• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Coretan Harian

Selamat Tahun Baru 2019

January 5, 2019 By Wan Zawawi 6 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…..Syukur masih dipanjangkan umur bertemu di Tahun baru 2019 . Selamat Datang 2019 dan Selamat Tinggal juga di ucapkan kepada tahun 2018 yang mencipta kenangan pahit dan manis yang akan sentiasa menjadi ingatan di dalam diri setiap insan bernama manusia .
In Shaa Allah… dengan kedatangan tahun baru 2019 ini akan menjadi pendorong untuk kita bekerja dengan lebih keras demi mencapai azam serta cita-cita yang diidamkan pada setiap tahun yang mendatang dengan lebih bersemangat , istiqamah dan lebih komited di dalam melakukan setiap perkara…Amin .

Sumber Gambar dari : http://newyearimages-2019.blogspot.com/2018/09/happy-new-year-2019-images.html

Azam Pada Tahun 2019

Setiap kedatangan Tahun Baru , seperti biasa masing-masing akan mula sematkan azam di dalam diri untuk menjadikan ianya kenyataan . Sama seprti insan-insan yang lain , saya juga mempunyai azam tetapi bukanlah azam terbaru…hehehe nampak gaya terpaksa juga ” Forward ” azam dari tahun lepas 🙂 . Tak salah bukan ? hehehe biasal la bila sesuatu yang kita impikan tu masih belum lagi tercapai , jadi saya gunakan je azam dari tahun lepas tu . 

… Teruskan Membaca… …

Sakit Penghapus Dosa Kecil

December 28, 2018 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Setiap manusia pasti akan merasai sakit. Ini adalah kerana ,  sakit adalah ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya tidak kira bangsa , jantina , usia , pangkat dan kekayaan . Sakit juga adalah musibah yang menimpa seseorang mukmin dan mengandungi hikmah kerahmatan kepada hamba-hamba-Nya . Allah akan memberikan ujian dan musibah kerana tahu bahawa hamba-Nya seorang yang kuat dan tabah dalam menghadapi setiap cubaan.

Sama juga seperti saya , Demam sejak dua hari lepas..hmm..mungkin bebanan kerja terlebih berat …tu yang terus demam . Mahu atau tidak , terpaka lah mengambil cuti untuk berehat . Selain demam kena pula batuk-batuk dan sakit tekak , selsema serta pening kepala..kiranya satu pakej yang lengkap . Terpaksa lupakan tumpuan terhadap kerja dan berehat sahaja di rumah sehingga sembuh . Dapat juga la ke klinik pada Jumaat yang terakhir di dalam tahun 2018 ini .

ubat demam

Boleh tahan juga la bila dapat ubat untuk demam , cairkan kahak , ubat batuk dan antibiotik . Semoga diriku cepat sembuh…Amin…… Teruskan Membaca… …

Salam Maal Hijrah 2018 1440H

September 11, 2018 By Wan Zawawi 11 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Salam Maal Hijrah 1440 dan Selamat Menyambut Tahun Baharu terlebih dahulu saya ucapkan buat semua umat Islam di Malaysia terutama kepada rakan-rakan seperjuangan , blogger dan juga para pembaca setia blog ini . Jika kita imbas kembali peristiwa dan sejarah mengenai Awal Muharam atau Maal Hijrah , ia merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah .

Jadi..pada hari ini , 11 September 2018 ( Selasa ) bersamaan 1 Muharram 1440 Hijrah , Seluruh umat Islam menyambut Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam dan ianya juga merupakan hari cuti umum di Malaysia . Untuk pengetahuan semua tema Maal Hijrah pada tahun 2018 ini ialah ” Menyantuni Umat Membawa Rahmat “

Hijrah Bagi Diri Sendiri

Dalam kehidupan yang semakin mencabar ini , saya hasrus nekad dan tidak mudah berputus asa kerana kerap kali dipandang rendah , dikecam dan sebagainya oleh orang-orang yang bergelar ” Kawan Makan Kawan ” . Walaupun terkadang tu teramat teruk saya kena hadap dar segi fizikal dan mental…namun demi kerjaya dan keluarga tercinta , saya buat tidak tahu dan ambil ” Port ” . Jadi saya harus berhijrah untuk buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga . Kata orang mana-mana sahabat yang sanggup bersusah senang itu lah yang perlu kita hargai bukan ? Anda sopan , saya segan , anda hormat saya , saya hormat anda 🙂

salam maal hijrah 1440

… Teruskan Membaca… …

Salam Aidil Adha 1439 Hijrah 2018

August 22, 2018 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah pada hari ini Rabu 22 Ogos 2018 bersamaan 10 Zulhijjah 1439 Hijrah , Umat Islam di Malaysia khususnya menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji . Saya berasa syukur sangat-sangat kerana masih lagi diberi peluang dan kesempatan menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan suasana yang cukup menarik bersama-sama keluarga tersayang .

Tahun ini , saya dan keluarga bertolak pulang ke kampung halaman selepas menunaikan sembahyang sunat Aidil Adha di masjid . Cuaca pada hari ini pula agak mendung serta gerimis sekejap . Sememangnya lebih seronok dan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan jika berpeluang menyambut raya korban bersama keluarga tersayang di kampung halaman . Walaupun penat dan letih serta mengantuk selepas berperang di dapur membantu mak dan abah menyiapkan hidangan wajib hari raya seperti ketupat , lodeh , sambal kacang dan rendang , muka tetap kena ada senyum dan gembira 🙂 .

… Teruskan Membaca… …

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 7
  • Page 8
  • Page 9
  • Page 10
  • Page 11
  • Interim pages omitted …
  • Page 15
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,834)
  • Sakit Mata La Pulak…. (3,646)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,773)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,543)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (1,032)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (821)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (778)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (768)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (650)
  • Demi Sesuap Nasi (627)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO