• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Cuti-Cuti Di Langkawi Selama 3 hari 2 Malam

Cuti-Cuti Di Langkawi Selama 3 hari 2 Malam

August 1, 2018 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Coretan Harian

Isi Kandungan

  • Pakej Mangrove Tour Pulau Langkawi
  • Pemilihan Tiket Dan Tarikh Pergi Serta Balik
  • Kereta Sewa
  • Mangrove Tour Pulau Langkawi

Assalamualaikum….

Artikel ini adalah kesinambungan Teruja Pertama Kali Naik Kapal Terbang dan Menginap Di Teratak Warisan Lxia Langkawi . Sebelum ke Langkawi kelmarin saya ada juga mendapat nasihat dari rakan-rakan dan salah satunya saya tertarik dengan artikel dari blog Denaihati . Maklumlah baru pertama kali ke Langkawi , mesti buat pelbagai persediaan secukupnya πŸ™‚ . Artikel ini mungkin panjang sedikit , jadi korang ambil masa la untuk baca nanti ye .

Kira buat julung kalinya la di dalam blog saya ini ada cerita melancong ke tempat-tempat menarik , dan destinasi yang pertama adalah Langkawi . Sememangnya saya dah lama pasang impian untuk ke Langkawi setelah tertarik melihat pelbagai pakej-pakej menarik yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan . Tidak lupa juga dari kisah kembara rakan-rakan blogger yang pernah ke Langkawi . Sambil-sambil itu saya juga sempat buat persediaan membaca pelbagai tips untuk menaiki kapal terbang terutama tentang aspek keselamatan , bagasi dan lain-lain hal yang berkaitan , mengembara seorang diri , bajet yang diperlukan dan lokasi-lokasi yang bakal di terjah..hehehe maklumlah ” Excited ” punya pasal la katakan …. . Alhamdulillah saya berjumpa salah satu agen yang peramah dan baik hati iaitu langkawitravelandtour . Jadi segala urusan saya untuk berjalan di langkawi berjalan dengan lancar kelmarin .

langkawi maps

Sumber peta dari orangesmile.com

Untuk memudahkan para pembaca dan rakan-rakan blogger yang lain , saya ceritakan kembali semasa saya bertolak ke Pulau Langkawi dari Johor kelmarin iaitu pada Jumaat bersamaan 11 Mei 2018 dengan menaiki pesawat Air Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai beserta beberapa tips yang ringkas .

Pakej Mangrove Tour Pulau Langkawi

Setelah terjumpa dengan ajen yang terbaik tadi , saya ambil keputusan untuk memilih Pakej Mangrove Tour Pulau Langkawi dari langkawitravelandtour . Saya sertakan di sini untuk rujukan para pembaca dan rakan-rakan blogger :-

?PAKEJ MANGROVE TOUR PULAU LANGKAWI?

? RM90 DEWASA?
? RM70 KANAK-KANAK?

START DARI 9PAGI-3.30 PETANG (5-6JAM)

PAKEJ TERMASUK

βœ… Pickup dari hotel
βœ… River Cruise
βœ… Eagle Watching
βœ… Eagle Feeding
βœ… Monkey Watching
βœ… Monkey Feeding
βœ… Gua Kelawar
βœ… Floating Fish Farm
βœ… Makan Tengah Hari di Restoran Terapung
βœ… Crocodile Cave
βœ… Round Small Island
βœ… Kilim Geoforest Park
βœ… Coral Fish Feeding at Dangli Island
βœ… Swimming & Photos at Private Beach
βœ… Experienced Tour Guide
βœ… Insurance Cover

? Private Boat 2-3hrs 8seater ?

RM350

harganya memang menarik bagi saya yang pertama kali ke Langkawi , jadi sambar je mana yang boleh .

Pemilihan Tiket Dan Tarikh Pergi Serta Balik

Untuk ke Langkawi kelmarin , saya memilih tarikh 11 Mei ( waktu pergi ) sehingga 12 Mei 2018 ( waktu balik ) . Segala persiapan telah saya lakukan seminggu sebelum bertolak , jadi tidak kalut sangat πŸ™‚ . Dan paling teruja sekali adalah pengalaman pertama kali menaiki Kapal Terbang tu πŸ™‚

Saya sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dalam pukul 10.00 pagi dan sempat bersarapan di sana . Kira-kira dalam pukul 11.00 pagi terus ” Check In ” ke balai berlepas . Manakala Flight pula dijangkan berlepas dalam pukul 1.55 petang , jadi bersiap sedia awal la … dan jangkaan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 3.15 petang . Apabila melancong seorang ni memang tidak banyak hal yang perlu di ambil kira terutama dari segi bagasi dan aspek keselamatan . Dan yang paling penting sekali mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak lapangan terbang sebelum dan selepas bertolak .

Kereta Sewa

Haaa…sebelum terlupa , saya juga memilih untuk menyewa kereta supaya mudah untuk berjalan-jalan di sekitar Pulau Langkawi . Pakej yang saya pilih ini menyediakan Perodua Axia Auto untuk saya .

Kereta Perodua Axia Auto yang saya guna

Jadi sempat juga la menikmati pemanduan sendiri dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Teratak Warisan Lxia Langkawi . Walaupun tersesat , sampai juga di destinasi untuk bermalam .

Teratak Warisan Langkawi


Suasana bilik yang lengkap dengan Penghawa Dingin ( Air Cond ) , Televisyen , Bilik air yang canti lengkap dengan pemanas air memang selesa sangat untuk orang bujang macam saya πŸ™‚

Mangrove Tour Pulau Langkawi

Setelah semalaman berehat untuk hilangkan penat menaiki kapal terbang dan memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Teratak Warisan Lxia Langkawi . Pada hari Sabtu bersamaan 12 Mei 2018 , saya bersiap-siap untuk Mangrove Tour Pulau Langkawi . kebetulan cuaca pada pagi tu teramat cantik , jadi terus bertolak ke jeti .

Cuaca yang cantik

Tiba di pulau…sempat tengok pokok bakau ni

Hijau je pemandangan di sini

Jom teruskan perjalanan

Boleh la buat berteduh sambil menikmati pemandangan gua kecil ni

Cantik tak ?

Masa ni pula ke Restoran Terapung

SAS Rimba Floating Restaurant

Mesti banyak ikan ni…

Rasa macam nak tangkap je ikan-ikan tu…

Ini pula rakaman video semasa melihat ikan-ikan tu

Udang galah

Depan Rsetoran Terapung ni boleh turut serta aktiviti berkayak

Bergerak ke Gua Kelawar pula

Sampai juga di Gua Kelawar

Gua Kelawar..untuk masuk ke gua ni tiket Rm 2.00 untuk dewasa , korang boleh juga ambil lampu suluh untuk tengok kelawar di dalam gua tu nanti

Papan tanda Mamalia Terbang atau kelawar

Sebatang Tiang Purba

Pemandangan di luar gua

pemandanganΒ  di luar gua

Ada juga Pokok Bakau di sini

Sempat ambil gambar di sini untuk kenang-kenangan

Jom gerak ke Kilim Geoforest Park pula

Kilim Geoforest Park

Posing bergambar kejap berlatar belakangkan Kilim Geoforest Park

kemudian ke tempat beri makan pada monyet-monyet ini

Banyak juga monyet di sini

Monyet ni siap naik bot lagi tau

Masa ni dalam perjalanan untuk lihat burung helang pula , sempat juga la bergambar berempat

Di bawah ini saya sertakan rakaman video semasa melihat burung helang berterbangan :-

Setelah puas pusing-pusing di pulau , berangkat pula ke Langkawi Skycab

Harga untuk pakej yang saya ambil sebanyak RM 55.00 / Dewasa meliputi SkyCab , SkyDome , SkyRex , 3D Art Langkawi dan 6D Cinomotion

Antara gambar-gabar yang saya sempat ambil di SkyCab , SkyDome , SkyRex Langkawi

Gambar ni semasa di dalam Cable Car

Sempat posing bergambar lagi, cuaca agak panas dan terik sedikit

Ok yang ini pula gambar-gambar di 3D Art Langkawi

Rasa macam jadi iklan la pula..hehehe

Posing di tangga katanya πŸ™‚

Berdiri di dalam cengkerang besar tu…

haaa.. yang ni lagi best sebab dapat bersalaman dengan Tun M

Walaupun penat , tetapi tetap rasa Seronok dan yang paling penting dapat hilangkan stress kerja . In Shaa Allah ada rezeki saya akan ke Langkawi lagi sebab masih banyak tempat-tempat yang lebih menarik belum sempat singgah . Mungkin kali kedua ke langkawi nanti saya akan ” Stay ” lama sedikit . Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Admin langkawitravelandtour yang sudi teman dari awal hingga akhir pakej mangrove tour serta gambar-gambar yang tersangat cantik sekali πŸ™‚ Ok kepada rakan-rakan yang ingin ke Langkawi dan memerlukan khidmat ejen pelancong yang terbaik ini ..bolehlah cuba hubungi di :-

Instagram : langkawitravelandtour

Facebook Page Pakej Langkawi Murah Berbaloi : www.facebook.com/pakejlangkawimurahberbaloi/

Whatsapps : www.wasap.my/60132029931 ( Miss Dina Langkawi )

(Visited 101 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
    Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. farahain zfa says

    August 1, 2018 at 4:04 PM

    uishhhh,,tetibee rasa nak pegi langkawi pulak lagii cm gini…hehehe…

    Reply
  2. kisahsidairy says

    August 1, 2018 at 1:35 PM

    ada banyak tempat lagi yang belum jejak..masa tu mungkin tak wujud lagi laman art tu

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #27
Next Post: Selamat Hari Lahir Yang Ke-34 Buat Diriku

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,518)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,306)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,577)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,469)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (877)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (793)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (659)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (634)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO