• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Coretan Harian

Dugaan Semasa Bekerja

October 10, 2017 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Hmm.. agak sedih sedikit tajuk pada hari ini , biasalah dekat mana-mana dan apa yang kita buat pun kadang-kadang tak terlepas dari dugaan dan cabaran . Jadi kisahnya semalam terjadi kepada saya semasa bekerja . Memang agak saklit dan perit bila berlaku kemalangan kecil , syukur sangat-sangat tak teruk cuma lebam-lebam je apabila terkena besi . Dalam keadaan sakit yang teramat la sangat , fikiran di kepala masa tu memang tak dapat nak fikir apa-apa , lagi teruk bila diri ini mempunyai komitmen dan tanggungjawab besar yang memerlukan bekerja keras selagi mampu mengambil ” Over Time ” . Terduduk di kerusi 10 minit ambik tempoh untuk bertenang kemudian beritahu kepada ” Leader ” yang bertugas terus ke ” Office ” untuk laporkan kemalangan kecil ini . kemudian isi borang untuk ke klinik panel kilang .

sakit Sumber gambar dari PixaBay

Dalam 30 minit juga la dalam klinik apabila doktor buat pemeriksaan pada kedua-dua belah tangan ni dan juga dapatkan rawatan di Bilik Rawatan . Selesai semua tu keluar dari bilk rawatan tunggu sekejap ambil ubat dan surat ” MC ” dan kembali ke kilang untuk serah surat MC tu. terpaksa balik untuk berehat di rumah . Sampai di rumah semalam dalam pukul 1.45 petang , terpaksa la makan dahulu maklumlah masih tak makan apa-apa masa kerja di kilang tu . Selesai je makan ambil ubat tahan sakit dan bengkak untuk dimakan , kemudian ambil pula ubat sapu untuk disapukan di bahagian tangan yang bengkak tu . Selesai je terus berehat sambil-sambil fikirkan nasib yang akan datang 🙁 .

… Teruskan Membaca… …

Sakit Kepala La Pulak

September 14, 2017 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Hmm..saya minta maaf kepada semua para pembaca setia dan rakan-rakan blogger yang tidak putus-putus mengunjung dan meninggalkan komen di blog saya ni sebab seminggu kebelakangan ni teramat sibuk dengan kerja dan beberapa aktiviti bersama kelab kereta . Padah teramat sibuk ni , kesudahannya , sakit kepala yang tramat sangat . Sambil tahan sakit ni , saya gagahkan juga untuk menulis di blog sambil berkongsi serba sedikit tentang Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan . Sudah tentu sibuk bekerja ni pun letihnya teramat la sangat . Semoga ia berguna kepada semua .

Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan

Seringkali apabila keletihan ,kita akan berasa pening kepala ,begitu juga sebaliknya. Kemungkinan stress semasa kerja , tak cukup waktu tidur dan sebagainya . Hal ini banyak berlaku dikalangan pelajar sekolah atau universiti dan tidak ketinggalan golongan pekerja seperti saya yang bertungkus – lumus bekerja .

sakit kepalaSumber gambar dari PixaBay

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan serta pembaca tentang Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan . Terapi ini amat mudah dilakukan.

… Teruskan Membaca… …

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Dan Salam Aidil Adha 1438 Hijrah 2017

September 1, 2017 By Wan Zawawi 3 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Alhamdulilah..Semalam 31 Ogos 2017 genap 60 tahun negara Malaysia kita tercinta ini menyambut kemerdekaan . Pemandangan yang menarik pada masa kini dan tidak asing lagi kepada kita sebagai rakyat Malaysia apabila pejabat-pejabat dan bangunan kerajaan dan tidak lupa juga swasta serta jalan-jalan utama di bandar dan kampung mengibarkan Jalur Gemilang . Tidak lupa juga pada kenderaan milik persendirian dan kerajaan turut mengibarkan sekali jalur Gemilang . Ia merupakan satu pemandangan dan panorama yang idah dan menaikkan semangat patriotik dan jati diri serta cintakan negara Malaysia .

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2017 Dan Salam Aidil Adha 1438 Hijrah

A post shared by Wan Zawawi (@wanzawawi) on Aug 31, 2017 at 9:12am PDT

Tema Hari Merdeka 2017

Pada tahun 2017 , tema bagi Hari Merdeka pada tahun ini ialah ” Negaraku Sehati Sejiwa ” .

MAKNA LOGO

Logo ini mengambar kanbetapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.

TEMA

NEGARAKU SEHATI SEJIWA yang berlandaskan perpaduan dan kesepakatan (unity) ini akan menjadi pengerak kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia. Konsep yang diadun dan direka dengan teliti berasaskan ‘keharmonian dalam kepelbagaian’ ini akan menyemarakkan semangat patriotisme serta memperluas dan memperkukuh semangat kekitaan, kebersamaan, saling memahami dan hormat menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.
… Teruskan Membaca… …

Alhamdulillah…33 tahun Yang Penuh Bermakna Buat Diriku

August 4, 2017 By Wan Zawawi 15 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah , semalam bersamaan 3 Ogos 2017 adalah hari lahir penulis blog yang tak seberapa popular ini….Dan semalam juga la umur ku genap 33 tahun ( sambil tu nyanyi sikit  ” Happy Birthday To Me…Happy Birthday To Me.. ” hehehehehehehe ) . Fuhh…rasa macam dah tua je..hahaha tapi masih maintain muda dan remaja ok 🙂 . Sama seperti tajuk pada kali ini , Alhamdulillah…33 tahun Yang Penuh Bermakna Buat Diriku..ye ramai yang sudah mengalami pelbagai pengalaman pahit dan manis di dunia yang serba mencabar sekarang ini . Saya pun tidak terlepas dengannya …. Apabila dikenang balik memang banyak pahit dari manisnya tu .

wan zawawi

Dulu Aku Senyum Sebab Aku Happy…Dulu Aku Senyum Sebab Hati Aku Suka…Tapi Itu Dulu La….

Teringat masa menyambut Hari Lahir Yang ke 29 , kebetulan pada masa tu lepak-lepak dengan sorang pakcik ni di kedai kakan sambil menikmati nescafe tarik dan mee goreng , lama juga la berbual sampai dia tanya umur berapa. Dengan bangganya beritahu esok dah genap 29 tahun . Tetiba pakcik tu tersenyum, aku pulak yang cuak masa tu , hahaha…bikin suspen je pakcik ni . Ok kembali kepada pakcik tu . Dia berpesan ” Anak ni masih muda dan bertenaga lagi , cuma pakcik nak pesan satu je , dalam hidup ni kita tak boleh sentiasa putus asa . Anak kena kuatkan hati dan sentiasa kental dalam mengharungi cabaran dalam hidup . Pakcik harap teruskan apa jua bidang yang anak suka , jaga adab dan jangan sesekali buat ibu dan bapa anak sedih dan hati-hati dalam memilih kawan ” . Walaupun ringkas , tetapi memang agak mendalam pesanan tersebut tu . In Shaa Allah…saya akan ingat sampai bila-bila pesanan pakcik . Itu la ” Flashback “ masa menyambut kelahirtan yang ke 29 , tetapi masih segar dalam ingatan ini . mendalam juga apa yang pakcik tu pesan . Kalau bekersempatan memang nak cari Pakcik tu ucap terima kasih kerana beri nasihat yang berguna kepada saya .

… Teruskan Membaca… …

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 11
  • Page 12
  • Page 13
  • Page 14
  • Page 15
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,987)
  • Sakit Mata La Pulak…. (3,680)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,797)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,558)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (1,075)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (837)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (813)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (798)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (662)
  • Demi Sesuap Nasi (639)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO