• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Dunia Lelaki / Tali Leher Pelengkap Gaya

Tali Leher Pelengkap Gaya

March 4, 2018 By Wan Zawawi 9 Comments Filed Under: Dunia Lelaki

Assalamualaikum…

Tidak lengkap gaya seseorang eksekutif muda tanpa mengenakan tali leher . Bagaimanapun , masih ada segelintir darinya yang kurang berminat untuk memakainya biarpun ketika menghadiri majlis formal seperti mesyuarat atau bertemu klien atau pelanggan . Mungkin disebabkan malas atau tidak mahir mengikat , masalah memilih warna , corak dan sebagainya . Bagi merungkai masalah yang membelenggu diri, di sini ada sedikit info yang menampilkan pelbagai info untuk diikuti berkenaan tali leher.

tali leher
Sumber Gambar Dari Google

Pemakaian Tali Leher Yang Betul.

  • Pastikan tekstur tali leher anda sesuai dengan pakaian yang dipakai. Sebagai contoh , tali leher sutera (berkilat) perlu dipakai bersama pakaian yang sama tekstur dengannya.
  • Seeloknya pilih tali leher yang mempunyai kelebaran 3.5 inci.
  • Pastikan simpulan tali leher kemas dan rapat ke bahagian kolar baju. Perhatikan juga simpulan yang dibuat itu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil.
  • Periksa semua tali leher yang telah disimpulkan. Untuk kemasan, lihat semula sama ada bahagian hadapannya panjang dan menyentuh seluar anda.
  • Biasakan memakai tali leher yang berwarna gelap dari baju anda.
  • Elakkan memilih, membeli atau memakai tali leher yang berwarna terang.
  • Anda tidak digalakkan memakai klip pada tali leher kecuali dalam keadaan betul-betul perlu sahaja.
  • Untuk gaya yang lebih elegen , pilih tali leher yang warna utamanya sama dengan sut yang anda pakai.

Kenali Aksesori Tali Leher.

1. Klip tali leher – aksesori jenis ini boleh diklipkan secara horizontal pada tali leher atau kemeja anda. Di pasaran, terdapat pelbagai jenis klip tali leher yang ditawarkan sama ada bentuk, warna dan material yang digunakan. Terpulanglah kepada anda untuk memilihnya agar kena dengan cita rasa.

2. Rantai tali leher (the chain) – cukup mudah untuk memakai aksesori jenis ini. Hanya sangkutkan bar (besi keras) pada salah satu butang kemeja manakala rantainya pula diletakkan pada bahagian atas tali leher berkenaan. Pastikan bar berada di belakang sementara rantainya di bahagian hadapan.

3. ‘The Tack’ – sangat berbeza dari bentuk serta fungsi memakainya. Ia direka dengan dua bahagian yang berlainan di mana bahagian pin diletakkan di sebelah kiri belakang. Untuk memakainya , tanggalkan pin dari dasarnya kemudian tusukkan pada tali leher. Temukan bahagian dasar dengan pin dan masukkan rantai ke lubang butang kemeja .

Kredit : Khas Untuk Jejaka@Lelaki Kacak Tampan Bergaya

(Visited 32 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Naziman Azlye says

    March 20, 2018 at 1:49 PM

    Saya pun tak berapa suka pakai tali leher. Rasa rimas pula. hahah
    Naziman Azlye recently posted…Bukan Scam – Modal Melabur RM1000 dan Untung 4300% dalam 2 hariMy Profile

    Reply
  2. Hamidah Ahmad says

    March 12, 2018 at 8:39 AM

    Terima kasih atas info..suami saya kerja yang tidak pakai tali leher, tp teringin pula nak hadiahkan dia tali leher…
    Hamidah Ahmad recently posted…Bisnes Online Yang Mudah Dan LumayanMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:39 PM

      Sama-sama
      Nanti cuba la hadiahkan kepada suami tali leher

      Reply
  3. Ibu Zaid says

    March 8, 2018 at 4:42 PM

    Suami kerja sendiri, tak pernah merasa nak pakaikan tali leher.
    Ibu Zaid recently posted…Tempat Makan Best Di Melaka? Kedai makanan sedap buat air liur kita meleleh!My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:40 PM

      Boleh je kalau nak buat hadiah

      Reply
  4. Kak shaz says

    March 5, 2018 at 8:12 AM

    Lelaki akan kelihatan kemas bila pakai kemeja di tambah dgn tali leher..na

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:42 PM

      Betul tu
      nampak lebih kemas dan lebih bergaya

      Reply
  5. Hans says

    March 4, 2018 at 9:17 PM

    saya memang fail sikit bab tali leher sebab kerja seharian tak perlu pakai
    bila sesekali kena pakai menggagau cari tutorial dekat youtube
    hahaha
    Hans recently posted…Pengalaman Bekerja Sebagai Penulis Skrip – Part 3My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 14, 2018 at 9:43 PM

      Sama la
      tapi situasi saya lain , dulu masa sekolah dah pakai tali leher , jadi tak la kalut sangat kalau tetiba kena pakai tali leher bila berada di alam pekerjaan ni

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #20
Next Post: Konvoi Santai dan ” Family Day ” Southern Wheel Iskandar Puteri Di Lata Sri Pulai , Pekan Nenas , Johor

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,490)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,166)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,517)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,405)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (866)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (761)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (622)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (616)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (566)
  • Demi Sesuap Nasi (497)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO