• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Sajak Puisi Dan Pantun / Teman

Teman

June 3, 2017 By Wan Zawawi 6 Comments Filed Under: Sajak Puisi Dan Pantun

Teman

Teman….
Kita bersatu kerana perjuangan ,
Berpisah juga kerana perjuangan ,
Namun perpisahan bukanlah yang kita impikan ,
Mustahil pula kita idamkan .

Namun ada saatnya hati kita menjadi retak ,
Kerana hati tabiatnya begitu ,
Adakalanya retak adakalanya bersatu ,
Kita tak inginkan kepahitan ,
Tapi malangnya kemanisan pula tidak inginkan kita .

temanSumber gambar dari Google

Teman….
Walau hati pernah berduka lara ,
Kerana ditusuk sembilu bisa ,
Oleh teman sehati sejiwa ,
Di kala waktu yang tidak di sangka ,
Namun….
Itulah ujian buat kita ,
Seteguh manakah ukhwah yang kita bina ,
Siapa yang pasrah atau siapa yang kecewa ,
Setabah manakah pengorbanan kita ,
Kerana ianya kehendak yang esa .

Teman….
Memori ukhwah jangan di lupakan ,
Jangan sesekali mengukir perselihan ,
Kerana semua itu tiada pendapatan
Walau puas hati merasakan ,
Walau kita menggapai kemenangan ,
Kerana kepuasan hanyalah seketika ,
Ia hadir dan pergi begitu sahaja ,
Menuggu masa menjadi noktahnya ,
tapi akhirnya kita yang kecewa .

temanSumber gambar dari Google

Teman….
Tawa kita sudahpun berlalu ,
Tangisan juga sudah membisu di usia ini ,
Kenangan kembali bertandang ,
Mengenang memori di sepanjang persahabatan ,
Gurau senda yang kita rindukan ,
Janji setia yang kita lafazkan ,
Kini ia pergi ke taman kenangan ,
Untuk mengisi diari perjuangan
Kadangkala kita gembira adakalanya kita kecewa ,
Tawa dan tangis tidak sesekali akan berpisah ,
Tapi kita yang perlu tabah ,
Adat tanah di pijak orang ,
Adat hati di hiris kawan ,
Adat pejuangan di himpit ujian ,
Adat kehidupan perlukan kesabaran .

Teman….
Ku doakan luka kita hanya keseorangan ,
Tidak diukir buat generasi akan datang ,
Jadilah kita pengubah sejarah ,
Bukan sekadar menjadi pengarah ,
Dalam membina mahligai ukhwah ,
Agar lahir generasi bertuah ,
Bersama kita merenung kembali ,
Zaman silam yang kita isi ,
Buat petunjuk di kemudian hari ,
Menjadi catatan terindah di dalam diari.

Nukilan Wan Zawawi a.k.a Wazy
Sabtu 3 Jun 2017 8 Ramadhan 1438 Hijrah

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. titan says

    June 5, 2017 at 3:47 PM

    kalau fikir perkataan teman ni..

    memang aku teringat zaman layan lagu-lagu brothers.

    semua tema lagu diorang ke arah tu.
    titan recently posted…Cashback kelima dari Shopback.myMy Profile

    Reply
  2. Amirul says

    June 5, 2017 at 4:22 AM

    Panjang puisi bro… mesti dari dalam hati ni
    Amirul recently posted…Hiking di Taman Negara Pulau PinangMy Profile

    Reply
  3. maszull says

    June 4, 2017 at 3:38 PM

    assalamualaikum wazy…menarik puisi ni…banyak cerita di dlmnya..
    maszull recently posted…KASUT RAYA SI COMELMy Profile

    Reply
  4. mrhanafi says

    June 4, 2017 at 2:19 PM

    menarik juga puisi ini bro..

    suka juga saya membacanya
    mrhanafi recently posted…Kisah Benar Seorang Storyteller BloggerMy Profile

    Reply
  5. nona says

    June 4, 2017 at 8:11 AM

    Teman…….. selalu di hati walau jauhhhhhhhhhhh di mata……..
    Teman…..yang bagi gula, garam, cili semua dalam kehidupan…………

    Maka, bertemanlah…huhu

    Reply
  6. anuar says

    June 4, 2017 at 7:14 AM

    Menarik puisi ni..
    Semoga kita dapat ramai teman yang sanggup susah dam senang bersama kita..
    anuar recently posted…Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataanMy Profile

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Senggara Enjin Kenderaan Anda Apabila….
Next Post: Dibuang Kerja ? Apa Yang Patut Dibuat ?

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

ARTIKEL POPULAR

  • Cara Yang Betul Mencuci Kereta Sendiri 24.5k views
  • Kenapa Anda Harus Pilih Takaful Dan Medical Card Dari Zurich Takaful ? 24k views
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk 23.1k views
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? 15.8k views
  • Sakit Mata La Pulak…. 11.9k views
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? 8.8k views
  • Zaptor Performance Voltage Stabiliser Memang Terbaik !!! 3.5k views
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa 3.1k views
  • Aktiviti Menukar Dakwat Printer HP Deskjet Ink Advantage 1515 3k views
  • ANCHOR FOOD PROFESSIONALS LAUNCHES ARTISANAL PIZZAS THROUGH PIZZART CAMPAIGN 2.7k views
Blogged.my
Top  blogs
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2021 DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO