• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Coretan Harian

Salam Maal Hijrah 2020 Masihi 1442 Hijrah

August 20, 2020 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Salam Maal Hijrah 2020 Masihi 1442 Hijrah dan Selamat Menyambut Tahun Baharu terlebih dahulu saya ucapkan buat semua umat Islam di Malaysia terutama kepada rakan-rakan seperjuangan , blogger dan juga para pembaca setia blog ini . Jika kita imbas kembali peristiwa dan sejarah mengenai Awal Muharam atau Maal Hijrah , ia merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah .

Jadi..pada hari ini , 20 Ogos 2020 ( Khamis ) bersamaan 1 Muharram 1442 Hijrah , Seluruh umat Islam menyambut Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam dan ianya juga merupakan hari cuti umum di Malaysia . Untuk pengetahuan semua tema Maal Hijrah pada tahun 2020 ini ialah “ Ummah Rabbani , Negara Harmoni “ .

… Teruskan Membaca… …

Selamat Hari Lahir Yang Ke-36 Buat Diriku

August 4, 2020 By Wan Zawawi 8 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…Semalam , Isnin 3 Ogos 2020 genaplah umur saya 36 tahun ….Bila lihat pada angkat 36 ni rasa dah macam tua pulak..hehehe lantak lah apa orang lain nak kata , yang paling penting sekali saya berdoa agar diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan lagi rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik ..Amin…Semoga diri ini tidak akan mudah menyerah dan berputus asa di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar ini nanti . Sambutan hari lahir ni secara kecil-kecilan je dengan keluarga maklumlah ikut bajet dan masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) .

Alhamdulillah…rezeki kek untuk sambutan hari jadi tahun ini

Jadi saya olah balik artikel yang sama seperti tajuk di atas semasa sambutan hari jadi ke 34 ..hahaha amcam ok ke ? layankan je la …Ini baru dikira ” Latest Update ” atau perkembangan terkini . Maklumlah blog pun dah macam tak dapat view sangat , mungkin disebabkan sibuk dengan kerja hakiki sepanjang 2 – 3 bulan lepas . Mana-mana blog rakan-rakan blogger yang saya sempat terjah dan komen tu kiranya ada masa terluang .

… Teruskan Membaca… …

Salam Aidil Adha 1441 Hijrah 2020 Masihi

July 31, 2020 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah pada hari ini Jumaat 31 Julai 2020 bersamaan 10 Zulhijjah 1441 Hijrah , Umat Islam di Malaysia khususnya menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban . Saya berasa syukur sangat-sangat kerana masih lagi diberi peluang dan kesempatan menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan suasana yang cukup menarik bersama-sama keluarga tersayang . Perbezaan pada tahun ini masih sama seperti sambutan Hari Raya Aidil Fitri kelmarin iaitu dengan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi usaha memutuskan rantaian Covid-19 .

Suasana sambutan pada pagi Hari Raya Aidil Adha tahun ini dengan hujan gerimis yang agak lebat dan berasa sejuk yang teramat sangat . Syukur dapat menunaikan Solat Hari Raya Aidil Adha di kampung bersebelahan dengan taman ini . Tahun ini , saya dan keluarga bertolak pulang ke kampung halaman selepas menunaikan sembahyang Jumaat di masjid . Sememangnya lebih seronok dan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan jika berpeluang menyambut raya korban bersama keluarga tersayang di kampung halaman . Walaupun penat dan letih serta mengantuk selepas balik bekerja shift malam dan berperang di dapur membantu mak dan abah menyiapkan hidangan wajib hari raya seperti ketupat , lodeh , sambal kacang dan rendang , muka tetap kena ada senyum dan gembira 🙂 .

… Teruskan Membaca… …

Salam AidilFitri 1441 Hijrah 2020 Masihi

May 24, 2020 By Wan Zawawi 7 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah… syukur masih dapat bertemu Bulan Syawal 1441 Hijrah pada tahun 2020 ini setelah menahan nafsu makan dan minum di siang hari di Bulan Ramadhan . Seluruh  Umat Islam di Malaysia mula menyambut Syawal pada hari ini iaitu Ahad bersamaan 24 Mei 2020 seperti yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan jatuhnya 1 Syawal 1441 Hijrah pada hari Jumaat yang lepas ( 22 Mei 2020 ) . Tahun ini dapatlah berpuasa genap 30 hari bersamaan sebulan walaupun masih berada di dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat ( PKPB ) .


Pengumumam Hari Raya Aidil Fitri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad

Salam AidilFitri 1440 Hijrah 2020 Masihi

Pada tahun ini berbeza sedikit kerana umum telah pun mengetahui seluruh Malaysia berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat ( PKPB ) . Sepanjang bulan Ramadhan tiada aktiviti sembahyang terawih di masjid atau surau , hanya lakukan terawih di rumah bersama keluarga . Alhamdulillah ..kerja hakiki dan pertukaran syif siang dan malam berjalan dengan lancar walaupun berasa penat sedikit .

… Teruskan Membaca… …
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 5
  • Page 6
  • Page 7
  • Page 8
  • Page 9
  • Interim pages omitted …
  • Page 15
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,987)
  • Sakit Mata La Pulak…. (3,680)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,797)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,558)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (1,075)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (837)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (813)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (798)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (662)
  • Demi Sesuap Nasi (639)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO