• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Informasi / 16 September 2019 , Selamat Menyambut Hari Malaysia

16 September 2019 , Selamat Menyambut Hari Malaysia

September 16, 2019 By Wan Zawawi 7 Comments Filed Under: Informasi

Isi Kandungan

  • Sejarah Bendera Malaysia dan Jalur Gemilang
  • Penubuhan Dan Pembentukan Malaysia
  • Nama Jalur Gemilang
  • Sambutan Hari Malaysia

Assalamualaikum…

Hari Malaysia disambut setiap tahun pada 16 September sempena memperingati penubuhan Malaysia pada tarikh yang sama iaitu pada tahun 1963 . Jadi mesti ramai di antara rakan-rakan sekalian mempunyai perancangan untuk bercuti bersama keluarga tersayang memandangakan hari tersebut merupakan cuti umum . Bagaimana pula dengan sambutan Hari Malaysia kalian semua pada tahun ini ? Mungkin lebih menarik sebagai tanda sayangnya kita kepada negara malaysia tercinta ini . Saya berasa teramat bertuah sekali kerana dapat melihat Jalur Gemilang berkibar di mana-mana dengan megahnya .

Apa kata kita cuba kembali ke sejarah tentang bendera Malaysia atau Jalur Gemilang ini untuk bacaan bersama .

Sejarah Bendera Malaysia dan Jalur Gemilang

Bendera Malaysia atau dikenali sebagai Jalur Gemilang

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949 , dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur merah dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949 . Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamed bin Hamzah .

Sumber gambar dari Google

JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan . Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu , Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan .

Pada 15 November 1949 , Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang .

Bagaimanapun , rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor , Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur merah-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950 .

Setelah diubahsuai beberapa kali , rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950 . Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut :-

“ That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet.”

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan itu , buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI .

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang , beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950 , Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 26 Mei tahun yang sama , bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor , Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.

Penubuhan Dan Pembentukan Malaysia

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk mengambil kira penambahan negeri-negeri tersebut.

Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Singapura Berpisah

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang berpenjuru 14 melambangkan keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan ( terdiri daripada 3 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Labuan dan Putrajaya . )

Nama Jalur Gemilang

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia , pada kemerdekaan ke-40 pada 1997 , namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya , N.U.S.A , Mega Sakti , Saga Merah dan sebagainya.

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Dris . Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995 . Pada 1 Julai 1996 , Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang , Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur .

Maksud Jalur dan Gemilang

JALUR – menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG – bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Apabila sebut pasal Jalur Gemilang ini , teringat pula lagu Jalur Gemilang bukannya apa , bila dengar lagu tersebut , memang rasa bersemangat je . Sedikit maklumat mengenainya , iaitu ketika “Jalur Gemilang” dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan dan memperingati bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang, identiti dan kemegahan yang telah dibawa bersama yang bermula melancarkan dirasmikan pada tarikh 9 Ogos 2003 .

Sama-sama kita hayati lirik lagunya :

Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang

Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa

Sambutan Hari Malaysia

Saya di sini walaupun secara sederhana menyambut Hari Malaysia dengan mengibar Jalur Gemilang di rumah dan memasangnya juga di kereta serta motor , ia menunjukkan saya sebagai salah seorang rakyat dari berjuta-juta orang yang bertuah di Malaysia mencintai dan menunjukkan semangat patriotik . Semoga negara kita Malaysia akan kekal aman dan damai …Amin…

Jutaan terima kasih juga saya ingin sampaikan kepada pemimpin-pemimpin yang terdahulu bertungkus-lumus dan berkorban masa dan tenaga untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang aman dan makmur . Ini adalah kerana , tanpa mereka , mungkin kita tidak dapat mengecapi apa yang ada sekarang ini . Akhir kata , saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2019 kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan dan blogger serta pembaca setia blog ini .

Fakta-fakta penubuhan Negara Malaysia , Bendera Malaysia , Jalur gemilang dan juga lirik lagu Jalur Gemilang kredit kepada Wikipedia

(Visited 54 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…
  • Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
    Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
  • Selamat Tahun Baru 2023
    Selamat Tahun Baru 2023
  • Selamat Tahun Baru 2024
    Selamat Tahun Baru 2024
  • Selamat Tahun Baru 2025
    Selamat Tahun Baru 2025

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Onexox says

    December 1, 2019 at 11:31 AM

    Menarik artikel ni. Kerana background putih, gambar bendera Malaysia tu seolah olah mempunyai 13 jalur sahaja. Mungkin boleh di edit. Just pandangan.
    Onexox recently posted…Kelebihan Utama Simkad OnexoxMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 12:33 PM

      Ok..Terima kasih

      Reply
  2. Takaful Ikhlas says

    September 30, 2019 at 4:11 PM

    Alhamdulillah… dapat maklumat detail tentang sejarah penubuhan Malaysia dan juga sejarah terciptanya bendera Malaysia..

    maklumat mcm ni kena simpan… blh buat rujukan untuk generasi masa akan datang..

    Reply
  3. StudioAJ says

    September 30, 2019 at 9:07 AM

    Semoga Negara kita kekal aman damai dan kita sama-sama dapat menikmati hari cuti yang diberi bersama keluarga tercinta..hehe..
    StudioAJ recently posted…21 Lagu Rock Kapak Terbaik Era 90anMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 12:33 PM

      Aaamin..Terima kasih

      Reply
  4. Jebengotai™ says

    September 26, 2019 at 10:26 PM

    walau apa pun terjadi…mmg kena respek jalur gemilang..
    Jebengotai™ recently posted…Convert Point Program LoyaltiMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 12:34 PM

      Yup..Setuju sangat-sangat

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: EMBAH JID BAKAL MEMBERI NAFAS BARU DI DALAM IRAMA MALAYSIA PADA ERA 2020
Next Post: Wordless Wednesday #40

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,512)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,221)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,543)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,443)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (871)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (783)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (640)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (627)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (568)
  • Demi Sesuap Nasi (522)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO