Assalamualaikum…
Alhamdulillah…Jumaat lepas bersamaan 3 Ogos 2018 genaplah umur saya 34 tahun ….Bila lihat pada angkat 34
ni rasa dah macam tua pulak..hehehe lantak lah apa orang lain nak kata , yang paling penting sekali saya berdoa agar diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan lagi rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik ..Amin…Semoga diri ini tidak akan mudah menyerah dan berputus asa di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar ini nanti . Sambutan hari lahir ni secara kecil-kecilan je dengan keluarga terdekat ..maklumlah ikut bajet la kan 🙂
Terima kasih kepada emak yang hadiahkan kek coklat yang sedap ni 🙂
Tanggungjawab Sebagai Anak Sulung
Apabila umur dah cecah 34 ini , sebagai anak sulung tanggungjawab rasanya semakin besar , mana tidaknya saya kena jaga mak dan abah , kerana mereka berdua tidak lagi bekerja dan perlu ke klinik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan setiap 4 atau 6 bulan . Jadi kena pandai ambil masa untuk kerja hakiki dan kerja separuh masa sambil menjaga mak dan abah . Semoga mak dan abah diberikan kesihatan yang baik dan gembira selalu serta dimurahkan rezeki apabila dijaga oleh anak sulungnya ini 🙂 . Senang cerita , mereka yang bergelar anak sulung ni tahu la apa tanggungjawab yang perlu di galas 🙂