• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Selamat Tahun Baru 2021

Selamat Tahun Baru 2021

January 1, 2021 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Coretan Harian

Isi Kandungan

  • Azam Pada Tahun 2021
  • Kerjaya
  • Blogging
  • Masa
  • Kesihatan
  • Status Diri
  • Doa Agar Covid-19 Lenyap Di Muka Bumi Malaysia

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…Syukur masih diberi peluang untuk bertemu di dalam tahun yang baharu iaitu 2021 . Seperti biasa , Selamat tinggal tahun 2020 dan selamat datang tahun 2021 yang agak mencabar di dalam kehidupan di hari-hari yang akan datang . Umur meningkat lagi setahun… Semoga kenangan di dalam tahun 2020 akan menjadi landasan untuk menjadi lebih baik pada tahun ini iaitu 2021 . Kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan .

Semoga kedatangan tahun baru 2021 ini akan menjadi pendorong untuk kita bekerja dengan lebih keras demi mencapai azam serta cita-cita yang diidamkan pada setiap tahun yang mendatang dengan lebih bersemangat , istiqamah dan lebih komited di dalam melakukan setiap perkara…Aaminn …

Imej kredit : xfxwallpapers

Azam Pada Tahun 2021

Setiap kali dengan kedatangan tahun baru , mesti ramai yang akan memasang azam termasuklah saya ..Ok pada tahun ini umur pun sudah masuk ke 37 tahun ( perghhh rasa macam dah tua sangat ni ) jadi saya akan memastikan apa yang dirancang , diimpikan dan direncanakan akan terlaksana dan dipermudahkan .

Kerjaya

Di dalam kerjaya , saya akan berusaha dengan lebih keras lagi untuk meyara keluarga tercinta . Pada tahun 2021 yang serba-serbi mencabar ini , ramai yang nampak peluang untuk mengekalkan prestasi yang terbaik di dalam bidang kerjaya masing-masing . Jika ada peluang yang lebih baik dan terjamin , In Shaa Allah saya akan ambil peluang tersebut .

Memandangkan di Malaysia masih berada di dalam pandemik Covid-19 yang kita tidak tahu bila akan berakhir …Kadang-kadang sedih juga apabila terbaca di kalangan rakan-rakan yang kehilangan kerja dan juga sumber pendapatan utama . Jadi saya kene sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dan juga menaik taraf ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada ini .

Blogging

Di dalam kerjaya sebagai Blogger pula , In Shaa Allah saya akan memberi perhatian dan fokus untuk memperbaiki dan mempelbagaikan teknik penulisan , menambah baik ilmu di dalam SEO ( Search Engine Optimization ) , dan beberapa lagi bidang yang khusus di dalam kerjaya seorang Blogger ini . Memandangkan ramai rakan-rakan blogger lelaki sudah pun beralih ke bidang yang lain , ada juga yang sudah bersara menulis , tumpukan kepada kerjaya hakiki dan sebagainya …. kini persaingan teramatlah sengit tidak kira di mana-mana platform media sosial .

Dengan erti kata lain “Aura Blogger Lelaki ” seakan suram dan tenggelam . In Shaa Allah saya tidak akan berputus asa dan akan terus menulis dan menulis di blog kesayangan ini . Kepada mana-mana pihak yang perlukan khidmat saya di dalam review atau advertorial bolehlah hubungi saya di sini .

Masa

Pembahagian masa pula , Saya akan lakukan yang terbaik untuk membahagikan masa antara kerjaya hakiki dan kerjaya sambilan kerana pada tahun ini saya akan merealisasikan impian yang diidam-idamkan selama ini . Jadi masa itu teramat penting bagi saya pada tahun 2021 ini . Walaupun penat ..ibarat kata orang ” beraki-rakit ke hulu , berenang-renang ketepian , bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian ” . Doakan urusan saya dipermudahkan pada tahun ini . Aaminn…

Kesihatan

Semoga pada tahun ini saya dikurniakan kesihatan yang baik , memandangkan pada tahun lepas kerap juga la ke klinik..hmm… mungkin terlalu penat dan stress dengan kerja hakiki la kot ..Tapi tak mengapa , Bermula pada tahun ini kena jaga kesihatan dari A sampai Z . Bak kata kawan sekerja kelmarin ” Kerja ni memang takkan habis … kesihatan tu penting , kena jaga elok-elok..badan nak guna lama….” . Fuhhh mendalam kan makna tersurat dan tersirat ayat tu.

Status Diri

Memandangkan tahun 2021 ini umur sudah pun masuk ke angka 37 , dari tahun yang lepas-lepas ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik bawang yang bertanya bila akan mendirikan rumah tangga..Hahaha soalan cepu emas terbaik setiap kali menjelang akhir dan awal tahun . Saya pohon kalian semua doakan urusan saya dipermudahkan serta dimurahkan rezeki ye …

Doa Agar Covid-19 Lenyap Di Muka Bumi Malaysia

Sempena tahun baru 2021 ini , mari sama-sama kita berdoa agar Covid-19 akan lenyap di muka bumi Malaysia dan juga seluruh dunia . Saya ambil gambar petikan doa dari Perdana Menteri kita , Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin untuk tatapan semua …

Nasihat saya di sini , sama-sama kita amalkan Budaya Norma Baharu iaitu :-

  1. Basuh tangan dengan kerap dengan sabun, pencuci atau Hand Sanitizer.
  2. Sentiasa memakai Face Mask ( topeng muka ) jika berada diluar.
  3. Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin dengan tisu atau penutup mulut.
  4. Jaga jarak jika berurusan dengan sesiapa pun di luar.
  5. Jika rasa tidak sihat atau simptom demam / batuk / selesama dapatkan segera nasihat awal doktor.
  6. Elakkan sentuhan fizikal seperti berjabat tangan / bersalaman ( Gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada disebelah kiri ) .
  7. Muat turun aplikasi MySejahtera untuk mengikuti perkembangan semasa dan info mengenai statistik Covid-19 dan ” Check In ” ke mana-mana premis .

Akhir kata , Saya ingin mengucapkan sekali lagi kepada semua pembaca setia blog ini dan juga rakan-rakan blogger , SelamatTahun Baru 2021 ..Semoga tahun 2021 ini menjadi tahun yang amat bermakna bagi semua..Aaaminn…

(Visited 156 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Selamat Tahun Baru 2023
    Selamat Tahun Baru 2023
  • Selamat Tahun Baru 2024
    Selamat Tahun Baru 2024
  • Selamat Tahun Baru 2025
    Selamat Tahun Baru 2025
  • Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
    Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Sis Lin says

    January 5, 2021 at 6:04 PM

    Selamat tahun baru 2021 Wazy..
    Moga tahun 2021 ni Wazy lebih maju dalam kerjaya dan kehidupan..
    Sis Lin recently posted…TOURISM MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN DISKAUN HEBAT CUTI-CUTI MALAYSIA ‘SANTAI DI ZOO’My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      January 20, 2021 at 12:45 PM

      Aaamin…
      Terima kasih..Selamat Tahun Baru 2021 juga

      Reply
  2. Muka Depan says

    January 1, 2021 at 10:28 PM

    Selamat Tahun Baru 2021
    Semoga apayang diimpikan menjadi kenyataan …
    Amin…

    Reply
    • Wan Zawawi says

      January 20, 2021 at 12:47 PM

      Aamin,…
      Terima kasih 🙂

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #57
Next Post: Sabar Antara 6 Sifat Orang Bertakwa

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,495)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,173)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,523)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,412)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (867)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (766)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (622)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (616)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (566)
  • Demi Sesuap Nasi (501)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO