untuk kita bekerja dengan lebih keras demi mencapai azam serta cita-cita yang diidamkan pada setiap tahun yang mendatang dengan lebih bersemangat , istiqamah dan lebih komited di dalam melakukan setiap perkara… Aaminn …

Imej Mohamed Hassan dari Pixabay

Azam Pada Tahun 2024

Setiap kali dengan kedatangan tahun baru , mesti ramai yang akan memasang azam termasuklah saya ..Ok pada tahun ini umur pun sudah masuk ke 40 tahun ( macam tak percaya pulak kan….Sudah masuk ke angka 40 ..hahahaha ) jadi saya akan memastikan apa yang dirancang , diimpikan dan direncanakan akan terlaksana dan dipermudahkan . Alhamdulillah..Sebelum hujung tahun 2023 yang lepas , ada cuba – cuba untuk memohon Rumah Mampu Milik (RMM) di salah satu daerah Melaka ini , Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan untuk memiliki rumah tersebut nanti .

Kerjaya

Di dalam kerjaya , saya akan berusaha dengan lebih keras lagi untuk meyara keluarga kecil saya , memandangkan tahun 2023 kami bertiga…2024 kami akan berempat pula 🙂 . Pada tahun 2024 ini, ramai yang nampak peluang untuk mengekalkan prestasi yang terbaik di dalam bidang kerjaya masing-masing . Jika ada peluang yang lebih baik dan terjamin , In Shaa Allah saya akan terus sambar peluang tersebut .

Blogging

Pada tahun 2023 , Blog kesayangan terabai sebab terlalu sibuk dengan kerja , pergi pagi balik petang..ada kala sampai ke malam…sebab kena layan kerja lebih masa atau ” Over Time “. Ada masa hanya sempat login dan semak stats dan juga baca komen-komen yang ada . In Shaa Allah , Tahun 2024 ini saya akan kembali aktif dan menulis blog kesayangan ini kerana ramai yang tertunggu-tunggu saya kembali memeriahkan arena Blogging di Malaysia ini .

Kepada yang ingin saya review produk , perniagaan dan sebagainya di blog ini , bolehlah hubungi saya di sini .

Masa

Pembahagian masa pula , Saya akan lakukan yang terbaik untuk membahagikan masa antara kerjaya hakiki dan kerjaya sambilan kerana pada tahun ini saya akan merealisasikan impian yang diidam-idamkan selama ini . Jadi masa itu teramat penting bagi saya pada tahun 2024 ini . Walaupun penat ..ibarat kata orang ” beraki-rakit ke hulu , berenang-renang ketepian , bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian ” . Doakan urusan saya dipermudahkan pada tahun ini ye…. Aaminn…

Kesihatan

Semoga pada tahun ini saya dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat melakukan kerja dengan sehabis baik . Seperti kata kawan sekerja kelmarin ” Kerja ni memang takkan habis … kesihatan tu penting , kena jaga elok-elok..badan nak guna lama….” . Fuhhh mendalam kan makna tersurat dan tersirat ayat tu.

Akhir kata , Saya ingin mengucapkan sekali lagi kepada semua pembaca setia blog ini dan juga rakan-rakan blogger , SelamatTahun Baru 2024 ..Semoga tahun 2024 ini menjadi tahun yang amat bermakna bagi semua..Aaaminn…

(Visited 113 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Selamat Tahun Baru 2023
    Selamat Tahun Baru 2023
  • Selamat Tahun Baru 2025
    Selamat Tahun Baru 2025
  • Salam AidilFitri 1445 Hijrah 2024 Masihi
    Salam AidilFitri 1445 Hijrah 2024 Masihi
  • Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
    Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #76
Next Post: Salam AidilFitri 1445 Hijrah 2024 Masihi

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,319)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,584)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,472)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO